Kementerian Kerja Raya Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Ringkasan agensi
Ditubuhkan 1956
Ibu pejabat Putrajaya
Menteri bertanggungjawab Datuk Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia
Anak agensi Jabatan Kerja Raya Malaysia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Lembaga Lebuhraya Malaysia, Lembaga Jurutera Malaysia
Tapak web
http://www.kkr.gov.my

Kementerian Kerja Raya Malaysia adalah merupakan kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Kementerian ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Pada tahun 1975, kementerian telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara pada tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan kementerian bertambah. Sesuai dengan perkembangan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi fungsi dan nama kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Namun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an, kerajaan telah mengambil keputusan menamakan kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya dan nama itu kekal sehingga sekarang. Kementerian ini diterajui oleh YB Datuk Fadillah Yusof.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menyingkap kembali sejarah awal pengwujudan sesuatu Kementerian sebenarnya lebih bertitik tolak kepada penubuhan jabatan-jabatan kecil pada zaman pemerintahan Inggeris khususnya apabila Inggeris memulakan campurtangan di Negeri-negeri Melayu selepas termeterainya Perjanjian Pangkor pada 17hb - 20hb Januari 1874.

Salah satu jabatan yang tertua diwujudkan oleh pemerintahan Crown Colony sebelum Perjanjian Pangkor ialah 'Public Works Department' (PWD) atau kemudiannya dikenali sebagai Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ditubuhkan pada tahun 1872. Penubuhannya bertujuan untuk menyediakan infrastruktur bagi pembangunan sosio-ekonomi dan sistem politik kerajaan Inggeris di Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura, Melaka, Perak (Dinding), Seberang Perai dan Pulau Pinang. Major J. FA Mcnair, bekas Jurutera Kolonial Negeri-negeri Selat adalah orang yang pertama dilantik mengetuai Jabatan Kerja Raya.

Pada tahun 1954, Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah memisahkan pentadbiran Tanah Melayu (Malaya) daripada pentadbirannya yang berpusat di Singapura. Ini merupakan detik permulaan jabatan-jabatan kerajaan di Tanah Melayu dibenarkan melaksana polisi dan program masing-masing.

Pada tahun 1955, Pilihan Raya Persekutuan yang pertama peringkat Majlis Mesyuarat Perundangan menandakan saat peralihan kuasa di antara rakyat tempatan daripada pentadbiran Inggeris sebelum proses kemerdekaan Tanah Melayu dilaksanakan. Parti Perikatan iaitu gabungan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Se-Malaya (MCA) dan Kongres India Se-Malaya (MIC) telah memenangi 51 kerusi dan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) memperolehi satu kerusi.

Dalam tahun 1956, Ketua Menteri dan beberapa orang Menteri telah dilantik mengetuai Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun yang sama, beberapa kementerian telah diwujudkan termasuklah Kementerian Kerja Raya dengan nama asalnya Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Y.B. Encik Sardon bin Haji Jubir adalah Menteri pertama yang mengetuai Kementerian ini. Fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya telah dikekalkan dan diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian ini. Pengarah Jabatan Kerja Raya pula bertanggungjawab kepada Menteri berhubung dengan perkara-perkara dasar Kementerian.

Pada tahun 1975, Kementerian ini telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara dalam tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan Kementerian ini bertambah. Sesuai dengan peranan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi nama Kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Walau bagaimanapun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an Kerajaan telah mengambil keputusan menamakan Kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya Malaysia dan nama itu kekal sehinggalah sekarang .

Visi[sunting | sunting sumber]

Menjadi organisasi terbilang di dalam pembangunan infrastruktur, industri pembinaan dan perkhidmatan profesional bertaraf dunia.

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Menyediakan infrastruktur dan kemudahan awam yang sejajar dengan keperluan negara.
  • Membangun, mengembang dan memantapkan industri pembinaan negara supaya boleh bersaing di pasaran global.
  • Memantap golongan profesional dan guna tenaga mahir bagi merebut peluang kerja di dalam dan luar negara.

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Membangun dan memajukan infrastruktur, industri pembinaan dan perkhidmatan profesional yang berkualiti supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Objektif[sunting | sunting sumber]

  • Memastikan dasar kerajaan dilaksanakan oleh Kementerian dan semua agensinya.
  • Merancang dan menyelaras projek infrastruktur dan kemudahan awam negara.
  • Melaksana dan memantau projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam negara.
  • Memberi khidmat teknikal kepada agensi kerajaan.
  • Mengawalselia kerja penyenggaraan jalanraya Persekutuan dan bangunan gunasama Persekutuan.
  • Mengendali dan mengawalselia operasi dan penyenggaraan lebuhraya.
  • Membangun dan mengembangkan industri pembinaan.
  • Membangun usahawan Bumiputera sector pembinaan.
  • Melaksanakan program pembangunan professional berterusan bagi meningkatkan tahap kepakaran.

Dasar Korporat[sunting | sunting sumber]

Menentukan kecemerlangan kejayaan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam negara melalui prinsip:

  • Mengutamakan negara setiap masa;
  • Memberikan perkhidmatan berkualiti, cepat dan ekonomik;
  • Meningkatkan kepakaran sumber manusia dan teknologi;
  • Bekerjasama dengan semua pihak;
  • Mengimbangi kepentingan alam sejagat; dan
  • Menghayati nilai murni.

Moto[sunting | sunting sumber]

KE ARAH KESEJAHTERAAN RAKYAT

Pelanggan[sunting | sunting sumber]

  • Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya,
  • Semua Agensi Awam Persekutuan, Negeri, Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan Berkanun,
  • Orang Awam (pengguna kemudahan awam), dan
  • Syarikat swasta (kontraktor, sub-kontraktor, syarikat pemegang konsesi, pembekal bahan binaan, pengedar bahan binaan dan juruperunding.

Piagam Pelanggan[sunting | sunting sumber]

Kementerian Kerja Raya (KKR) dan agensinya adalah komited untuk melaksanakan dasar dan program pembangunan infrastruktur, industri pembinaan dan tenaga profesional demi mencapai Wawasan 2020 dengan:

  • memastikan penghasilan infrastruktur yang berkualiti, berfungsi, selamat dan selesa selaras dengan kehendak Sistem Pengurusan Kualiti KKR yang berdasarkan kepada MS ISO 9001:2000
  • menyempurnakan projek dalam jangka masa yang dipersetujui
  • menguruskan tuntutan bayaran yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja
  • menguruskan permohonan Pinjaman Skim Kumpulan Wang Amanah Kontraktor (SKWAK) dalam tempoh tiga puluh tiga hari (33) hari bekerja
  • meluluskan pendaftaran kontraktor di kaunter bagi Gred G1 hingga G6 dalam tempoh satu (1) hari
  • menyediakan laporan teknikal untuk pembangunan rizab lebuh raya dan paparan iklan dalam tempoh 42 hari bekerja
  • aduan awam akan dijawab dalam tempoh lima hari bekerja

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]