Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku-razaleigh.jpg
Kelahiran 13 April 1937 (77 tahun)
Kota Bharu, Kelantan
Nama lain Ku Li
Pekerjaan Ahli Parlimen
Parti politik BN-100px.jpg UMNO
Agama Islam
Pasangan Cik Puan Nur Abdullah

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah (lahir: 13 April 1937; juga dipanggil Ku Li) merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia (1976-1984) dan Menteri Perdagangan dan Industri (1984-1987). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank). Beliau juga merupakan pengasas kepada Petronas (Petroliam Nasional Berhad). Di Petronas, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Tun Abdul Razak. [1]

Beliau merupakan Bekas Naib Presiden dan Bendahari UMNO dalam tahun 1970-an. Dalam tahun 1988, setelah permohonan beliau ditolak untuk menyertai sebagai ahli UMNO semula, Tunku Abdul Rahman telah meminta beliau menubuhkan Semangat 46 sebagai satu platform untuk ahli-ahli UMNO Lama juga ditolak permohonan mereka. Beliau telah menjadi Presiden Semangat 46 sehingga ianya dibubarkan pada 1996. Kini, beliau merupakan Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang. Beliau kini ahli yang paling lama berkhidmat parlimen di Malaysia diikuti oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud. [2]

Tengku Razaleigh merupakan putera Raja dari Keluarga Diraja Kelantan dan juga merupakan bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis dan dikhabarkan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra membahasakan Tengku Razaleigh dengan panggilan ‘Ayahanda’.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan kepada Tengku Muhammad Hamzah bin Raja Muda Long Zainal Abidin Ibni Sultan Muhammad III yang lebih dikenali sebagai Tengku Serimah ataupun Tengku Seri Maharaja, Tengku Razaleigh mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Padang Garong, dan kemudiannya di Kolej Sultan Ismail (SIC) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Bapa kepada Tengku Razaleigh iaitu Tengku Seri Maharaja, Tengku Muhammad Hamzah pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan sebelum kemangkatan baginda. Tengku Razaleigh Hamzah juga telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln Inn, London. Tetapi hasratnya untuk menjadi peguam terbantut apabila bapanya sakit dan beliau terpaksa menguruskan perniagaan bapanya. Pada tahun 1959, Tengku Razaleigh mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Queen, Ireland.

Penglibatan dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia[sunting | sunting sumber]

Bermula dari pertengahan tahun 1960-an, dengan sokongan dari Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak, beberapa usaha untuk meningkat pembangunan negara telah diterajui oleh Tengku Razaleigh secara langsung dan tidak langsung. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilancarkan ialah program pengambilan semula di dalam industri-industri tempatan yang masih dipegang oleh pihak-pihak dari luar negara.

New Straits Times Press[sunting | sunting sumber]

The New Straits Times Press (nama asalnya, News Straits Times Press Sdn. Bhd.) telah ditubuhkan oleh ahli-ahli lembaga Pengarah Straits Times Press (Malaysia) Berhad. Ia merupakan satu usaha untuk memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia untuk mempunyai pegangan majoriti di dalam syarikat di Malaysia yang mengeluarkan keluaran akhbar yang terbesar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Semua operasi yang berhubung kait "the Straits Times", "the Sunday Times", "the Malay Mail", "the Sunday Mail", Berita Harian dan Berita Minggu telah dipindah milik kepada syarikat yang baru ditubuhkan tersebut. Satu perjanjian telah dipersetujui dalam tahun 1972 di antara ahli-ahli lembaga pengarah dari the Straits Times group dengan Tengku Razaleigh Hamzah mengenai pertukaran milik sebanyak 80 peratus dari jumlah saham "the News Straits Times Press (Malaysia) Sdn. Bhd." untuk kepentingan rakyat Malaysia. [3]

PERNAS[sunting | sunting sumber]

PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad) ditubuhkan pada November 1969 sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan untuk memenuhi hasrat resolusi di Kongres Ekonomi Bumiputera yang ke 2. Antara pemegang-pemegang saham terbesar adalah Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Bank Bumiputera Malaysia Berhad. Pernas telah bergerak padu dan jitu sepanjang tahun 1970-1974 di bawah kemudi Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi Pernas. Beliau kemudiannya menjadi Menteri Kewangan Malaysia dari 1976 hingga 1984 [4].

