Jabatan Kastam Diraja Malaysia
| Jabatan Kastam Diraja Malaysia Royal Malaysian Customs |
|
Logo JKDM |
|
| Ringkasan agensi | |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1935 |
| Agensi terdahulu | Customs Union Straits Settlement Customs & Excise Department Federation of Malaya Customs & Excise Department Royal Customs & Excise of Malaysia Royal Customs of Malaysia |
| Ibu pejabat | Putrajaya, Malaysia |
| Tapak web | |
| Jabatan Kastam Diraja Malaysia | |
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Berfungsi sebagai pemungut cukai import/eksport negara, JKDM diterajui oleh Dato' Seri Haji Ibrahim Bin Haji Jaapar sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia, dan dibantu oleh 3 orang timbalan iaitu, Dato' Haji Mohamed Khalid Bin Haji Yusuf - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan, Dato' Hajjah Mardina Binti Haji Alwi - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Kastam / Cukai Dalam Negeri dan Dato' Khazali Bin Haji Ahmad - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia.
JKDM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat, iaitu ; Bahagian Perkastaman & Cukai Dalam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan.
Disamping itu, JKDM turut mengadakan kerjasama dengan badan dunia, World Customs Organisation ( WCO ) dan negara-negara ASEAN yang lain iaitu, Royal Customs and Excise Department Negara Brunei Darussalam,The Bureau of Customs (BOC) Philippines, Direktorat Jenderal Bea & Cukai Indonesia, General Department of Customs and Excise of Cambodia, Laos P.D.R Customs, Myanmar Customs Department, Singapore Customs Department ( 新加坡海关总署 ), The Customs Department of the Kingdom of Thailand ( กรมศุลกากรของราช อาณาจักรไทย ) dan The Vietnam Customs ( Cục Hải quan Myanmar ).
Isi kandungan |
Sejarah awal perkastaman [sunting]
Sebelum Tanah Melayu dijajah oleh Barat, sistem pentadbiran cukai telah sekian lama wujud, iaitu semenjak Kegemilangan Pemerintahan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau. Dalam era Kesultanan Melayu Melaka, Pelabuhan-pelabuhan Pesisir Laut dan perundangan, adalah saling kaitan dengan struktur cukai yang melibatkan pedagang-pedagang asing dan tempatan. Sepanjang tempoh tersebut, pungutan cukai dan hal-hal yang berkaitan dengan percukaian, adalah dibawah tanggungjawab Ketua Kewangan United Kingdom ( Chief of the Exchequer )
" ... the Chief of the Exchequer. (He) controlled all the revenue and Customs Officers and looked after the palace building and equipment".
(R.J.W. Wilkinson "The Malacca Sultanate". JMBRAS VOL. XIII-Pt.2, 1935, p.31)
Pentadbiran percukaian di Negeri-Negeri Selat dan Persekutuan Tanah Melayu [sunting]
Bermula dengan pembentukan Negeri-negeri Selat, yang terdiri daripada Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Labuan dan Perak pada tahun 1826, Sistem Pentadbiran Percukaian dikawalselia oleh Gabenor dan sebuah Majlis yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Jeneral Gabenor di Calcutta, India atau dikenali sebagai Board of Governors of the East India Company.
Walaupun penempatan Negeri-Negeri Selat telah ditubuhkan, beberapa struktur percukaian dan praktis yang digunakan oleh pembesar Melayu masih dikekalkan, sebagai contoh sistem cukai pertanian. Di dalam sistem ini, satu pemajak dengan pembida tertinggi akan dikenakan oleh pemerintah untuk memungut cukai. Pemajak itu diberikan sebuah lesen dan patuh kepada undang-undang tertentu. Ini akan memudahkan proses untuk mendapatkan keuntungan duti eksais.
Logo [sunting]
Bulan Sabit & Bintang
Bulan Sabit dan Bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.
Bulan Sabit dan Bintang berwarna kuning
Bulan Sabit dan Bintang berwarna kuning melambangkan Kedaulatan Diraja Malaysia.
2 ekor Harimau
Harimau melambangkan ketegasan, kecekalan dan keberanian.
Bulatan berwarna biru
Bulatan yang berwarna biru melambangkan penambahbaikan yang berterusan dengan membudayakan pengurusan berkualiti yang menyeluruh.
2 penunjuk arah
Dua penunjuk arah dibahagian atas dan dibahagian bawah lambang segitiga, melambangkan halatuju yang strategik dalam usaha memungut hasil, mengawal serta memelihara kepentingannegara.
Bulatan Padat berwarna kuning
Bulatan padat kuning ditengah melambangkan fokus utama untuk memungut cukai dalam usaha bagi menambah hasil negara serta mengamalkan ciri pengurusan yang berkualiti.
Segitiga Tepat
Segitiga tepat melambangkan keupayaan menangani perubahan pembaharuan dan memelihara keutuhan jabatan.
Bulatan Dibahagi Dua
Bulatan yang dibahagi dua melambangkan visi jabatan kearah mencapai taraf dunia.
Organisasi JKDM [sunting]
Ketua Pengarah Kastam (TURUS III)
- Dato’ Hj. Mohamed Khalid Bin Hj. Yusuf
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman & Cukai Dalam Negeri) JUSA B
- Dato’ Hjh. Mardina Binti Hj. Alwi
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia) JUSA B
- Dato' Khazali Bin Hj. Ahmad
Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan) JUSA B
- Datuk Md. Hassim Bin Pardi