Gempa bumi Sumatera 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Gempa bumi Padang 2009)
Lompat ke: pandu arah, cari
Gempa bumi Sumatera 2009
Tarikh 10:16:10, September 30, 2009 (UTC) (2009-09-30T10:16:10Z)
Magnitud 7.6 M_\mathrm{w}
Kedalaman 87 kilometers (54 bt)
Lokasi pusat gempa 1°23′49″S 99°54′00″W / 1.397°S 99.900°B / -1.397; -99.900Koordinat: 1°23′49″S 99°54′00″W / 1.397°S 99.900°B / -1.397; -99.900
Negara/kawasan yang terjejas Indonesia Indonesia
Singapura Singapura
Malaysia Malaysia
Mangsa Sekurang-kurangnya 1100,[1] ribuan lagi cedera[2]

Gempa bumi Padang 2009 berskala 7.6 Mw berlaku pada pukul 17:16:10 waktu tempatan (10:16:10 UTC)[3] 30 September 2009 berhampiran Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) menyatakan titik gempa itu terletak di km 57 barat laut Pariaman di kedalaman 71 km. Kemudian disusuli gempa bumi kedua sebesar 6.2 pada skala Richter pada 5.38 petang berpusat di km 22 ke barat laut Pariaman di kedalaman 22 km. Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, India, Thailand dan Malaysia tetapi dibatalkan kemudian.

Laporan kerajaan mengesahkan 1,115 kematian, 1,214 cedera parah dan 1,688 cedera ringan.[2] Manakala kira-kira 135,000 rumah rosak teruk, 65,000 sederhana rosak dan 79,000 rosak sedikit.[2] Dianggarkan seramai 250,000 keluarga (1,250,000 orang) terjejas dengan gempa bumi ini melalui kehilangan tempat tinggal dan puncan pendapatan.[4] Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau turut ditutup sementara akibat kerosakan yang dialami.[5]

Saiz sebesar ini pernah berlaku pada tahun 1906 di San Francisco, tahun 1935 di Quetta, tahun 2001 di Gujerat, dan tahun 2005 di Kashmir. Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Holmes menyatakan 1100 terbunuh kerana 1000 bangunan runtuh termasuk hotel dan rumah di Padang. Rumah di Tasik Maninjau turut rosak kerana tanah runtuh setelah gempa bumi berlaku. Ada 3 gunung berapi di Sumatera Barat iaitu Gunung Merapi, Gunung Talang dan Gunung Tandikat.[6]

Gempa bumi susulan[sunting | sunting sumber]

Dari 30 September hingga 2 Oktober 2009, lebih 389 gempa bumi susulan berlaku dengan skala 3.0 hingga 4.0 skala richter. Lebih 11,000 bangunan runtuh. Banyak gempa bumi susulan tidak tidak dirasakan penduduk. Ketua Bidang Maklumat Awal Gempa Bumi dan Tsunami, Badan Metereologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Jaya Murjaya menyatakan tenaga dalam bumi dihabiskan melalui gempa bumi susulan. Cuma gempa dengan magnitud melebihi 5.5 disenaraikan di sini.

Tarikh
(TTTT-BB-HH)
Waktu
(UTC)
Latitud Longitud Kedalaman Magnitud
2009-09-30 10:16:09 0.789° S 99.961° E 80 km (50 bt) 7.6 (Mw)
2009-09-30 10:38:54 0.717° S 100.070° E 104.2 km (65 bt) 5.5 (Mw)[7]
2009-10-01 01:52:29 2.497° S 101.540° E 15 km (9 bt) 6.6 (Mw)
2009-10-01 02:20:31 2.465° S 101.342° E 10 km (6 bt) 5.0 (Mw)

Gegaran di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Beberapa bangunan di Kuala Lumpur dan Johor Bharu turut merasai gegaran selama beberapa minit. Tetapi tiada sebarang kerosakan dilaporkan berlaku. Pekerja dalam bangunan bergegas keluar demi keselamatan. Penyunting bahasa Inggeris Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Muharyani Othman, yang sedang bertugas di tingkat satu, Wisma Bernama di Kuala Lumpur merasakan monitor komputernya tiba-tiba bergegar pada jam 6.16 petang. 300 penduduk Kondominium Pelangi Mall setinggi 14 tingkat, Kota Baharu, panik apabila mendapati rumah mereka bergoyang dan bergegar. Penyelia di Hotel Selesa di Johor Baharu turut merasai pening akibat gegaran.[8]

Sebuah bangunan di Cyberjaya dilaporkan retak oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.[9] 47 bangunan telah diperiksa setakat ini. Bangunan swasta masih belum membuat laporan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Pasukan bantuan[sunting | sunting sumber]

Pesuruhjaya Bantuan Kemanusiaan Kesatuan Eropah (EU), Karel De Gucht menyatakan Rm15.4 juta disalurkan kepada mangsa gempa.

Pasca gempabumi[sunting | sunting sumber]

Krisis makanan[sunting | sunting sumber]

Ada stesen minyak menaikkan harga petrol. Kompas.com melaporkan bahawa kawasan Sungai Limau dan Geringging, Pariaman bakal dilanda krisis makanan. Ini kerana penduduk kawasan pantai dan kuala melarikan diri ke kawasan bukit. Sembahyang Jumaat pada 2 Oktober 2009 diadakan di Masjid Gantiang, Padang sahaja. Dinding masjid itu sendiri retak. Begitu juga dengan tempat air wuduk. Solat ghaib telah diadakan di Masjid Istiqlal, Jakarta bagi menolak bala.

Warga Malaysia di Padang[sunting | sunting sumber]

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar menyatakan 323 pelajar Malaysia di Padang akan ditempatkan ke kawasan selamat.[10] Mereka dikumpulkan di Universiti Andalas, Padang. Bangunan Fakulti Kedoktoran dilaporkan runtuh. Stesen TV tempatan melaporkan banyak bangunan tinggi runtuh termasuk sebuah hotel selain ribuan rumah juga runtuh atau rosak akibat gempa pertama dan gempa kedua beberapa minit kemudian.

Pelajar Malaysia yang belajar di Fakulti Perubatan, Universiti Andalas menyaksikan air laut tiba-tiba surut dan jalan raya terbelah dua, bagaikan tsunami.[11] Marwiza Abdul Ghani pernah menempuh 30 insiden gempa di Padang selama belajar di Padang.[12]

Pasukan Smart dan Mercy Malaysia diterbangkan bagi menyalurkan bantuan. Keperluan utama ialah penjana kuasa elektrik. Helikopter Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia akan membawa pelajar Malaysia pulang.[13] Mereka ditempatkan sementara di Kolej 13 dan 17 UPM, Serdang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]