Zaleha Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Datin Paduka Hajah Zaleha Bt Ismail(DPMS, SMS, KMN) merupakan bekas Menteri Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat.Kini beliau menjadi Presiden Yayasan Suara Wanita. Beliau menang di kawasan parlimen Gombak dalam Pilihan raya Malaysia 1999. Tahun 2004 beliau tidak lagi bertanding.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau kelahiran Kuala Langat, Selangor.Bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Pelek dan dan Universiti Malaya - Ijazah Sarjana Muda Sastera (1961).Anaknya tiga orang (doktor,penolong pengurus dan ahli perniagaan).

Kencing manis yang dihidapinya dikawal dengan bersenam setiap hari.[1]


Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Di Radio Malaya (1962-1968) beliau bekerja sebagai Pembantu Rancangan, kemudian Pengelola Rancangan Perkhidmatan Inggeris.Selain itu sebagai Pensyarah dan Tutor sambilan di Universiti Malaya. 1968-1978 menjadi Pegawai Ensiklopedia di Dewan Bahasa dan Pustaka seterusnya Timbalan Ketua Bahagian Buku Pelajaran.

Politik[sunting | sunting sumber]

1968 ahli biasa UMNO dan akhirnya Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Beliau terlibat dalam politik selama 30 tahun. Beliau mula bertanding pada Pilihan raya umum Malaysia 1978 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang, Selangor.Pada Pilihan raya umum Malaysia 1999, beliau menewaskan calon Pas, Dr. Hatta Ramli dengan majoriti 1,176 undi.

Sebelum Pilihan raya umum Malaysia 2004 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menggugurkan nama 10 wakil rakyat daripada UMNO daripada bertanding.[2]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau dianugerahkan Bintang Seri Mahkota Selangor, Bintang Kasatria Mangku Negara dan Datuk Paduka Mahkota Selangor pada tahun 1979.

[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]