Kampung Boy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kampung Boy
225px
Kulit novel grafik Kampung Boy
Penerbitan
Karya Lat
Genre Drama
Komedi
Penerbit Berita Publishing
Komik
Watak utama Mamat
Novel grafik 3


Kampung Boy ialah sebuah novel grafik autobiografi karya kartunis Malaysia, Mohammad Nor Khalid (Lat). Buku ini bersama sekuelnya, Town Boy, telah dicetak semula berbanyak kali di dalam dan luar negara. Terdapat juga siri animasi Kampung Boy yang diterbitkan pada 1990-an.

Kampung Boy dan Town Boy merupakan antara karya-karya terawal Lat yang menceritakan kehidupan zaman kanak-kanak dan remajanya. Karya-karya autobiografi Lat ini menjadi mercu tanda kerjaya Lat sebagai seorang kartunis, yang masih mengisahkan babak-babak hidupnya dari dulu hingga kini, dalam akhbar New Straits Times dan buku-buku kompilasi kartunnya.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Kampung Boy[sunting | sunting sumber]

The Kampung Boy mengisahkan kehidupan Lat yang menghabiskan zaman kanak-kanaknya di sebuah kampung di Lembah Kinta pada 1950-an dan awal 1960-an, termasuk sekali kisah-kisah kehidupan keluarga di luar bandar, adat resam kekeluargan tradisional, pendidikan awal Lat dan kegiatan-kegiatan luar bersama "Meor bersaudara" yang bersahabat dengan Lat di sekolah agama. Buku ini diakhiri dengan Lat meninggalkan kampung untuk menghadiri sekolah asrama di Ipoh.

Buku yang julung kali diterbitkan di Malaysia dalam bahasa Melayu dan Inggeris pada tahun 1979, telah dicetak semula sebanyak 14 kali sehingga tahun 2008, termasuk edisi Amerika Syarikat keluaran First Second Books pada tahun 2007, di samping wujudnya versi bahasa Jepun. Menariknya, edisi Amerika berbeza sedikit dari edisi asalnya, iaitu satu babak yang mana watak utama dirotan oleh bapanya yang naik berang, terpaksa dilukis semula untuk merudumkan unsur keganasan dalam versi Amerika.

Town Boy[sunting | sunting sumber]

Buku susulannya, Town Boy, pertama kalinya diterbitkan pada tahun 1980 di Malaysia, dan turut diterbitkan di Amerika Syarikat pada Oktober 2007. Buku ini mengimbau zaman remaja Lat di Ipoh sepanjang 1960-an, merangkumi persekolahannya, persahabatannya dengan Frankie, seorang kaum Cina yang tinggal di dalam rumah kedai, serta pencarian teman cintanya sebagai tema-tema utama dalam buku ini yang diakhiri dengan pertemuan terakhir Lat dengan Frankie di stesen kereta api Ipoh sebelum Frankie berlepas ke United Kingdom untuk melanjutkan pelajarannya dan mengejar kelayakan A-Level.

Town Boy yang ditulis dalam bahasa-bahasa Melayu dan Inggeris (dan juga "Manglish"), turut diisi tulisan Cina dan Tamil dalam beberapa babaak yang memperlihatan ramai orang Cina dan India. Seperti Kampung Boy juga, Town Boy turut ada versi Jepun.

Kampung Boy: Yesterday and Today[sunting | sunting sumber]

Kampung Boy: Yesterday and Today, diterbitkan pada tahun 1994, mengisahkan semula zaman kanak-kanak Lat seperti yang dipaparkan dalam Kampung Boy, tetapi kali ini mengetengahkan masa lapang dan kegiatan yang diamalkan oleh Lat sekeluarga dan kawan-kawannya daripada mengisahkan keseluruhan kehidupan awalnya. Buku ini bertujuan membandingkan taraf kehidupan di kalangan kanak-kanak pada 1990-an dengan zaman lampau serta mengenang betapa ringkasnya keseronokan zaman kanak-kanak Lat.

Siri animasi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kampung Boy (siri TV)

Siri animasi Kampung Boy dihasilkan di Los Angeles oleh Matinee Entertainment pada tahun 1997.

Rujukan[sunting | sunting sumber]