Hubungan Korea Selatan - Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hubungan Malaysia–Korea Selatan
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dan South Korea

Malaysia

Korea Selatan

Hubungan Korea Selatan - Malaysia bermula sejak 1960 selepas Perang Korea berlaku. Korea berpengalaman dijajah oleh Amerika Syarikat sementara Malaysia dijajah oleh Siam, Portugal, Belanda, Jepun dan terakhir oleh Britain. . Korea Selatan dianggap sebagai negara yang termaju di Asia[perlu rujukan].

Rakyat Malaysia sukar membezakan rupa paras orang Korea, Mongolia, Jepun dan China kerana wajah mereka yang hampir sama. Begitu juga dengan tulisan. [perlu rujukan]

Malaysia mempunyai kedutaan di Seoul, manakala Korea Selatan mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur. Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia ialah Yang Bong Ryull.

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Jepun menggunakan rakyat Korea dan Mongolia untuk menyerang Asia Tenggara, khususnya Tanah Melayu. Mariam Johari (88) ketika mudanya telah mengikut tentera Jepun balik ke Korea. Nama Koreanya ialah Kim Soon Ae .[1]

Kontraktor bangunan dan jambatan[sunting | sunting sumber]

Dasar Pandang Ke Timur diamalkan oleh Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1980-an. Rakyat khususnya pekerja di Malaysia hendaklah rajin bekerja sebagaimana pekerja di Jepun dan Korea Selatan.

Pelbagai kontrak kerajaan diberikan kepada kontraktor Jepun dan Korea Selatan. Antaranya ialah Jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas.Syarikat Hyundai dan UEM berjaya membina Jambatan Pulau Pinang pada 1985 . Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong. Dr Mahathir berharap pemindahan teknologi dan kepakaran akan berlaku . Kebanyakan projek ini dijalan secara usahasama antara syarikat Bumiputera dengan syarikat Korea.

Sekolah Korea Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan anak-anak pengurus kilang dan projek yang berbangsa Korea. Sekolah Korea ini yang merangkumi tabika, sekolah rendah, sekolah menengah rendah dan sekolah menengah tinggi ditubuhkan sejak 1974 dan kini memiliki lebih 480 pelajar berbanding 51 orang sejak mula ditubuhkan.

Kerjasama pendidikan dan pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat seramai 15,000 rakyat Korea yang sedang bekerja dan menuntut di Kuala Lumpur manakala seramai 7,000 masyarakat Malaysia berada di Korea Selatan yang kebanyakannya adalah pekerja syarikat dan kilang.

Korea Selatan menganugerahkan biasiswa bernilai RM8 juta kepada 41 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran mereka dalam jurusan sains sukan, kejuruteraan genetik, dan pentadbiran perniagaan.

Terdapat antara 3,000 dan 4,000 pelajar Korea Selatan sedang menuntut di Malaysia. Ada diantaranya ditaja oleh kerajaan Malaysia. Mereka mengambil kursus Bahasa Inggeris, pelancongan, pengurusan hotel dan pentadbiran perniagaan.[2]

Pada 23 April 2010, 3,000 unit piano digital diberikan oleh Korea Selatan kepada Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia- Korea Selatan. Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Zulkurnain Awang menerima piano itu daripada syarikat Booyoung Perumahan Co.Ltd . Turut hadir ialah Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia, Bong Ryull Yang.[3]

Sukan dan Bola sepak[sunting | sunting sumber]

Pasukan bola sepak Korea Selatan pernah menyertai Pesta Bola Sepak Merdeka. Ketika pasukan Malaysia seperti Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun dan Santokh Singh setanding dengan pemain Korea Selatan. Prestasi Korea Selatan melonjak tinggi hingga menjadi tuan rumah bersama perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Malaysia mempunyai banyak padang golf yang dijadikan produk untuk menarik pelancong Korea Selatan, Jepun dan lain-lain. Malaysia dikenali sebagai 'syurga pemain golf' kerana pakej yang ditawarkan amat rendah. Cuaca sederhana dengan suhu waktu siang sekitar 27'C (82'F) membolehkan permainan golf diadakan sepanjang tahun di Malaysia. Seramai 11,469 rakyat Korea Selatan bermain golf di Malaysia pada 2007.[4]

