Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1912; 112 tahun yang lalu (1912)
Agensi terdahulu
  • Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia
JenisKerajaan Persekutuan
Ibu pejabatAras 5, Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya
Eksekutif Kerajaan Persekutuan
  • Asri bin Ab Rahman, Ketua Pengarah Tenaga Kerja
Agensi induk
Kementerian Sumber Manusia Malaysia
Laman sesawang
jtksm.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (singkatan: JTKSM) telah ditubuhkan sebagai Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia (JBSM) pada tahun 1912 dan merupakan salah sebuah daripada 14 buah Jabatan dan agensi yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia Malaysia.


Sebelum tahun 1960-an, objektif Jabatan ialah ’menjaga kepentingan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan’. Pada tahun 1970, JBSM digabungkan dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP). Gabungan ini memberi tumpuan kepada penyelesaian pertikaian yang membabitkan pekerja dan kesatuan. Beberapa perubahan kemudiannya dilakukan untuk memastikan tugasan dan tanggungjawab institusi perburuhan menjadi lebih licin. Antara perubahan itu termasuk pemisahan antara JBSM dengan JPP dan seterusnya menggariskan semula tanggungjawab serta fungsi Jabatan. JBSM dipertanggungjawabkan memelihara kebajikan, kepentingan para pekerja dalam mewujudkan keharmonian antara majikan dan pekerja.


Pada Februari 2003, JBSM mengambil alih fungsi perkhidmatan pekerjaan di bawah Jabatan Tenaga Rakyat dan nama Jabatan ditukar kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Aktiviti penggabungan ini telah membawa perubahan besar kepada JBSM melibatkan pertambahan fungsi seperti pengumpulan maklumat perburuhan dan penempatan pencari-pencari pekerjaan di sektor swasta [1] termasuk:

  • Perkhidmatan dan Penjodohan Pekerjaan;
  • Portal JobsMalaysia;
  • Ceramah Kerjaya; dan
  • Karnival Pekerjaan.


Bermula 1 Januari 2021, fungsi perkhidmatan pekerjaan JTKSM dipindahkan ke Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), menjadikan JTKSM sebuah Jabatan penguatkuasaan sepenuhnya. JTKSM merupakan salah satu agensi frontliner utama dalam pemerkasaan undang-undang dalam tempoh Proklamasi Darurat 2021 yang melaksanakan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 [Akta 446] dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Undang-undang dikuatkuasakan[sunting | sunting sumber]

  1. Akta Kerja 1955 (Akta 265)
  2. Akta Hari Kelepasan Mingguan 1950 (Akta 220)
  3. Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)
  4. Akta Pampasan Pekerja 1952 (Akta 273)
  5. Akta Maklumat Pekerjaan 1953 (Akta 159)
  6. Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 (Akta 350)
  7. Akta (Sekatan) Kerja 1968 (Akta 353)
  8. Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246)
  9. Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446)
  10. Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732)
  11. Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)
  12. Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612)
  13. Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670)

Pejabat Negeri dan Cawangan[sunting | sunting sumber]

Jabatan Tenaga Kerja Negeri terletak di semua negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan terdapat beberapa buah cawangan di setiap negeri seperti berikut:

  1. Jabatan Tenaga Kerja Perlis
  2. Jabatan Tenaga Kerja Kedah
  3. Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang
  4. Jabatan Tenaga Kerja Perak
  5. Jabatan Tenaga Kerja Selangor
  6. Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur
  7. Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan
  8. Jabatan Tenaga Kerja Melaka
  9. Jabatan Tenaga Kerja Johor
  10. Jabatan Tenaga Kerja Pahang
  11. Jabatan Tenaga Kerja Terengganu
  12. Jabatan Tenaga Kerja Kelantan
  13. Jabatan Tenaga Kerja Labuan

Penerbitan / Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Laporan Tahunan Jabatan (tahun 2006 - terkini);
  2. Garis-garis panduan;
  3. Pematuhan Penginapan Pekerja;

Sumber Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Portal Pencari Kerja Kerajaan Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-09. Dicapai pada 2014-02-09.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan Peperiksaan Online Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19 = http://semakan.info/s19perusahaan/198[pautan mati kekal] (contoh soalan dan jawapan, tip persediaan dan huraian format Peperiksaan Online Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19)