Oleh kerana pada ketika itu penglibatan bumiputera yang amat rendah di dalam sektor swasta and industri, maka teras objektif-objektif PERNAS adalah:

  • untuk masuk ke dalam cabang-cabang perniagaan yang boleh pulangan ekonomi yang tinggi,
  • sekiranya terlibat dalam satu gerakerja usahasama (joint ventures), PERNAS akan menjadi pemegang saham terbesar yang mempunyai kuasa pegangan ke atas urusan-urusan operasi syarikat,
  • kemasukan tenaga kerja bumiputera berkerja di setiap jabatan dan tahap dalam semua operasi dan peluang perniagaan yang baru, [5].

Sebanyak 8 subsidari telah diwujudkan di bawah PERNAS untuk mencapai matlamat-matlamatnya. Malaysia National Insurance Berhad (MNI) ditubuhkan pada April 1970. Kemudian sepanjang tahun 1970, tertubuhnya Pernas Construction Sdn. Bhd., Pernas Engineering Sdn. Bhd., dalam Pernas Securities Sdn. Bhd. Selepas itu pula, penubuhan Pernas Mining Sdn. Bhd dalam tahun 1973 dan Pernas Edar Sdn Bhd (1974).

Di antara usaha-usaha pengambilalihan korporat dan kemasukan ke dalam bidang perniagaan dan industri yang baru ketika penglibatan Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi PERNAS adalah

Delegasi Perdagangan Pertama ke China[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1971, Tengku Razaleigh telah menerajui satu delegasi perdagangan ke China dengan hasrat untuk mewujudkan hubungan perdagangan dua hala di antara kedua-dua negara.. [6]. Ketika di China, Razaleigh telah berjumpa dengan Perdana Menteri China ketika itu, Chou En Lai. Total trade with China stood at a mere Walaupun jumlah perdagangan dengan Negara China bernilai RM105.6 sepanjang tahun 1971, namun ia semakin meningkat sehingga mencecah RM1.6 billion pada tahun 1980. Semenjak itu hubungan dengan Negara China semakin akrab dengan terbuktinya kekerapan rombongan-rombongan perubatan, perdagangan dan suka dihantar ke China.

Petronas[sunting | sunting sumber]

Pada 6 September 1974, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, telah mengumumkan perlantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas (Petroleum Nasional Berhad). Tun Razak berkata (terjemahan): "Di kalangan anak-anak muda yang berpotensi, saya telah berniat untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet. Akan tetapi saya mempunyai satu tugasan yang penting untuk beliau, iaitu satu tugasan penting yang sama seperti Menteri Kabinet. Saya telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, yang setaraf seperti jawatan sebagai Menteri Kabinet." [7]

Dengan Perlantikan tersebut, Tengku Razaleigh terpaksa meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PERNAS yang telah dipegang sejak 1970, tetapi mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi Bank Bank Bumiputra.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1962, Tengku Razaleigh menjadi ahli UMNO dan dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan. Pada tahun berikutan, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan dan Majlis Tertinggi UMNO. Tengku Razaleigh menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri Kelantan pada tahun 1967. Atas jemputan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, beliau bertanding bagi kawasan Dewan Undangan Negeri menentang Dato Asri Muda. Tengku Razaleigh menang dalam pilhan raya tersebut dan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri pada umur 37 tahun.

Atas permintaaan Tun Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum 1974, Tengku Razaleigh bertanding kerusi Parlimen. Sewaktu itu, Majalah Time meramalkan beliau akan menjadi pemimpin utama di Malaysia. Pada zaman Tun Abdul Razak, Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengerusi Pernas, Petronas dan Bank Bumiputera. Sewaktu menjadi pengerusi Pernas, beliau melawat negara China dan merupakan orang Malaysia pertama menemui Perdana Menteri China, Chou En Lai. Seterusnya, Tun Abdul Razak berkunjung ke China. Jadi Tengku merupakan arkitek Persahabatan Malaysia-China 1974 yang membawa kejatuhan Parti Komunis Malaya.

Semasa Tengku Razaleigh memimpin Bank Bumiputera, beliau telah menjemput Wong Am Pui dan Dato Khoo Kay Peng melatih kakitangan Melayu agar mahir dalam pengurusan bank. Pada Julai 1974, Tengku Razaleigh menjadi Naib Presiden UMNO setelah kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Beliau menjadi Naib Presiden UMNO selama tiga penggal berturut-turut sehingga 1978.