Pulau Jeju merupakan pulau peranginan yang terbentuk daripada letusan gunung berapi ini juga terkenal sebagai 'pulau bulan madu' dan diisytihar sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.[5]

Drama dan filem Korea[sunting | sunting sumber]

Beberapa drama dan filem Korea mendapat sambutan di Malaysia.Antaranya drama bersiri Winter Sonata. Ramai yang tertarik melancong ke Korea Selatan untuk menyaksikan keindahan bunga dan salji di Korea. Lembaga Penapis Filem Malaysia mengharamkan beberapa filem dan drama Korea Selatan kerana tidak memenuhi citarasa rakyat tempatan. Astro mempunyai lembaga penapis filem sendiri menerusi esen hak eksklusif .[6]

Kerjasama ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kereta Korea Selatan menjalar di Malaysia. Antaranya ialah Hyundai Motor Company dan Kia Motors. Korea Selatan menjadi kuasa automobil dunia dalam masa singkat dan menyaingi Jepun dan di dalam industri perkapalan, dalam masa 15 tahun Korea menjadi penerajunya. Rahsianya kerana antara lain 45 peratus pelajar di pusat pengajian tinggi di Korea adalah di bidang pelbagai cabang kejuruteraan.[7]

Malaysia dan Korea Selatan saling memerlukan dalam sektor ekonomi. Kapal MISC menghantar LNG ke Korea Selatan. [8]

Penyedia perkhidmatan minyak dan gas, Distinct Objective Sdn. Bhd., merancang membangunkan saluran paip gas asli cecair (LNG) dasar laut sepanjang 4,000 km dari Malaysia ke Korea Selatan. Ia dikenali sebagai Trans-Oriental Gas Pipeline (TOGP). Paip LNG 2,500 km dari pantai Pahang ke utara Vietnam akan dipasang oleh syarikat Malaysia. Syarikat Asia Consortium Engineering Petroleum & Gas akan memasang paip 1,500 km dari China ke pantai Korea Selatan.[9]

Barangan elektrik dan elekronik dari Korea Selatan melambak di Malaysia. Antaranya jenama Samsung dan LG.Syarikat LG Electronics (M) Sdn Bhd mensasarkan segmen telefon mudah alih, peralatan rumah dan paparan (televisyen dan audio visual) .[10]

Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) bekerjasama dengan Biotech Co Ltd dari Korea Selatan untuk melaksanakan bioteknologi perindustrian.[11]

Kerjasama keselamatan[sunting | sunting sumber]

Pangkalan tentera marin Amerika Syarikat masih dikekalkan di Jepun dan Korea Selatan. Dua negara ini berhadapan dengan musuh tradisinya iaitu Russia dan China serta Korea Utara. Program nuklear Korea Utara mencetuskan kebimbangan di Semenanjung Korea. Malaysia menyokong Perbincangan Enam Negara yang membabitkan Korea Selatan, Korea Utara, China, Jepun, Russia dan Amerika Syarikat untuk menyelesaikan isu tersebut.[12]

Korea Selatan yang terkenal dengan teknologi automotif telah menghasilkan kenderaan tempur perisai generasi baru NIFV K21 dan BlackFox. yarikat pengeluar Doosan DST mahu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencubanya. ATM mempunyai 70 buah kereta kebal jenis PT-91 buatan Poland.[13]

Pada 9 Oktober 2006, Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak jauhnya Taepodong 2 yang mampu mencecah ke beberapa kawasan di Eropah dan AS. Akibat bimbang , Amerika Syarikat menggugurkan Korea Utara daripada senarai negara penaja keganasan (3 paksi kejahatan) pada 12 Oktober 2008.[14]

Setem khas Malaysia-Korea[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Februari 2010, Pos Malaysia bekerjasama dengan Korea Post mengeluarkan setem kenang-kenangan dan sampul hari pertama bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-Korea. Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Datuk Syed Faisal Albar menyatakan imej Harimau Malaya dan Harimau Korea digunakan.[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]