GetBackers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Get Backers)
GetBackers
Fail:GetBackers.jpg
GetBackers
GenrePengembaraan, Komedi, Drama, Misteri, Shounen, Supernatural
Manga
PengarangYuya Aoki and Rando Ayamine
PenerbitJepun Kodansha

Amerika Syarikat Kanada United Kingdom Tokyopop (Inggeris)
Malaysia Tora Aman
Republik China Tongli (Cina)
Singapura ChuangYi (Cina)
Indonesia m&c comics (Indonesia)
Thailand Vibulkij (Thai)
Jerman Egmont Manga & Anime

Perancis Pika
Anime
PengarahKazuhiro Furuhashi, Keitaro Motonaga
StudioStudio Deen
Penyiaran AsalJepun TBS
Singapura India Thailand Argentina Brazil Animax
Filipina ABS-CBN, Studio 23, Animax
Amerika Syarikat The Anime Network
Dikeluarkan pada5 Oktober 200220 September 2003
Portal Anime dan Manga

Get Backers (Jepun: ゲットバッカーズ -奪還屋, Hepburn: Gettobakkāzu Dakkan'ya) ialah manga bersiri yang ditulis oleh Yuya Aoki dan dilukis oleh Rando Ayamine. Manga ini disirikan dalam Weekly Shonen Magazine oleh Kodansha dari tahun 1999 hingga 2007, menghasilkan 39 jilid.

Manga ini diadaptasi menjadi siri televisyen animasi pada tahun 2002. Anime ini meliputi jalan cerita asal sehingga episod ke-25, selepas itu ceritanya serba baru pula. Terbitan Studio Deen ini disiarkan melalui rangkaian Tokyo Broadcasting System mulai 5 Oktober 2002 hingga 20 September 2003, meliputi 49 episod. Anime ini juga disiarkan oleh rangkaian televisyen anime Animax di seluruh dunia, termasuk Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Amerika Selatan.

Plot[sunting | sunting sumber]

Siri ini mengisahkan Ginji Amano dan Ban Mido, sepasangan lelaki berkuasa luar biasa yang dikenali sebagai GetBackers. Mereka mengendali satu "perkhidmatan pemilikan semula bebas" (Jepun: 奪還屋, Hepburn: dakkanya) di Shinjuku, Tokyo. Dengan mengenakan bayarab, mereka mengambil balik apa-apa barang yang hilang, tercicir atau dicuri bagi pelanggan dengan jaminan "kadar kejayaan hampir 100%".

Tugas GetBackers selalu menyebabkan mereka terjebak ke dalam situasi yang luar biasa dan bahaya semata-mata untuk "mengambil kembali benda yang tidak sepatutnya hilang". Sasaran mereka termasuklah permainan video yang hilang dan komponen-komponen bom atom yang tercicir.

Kisah ini mengetengahkan pengembaraan pasangan ini yang selalu dirumitkan oleh zaman silam masing-masing yang berbelit-belit dan suatu tempat misteri bernama Infinite Castle (Jepun: 無限城, Hepburn: Mugenjō).

Watak[sunting | sunting sumber]

GetBackers[sunting | sunting sumber]

Amano Ginji (Jepun: 天野銀次)
Ginji mula-mulanya merupakan ketua geng "Volts" yang menggerunkan di Infinite Castle. Dia digelar "Thunder Emperor" (Jepun: 雷帝, Hepburn: Raitei) kerana kebolehan mengawal elektrik. Kuasa ini mengurniakannya beberapa kebolehan luar biasa seperti kuasa regeneratif mengagumkan serta menjadi seolah-olah "magnet dan bateri manusia".
Midō Ban (Jepun: 美堂蛮)
Ban kelihatan seperti lelaki yang kasar dan besar kepala kerana rambutnya bercacak, berkaca mata hitam dan suka memanggil orang lain dengan nama jolokan. Namun begitu, dia sebenarnya baik hati dan amat berbakat. Kebolehannya termasuk jelingan "Evil Eye" (Jepun: 邪眼, Hepburn: Jagan) yang menyebabkan sesiapa yang terkena pandangannya mengalami igauan, dan genggaman "Patukan Ular" yang berkuasa 200 kilogram-daya.

