Kassim Masdor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kassim Masdor
Kassim pada 2010
Latar belakang
Kelahiran(1938-09-19)19 September 1938[1]
Negeri-negeri Selat (kini Singapura)
Meninggal dunia21 Januari 2014(2014-01-21) (umur 75)
Singapura
PekerjaanKomposer, pemuzik, penggubah lagu, pelakon
InstrumenGitar, piano, xilofon
Tahun aktif1950–1980
Syarikat rakaman
Shaw Studios, EMI, Senada[1]

Kassim Masdor (19 September 1938 – 21 Januari 2014) merupakan seorang penggubah lagu Singapura. Beliau telah menggubah lagu selama setengah abad, mulai tahun 1950-an hingga 1980-an. Beliau juga ialah anak murid P. Ramlee.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mula berkhidmat dengan Malay Film Productions (MFP) milik Shaw Brothers sebagai seorang kerani pada tahun 1952. Namun, beliau bertekad mengasah bakat dalam bidang muzik dan azam ini semakin menebal apabila beliau bertemu dengan P. Ramlee dan tokoh-tokoh lain di MFP. Beliau menghargai keperihan bekerja dengan P. Ramlee dan pengalaman tersebut telah menjadikan beliau seorang pemuzik yang mahir.

Beliau juga salah seorang perintis kumpulan popular Panca Sitara yang ditubuhkan P. Ramlee. Pada 1968, sebaik sahaja Shaw Brothers membuat keputusan menutup Studio Jalan Ampas, Kassim dipanggil EMI Singapura untuk menjadi penerbit, Komposer dan penyusun muzik di situ. Sepanjang lima tahun bersama EMI, Kassim menerbitkan lebih 60 buah album. Pada tahun 1977 Kassim Masdor telah berundur dari EMI apabila menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Senada Record.

Beliau telah mencipta lebih 400 lagu malar segar termasuk Sapu Tangan Tanda Mata dendangan Saloma, Bahtera Merdeka (Ahmad Jais) dan Selamat Hari Raya (allahyarham Fazidah Joned). Antara penyanyi yang popular lain menyanyikan lagu-lagu ciptaan beliau, di antaranya Ahmad Jais, Sanisah Huri, Kartina Dahari, Rafeah Buang, Sharifah Aini, Ahmad Daud dan juga Sudirman. Beliau juga dipandang tinggi sebagai salah seorang komposer ulung pada akhir tahun 60an hingga ke tahun 70an.[2]

Diskografi separa[sunting | sunting sumber]

Antara lagu sentuhannya adalah:-

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2002, Kassim diberikan Anugerah Pencapaian Artis Sepanjang Hayat oleh Persatuan Pemuzik Melayu Profesional Singapura (PERKAMUS) sempena ulang tahun PERKAMUS yang ke 10.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 21 Januari 2014 pada jam 9:25 malam di Singapura pada usia 75 tahun akibat penyakit asma dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang.[4][5][6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Kassim Masdor". Tribute.sg. Dicapai pada 22 Januari 2014.[pautan mati kekal]
  2. ^ Kassim Masdor Diarkibkan 2014-02-26 di Wayback Machine Komposer Muzik Dulu Dan Sekarang
  3. ^ Perginya tiada pengganti[pautan mati kekal] Harian Metro. Dicapai pada 24 Januari 2014.
  4. ^ Niezam Abdullah (22 Januari 2014). Komposer Kassim Masdor Meninggal Dunia mStar Online. Diperoleh pada 23 Januari 2014.
  5. ^ Kassim Masdor meninggal dunia akibat asma Utusan Malaysia (22 Januari 2014). Diperoleh pada 23 Januari 2014.
  6. ^ Amirah Amaly Syafaat (28 Ogos 2011). Kassim Masdor 38 tahun menduda Utusan Malaysia. Diperoleh pada 29 Ogos 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]