Pada 5 Mac 1976 hingga Julai 1984, Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dan setiap tahun membentangkan belanjawan negara di Parlimen melalui siaran secara langsung oleh RTM. Ketika itu, perkembangan ekonomi negara berkembang 6-8 peratus setahun.Beliau merupakan menteri kewangan kedua dari UMNO selepas Hussein Onn. Beliau merupakan Menteri Kewangan yang paling lama sebelum diambil alih oleh Dato Daim Zainuddin dalam rombakan kabinet pada tahun 1984. Dalam rombakan tersebut, Tengku Razaleigh dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian(MITI).

Pada 24 April 1987, Tengku Razaleigh bersama Dato Musa Hitam mencabar regu Dr Mahathir dan Ghafar Baba dalam pemilihan parti sebagai Presiden dan Naib Presiden Parti UMNO. Malangnya, beliau ditewas 43 undi di tangan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kekalahan tersebut merupakan titik pusing kerjaya politiknya.

Selepas kekalahan ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Datuk Rais Yatim. Semangat 46 bekerjasama dengan PAS dan DAP dalam Pilihan Raya Umum tahun itu tetapi gagal memenangi untuk membentukkan kerajaan. Cuma PAS berjaya menguasai kerajaan negeri Kelantan dan PBS berjaya menguasai kerajaan negeri Sabah. Selepas Semangat 46 dibubarkan 1996, Tengku Razaleigh dan Dato Rais Yatim menyertai UMNO semula.[8]

Pada tahun 2000, beliau menawarkan diri untuk bertanding melawan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden dalam pemilihan parti UMNO namun kuota pencalonan sebanyak 30 peratus tidak mencukupi dari bahagian-bahagian UMNO. Pada masa yang sama, beliau juga cuba mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk jawatan Timbalan Presiden, namun juga gagal atas kuota. Selain itu, beliau juga gagal menepati kuota apabila ingin bertanding untuk jawatan Naib Presiden.

Pada tahun 2004, beliau cuba mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sebagai Presiden ketika itu, namun hanya bahagian Gua Musang mencalonkannya. Oleh itu beliau gagal menepati kuota.

Sekali lagi pada 2009, setahun selepas Pilihanraya Umum, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan yang sama menentang Datuk Seri Najib Tun Razak kerana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengundurkan diri, kerana keputusan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang merosot. Setakat ini hanya bahagian Gua Musang mencalonkannya.[9]

Penubuhan kerajaan 16 September[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mac 2010, Tengku Razaleigh menafikan tuduhan Datuk Zahrain Mohamed Hashim bahawa dia bersedia menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008. Katanya, dirinya orang UMNO, sudah 48 tahun menjadi ahli dan tidak mungkin terlibat dalam isu Pakatan Rakyat tubuh kerajaan.[10]

Royalti minyak Kelantan[sunting | sunting sumber]

Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan Kelantan berhak mendapat royalti minyak berdasarkan perjanjian yang ditandatangani oleh beliau selaku Pengerusi Petronas ketika itu, dengan Kerajaan Negeri Kelantan [11]. Berlandaskan Akta Kemajuan Petroleum 1974, Pendirian tersebut itu disampaikan semasa berucap pada majlis solat hajat dan ceramah perdana royalti petroleum di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan pada 28 Januari 2010. Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tengku Razaleigh sebagai orang Kelantan tentu mahu melihat Kelantan mendapat wang royalti minyak itu.[12]

Tengku Razaleigh adalah individu yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada 1975 di bawah Akta 144 (Akta Kemajuan Petroleum 1974).

Angkatan Amanah Merdeka[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Julai 2011, Tengku Razaleigh menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dan mendapat sambutan ramai veteran UMNO. Dalam tempoh dua minggu, Amanah diluluskan oleh ROS.

Tengku Razaleigh mendakwa dalam UMNO sudah tiada peluang untuk bersuara. Jika mahu bercakap dalam perhimpunan agung UMNO, perlu mendapat kelulusan pihak atasan. Tun Dr Mahathir Mohamad juga berhadapan masalah sama ,apabila 'disekat' - kalah dalam pemilihan bahagian Kubang Pasu.[13]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tengku Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Gua Musang , negeri Kelantan. Tengku Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 14063. Calon lawan ialah Zulkefli Bin Mohamed dari PAS , mendapat 9,669 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 83% . Undi rosak sebanyak 489.

