Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ialah sebuah persatuan sukarelawan di Malaysia yang ditugaskan untuk membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan negara.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei pada 1969, para pemimpin negara menyedari perlunya satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Hasilnya, pada 11 Januari 1972, RELA telah ditubuhkan di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964.[1] Penubuhan RELA memberi kesempatan kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama memelihara kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara.
Peranan [sunting]
Di antara tugas-tugas RELA ialah:
- Melaksanakan operasi menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI)
- Memelihara keselamatan dan keamanan setempat seperti tugas-tugas rondaan mencegah jenayah
- Menjalankan aktiviti-aktiviti 'Geraksaraf dan Perangsaraf'
- Bertindak sebagai 'mata dan telinga Kerajaan'
- Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.
Kekuatan [sunting]
Kerajaan menyasarkan menjelang tahun 2012, RELA akan mempunyai keanggotaan berjumlah 2.5 juta anggota yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sehingga April 2010, kekuatan anggota RELA adalah sebanyak 1.2 juta anggota dan jumlah tersebut jauh lebih ramai berbanding keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).[2]
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ Pengenalan RELA, Kementerian Dalam Negeri Malaysia. Dicapai 9 Julai 2010.
- ↑ TPM sokong elaun Rela naik Utusan Malaysia