Volt Kings[sunting | sunting sumber]

Fūchōin Kazuki (Jepun: 風鳥院花月)
Kazuki pernah mengetuai sebuah geng bergelar Fuuga (Jepun: 風雅, "Anggun") sebelum menyertai Volts di bawah pimpinan Thunder Emperor. Sungguhpun berupa dan berpakaian macam perempuan, Kazuki sebenarnya lelaki. Kazuki menggunakan benang koto yang halus apabila bertempur, maka bergelar "Thread Master".
Fuyuki Shido (Jepun: 冬木士度)
Shido berkebolehan menjinakkan dan berkawan dengan haiwan buas, maka dia juga dipanggil "Beastmaster". Hubungan Shido dengan Ban kurang mesra dan Ban selalu memanggilnya "budak monyet".
MakubeX
Sewaktu masih kecil dia dijumpai dalam guni. Nama sebenarnya tidak diketahui, dia dinamakan sedemikian sempena nama keluarga "Makube" (Jepun: 間久部) pada guni itu, ditambah huruf "X" sebagai lambang bagi yang tidak diketahui. MakubeX ialah seorang penggodam komputer yang berkemahiran tinggi.
Kurusu Masaki (Jepun: 来栖征)
Masaki memperoleh teknik yang membolehkannya mengawal cahaya untuk menembusi apa-apa pertahanan zahir, membutakan mata lawannya dan menyebabkan kecederaan dalaman, maka digelar "Flash Master" (Jepun: 閃光の支配者).

Transporters[sunting | sunting sumber]

Akabane Kuro'udō/"Dr. Jackal" (Jepun: 赤屍蔵人)
Dr. Jackal ialah ketua Transporters yang licik dan hedonis (iaitu bekerja semata-mata untuk keseronokan). Dia menyorok 108 bilah skalpel bedah amat tajam sebagai senjata utamanya dalam badannya. Dr. Jackal pernah bertugas sebagai seorang doktor di medan perang sehingga kegagalan menyelamatkan seorang kanak-kanak menyebabkan perwatakannya berubah menjadi seperti sekarang.
Kudō Himiko (Jepun: 工藤卑弥呼)
Himiko menghasilkan beraneka "racun" yang menyebabkan sesiapa yang terhidu baunya mengalami kesan yang aneh seperti tertidur, berkelakuan seperti monyet, organ dalaman terbakar, dan sebagainya. Hubungan Himiko dan Ban mula-mulanya seolah-olah adik-beradik sehingga dia terlihat tangan Ban berlumuran darah abangnya, Yamato, yang dibunuh lalu menimbulkan dendam.

The Honky Tonk[sunting | sunting sumber]

Honky Tonk ialah nama kedai kopi yang selalu dikunjungi GetBackers.

Paul Wan (Jepun: 王波児, Hepburn: Wan Pōru)
Dia ialah tauke The Honky Tonk. Ginji dan Ban selalu berhutang kepadanya sehingga dia terpaksa memaksa mereka bekerja sambilan di kedainya, enggan memberi makanan kepada mereka atau menghalau mereka keluar. Dia bersama bapa Ban merupakan generasi pertama GetBackers yang kini sudah diwarisi kepada Ginji dan Ban.
Hevn
Jelitawan berdaya usaha yang berbuah dada montok ini kadang-kala berpakat dan kadang-kala berselisih dengan GetBackers. Dia merupakan perunding antara pelanggan yang membayar harga lumayan dan perkhidmatan pengambilan semula (termasuk GetBackers). Dia selalu mengunjungi The Honky Tonk dan ramah dengan Paul dan Ginji tetapi dingin pula dengan Ban.
Natsumi Mizuki (Jepun: 水城夏実)
Natsumi ialah seorang pelajar sekolah tinggi yang bekerja sebagai pelayan sambilan di Honky Tonk. Natsumi sentiasa prihatin akan keselamatan Ginji dan Ban.

Muzik anime[sunting | sunting sumber]

Pembukaan
  1. Yuragu Koto Nai Ai (Jepun: 揺らぐことない愛, "Cinta yang Tak Goyah") oleh Tamura Naomi (Episod 1-25)
  2. Barairo no Sekai (Jepun: 薔薇色の世界, "Dunia Berwarna Mawar") oleh PIERROT (Episod 26-49)
Penutup
  1. Ichibyo No Refrain (Jepun: 一秒のリフレイン, "Menahan Diri selama Sesaat") oleh Otoha (Episod 1-13)
  2. Namida no Hurricane (Jepun: 涙のハリケーン, "Taufan Air Mata") oleh Bon-Bon Blanco (Episod 14-25)
  3. Mr. Déjà vu oleh naja (Episod 26-37)
  4. Changin' oleh Nona Reeves dan YOU THE ROCK (Episod 38-48)
  5. Yuragu Koto Nai Ai oleh Tamura Naomi (Episod 49)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]