Jam pasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jam pasir.

Jam pasir ialah sejenis alat yang menyukat peredaran beberapa minit atau jam. Ia terdiri daripada sepasang bebuli menegak tercantum yang membolehkan bahan menitis-nitis dengan teratur dari atas ke bawah. Setelah bebuli atas kosong, jam pasir boleh diterbalikkan untuk memulakan semula sukatan masa. Faktor-faktor yang mempengaruhi sukatan masa termasuk jumlah pasir, besar bebuli, lebar leher, dan mutu pasir. Pasir juga boleh diganti dengan serbuk kulit telur dan serbuk marmar[1]. Pada zaman moden, jam pasir sekadar hiasan atau digunakan sebagai penyukat masa yang bersahaja seperti pemasa ketika memasak atau bermain permainan papan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Madehow.com (2006). "Hourglass". How Products Are Made, vol. 5. Madehow.com. Diperoleh pada 2008-02-04.