Garis masa[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

  • 1937: Dilahirkan pada 13 April.
  • 1959 (umur 22): Mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Queen's University, Ireland.
  • 1962 (umur 25): Menjadi ahli UMNO dan dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan.
  • 1963 (umur 26): Dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan dan Majlis Tertinggi UMNO.
  • 1967 (umur 30): Menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri Kelantan.
  • 1969 (umur 32): Bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri menentang Dato Asri Muda dan menjadi Ahli Parlimen.
  • 1972 (umur 35): Mendapat gelaran "Tan Sri".
  • 1974 (umur 37): (1) Bertanding kerusi Parlimen; (2) Menjadi Naib Presiden UMNO pada Julai setelah kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan mengekalkan jawatan selama tiga penggal berturut-turut sehingga 1978.
  • 1976 (umur 39): Dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 5 Mac.
  • 1984 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian dalam rombakan kabinet pada bulan Julai.
  • 1987 (umur 50): (1) Mencabar regu Dr Mahathir dan Ghafar Baba bersama dengan Dato Musa Hitam dalam pemilihan parti sebagai Presiden dan Naib Presiden parti UMNO dan ditewas 43 undi di tangan Dr Mahathir pada 24 April; (2) Menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato Rais Yatim; (3) Gagal dalam Pilihan Raya Umum untuk membentuk kerajaan.
  • 1996 (umur 59): Menyertai UMNO semula selepas pembubaran Semangat 46.

Korporat[sunting | sunting sumber]

  • 1964 : Menjadi Penasihat Indian Overseas Bank.
  • 1965 : Dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Bank Bumiputra Berhad.
  • 1970 : Dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan Bank Bumiputra Berhad.
  • 1970 - 1974 : Dilantik sebagai Pengerusi PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad).
  • 1971 : Mengetuai delagasi perdagangan pertama Malaysia ke Republik Rakyat China.
  • 1974 - 1976 : Dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad) - Jawatan Bertaraf Menteri Kabinet [14].
  • 1972 - 1982 : Dilantik sebagai Pengerusi Fleet Group.
  • 1976 - 1977 : Dilantik sebagai Pengerusi Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank).
  • 1977 - 1978 : Dilantik sebagai Pengerusi Board of Governors, Bank Dunia (World Bank) dan IMF (International Monetary Fund).
  • 1978 - 1979 : Dilantik sebagai Pengerusi Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
No. 31, Jalan Lenggok Golf
55000 Kuala Lumpur
Tel : 03-24885655, 03-2485673

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. AsiaWeek. Temu ramah AsiaWeek bersama dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Dalam Bahasa Inggeris)
  2. Ku Li now longest-serving MP The Star
  3. The Straits Times 17 September 1972 page 1, National Library, Singapore
  4. The Developing Economies, Malaysia's Localication Policy and its impact of British owned Enteprises, Page 372, Institute of Developing Economies, Japan
  5. The Developing Economies, Malaysia's Localication Policy and its impact of British owned Enteprises, Page 374, Institute of Developing Economies, Japan
  6. The Political Economy of Malaysia's Trade Relation with China, John Wong, m/s 9, [[Institute of Southeast Asian Studies ]
  7. The Straits Times 7 September 1974 page 8, National Library, Singapore
  8. Tengku Razaleigh Hamzah. "Mengapa Saya Tentang Mahathir", AZ Distributors, 1989.
  9. [1], "Gua Musang calon Ku Li Presiden UMNO", Utusan online, 2 November 2008.
  10. Ku Li nafi dakwaan Zahrain
  11. Ucapan di Forum Minyak, Kota Bharu, Kelantan http://www.youtube.com/user/mycitizen#grid/user/9A2E9E70FA5844B8
  12. Dr Mahathir: Tengku Razaleigh Sepatutnya Guna Saluran Sesuai Nyatakan Pendirian Royalti Minyak
  13. UMNO tak pernah sekat mana-mana pemimpinnya
  14. The Straits Times 7 September 1974 page 8, National Library, Singapore

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Kewangan Malaysia
5 Mac 197614 Julai 1984
Penyandang Kemudian
Tun Hussein Onn Tun Daim Zainuddin