Krisis perlembagaan Perak 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Krisis perlembagaan Perak 2009 merupakan satu pertikaian politik mengenai kesahihan kerajaan negeri Perak. Segala-galanya bermula apabila 4 Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat melompat parti, memberi kelebihan kepada Barisan Nasional. Dengan hal ini, Barisan Nasional berjaya meyakinkan Sultan Perak bagi membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan seterusnya digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional.

Sebelum krisis perlembagaan tercetus, Pakatan Rakyat pada asalnya mempunyai 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sementara Barisan pula mempunyai 27 ADUN. Semasa krisis tercetus, tiga ADUN Pakatan Rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas manakala seorang lagi (yang sebelumnya telah keluar parti UMNO dan menyertai Parti Keadilan Nasional) kembali semula menyertai UMNO. Pesta lompat parti tersebut menyebabkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri telah berubah, iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mempunyai bilangan kerusi yang sama iaitu 28 serta terdapat tiga wakil bebas.

Pertikaian kesahihan mengenai gejala lompat parti, bidang kuasa Sultan bagi menyingkirkan Menteri Besar sedia ada[1], surat perletakan jawatan tidak bertarikh, bidang kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak serta bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia merupakan isu-isu utama dalam krisis perlembagaan ini.

Permulaan krisis[sunting | sunting sumber]

Krisis bermula[2] apabila ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan Nasional, Datuk Nasarudin Hashim mengumumkan keputusan keluar dari UMNO pada 25 Januari untuk menyertai PKR.[3] Kemudian, pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemungkinan lebih ramai wakil rakyat dari Barisan Nasional akan menyertai Pakatan Rakyat, dan pada masa yang sama pula Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar kerajaan Menteri Besar, turut menyatakan kemungkinan tiga lagi kerusi Barisan Nasional akan bertukar tangan ke Pakatan Rakyat.[4] Tindakan Datuk Nasarudin Hashim yang keluar parti telah membangkitkan kemarahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menganggapnya lemah dan mendakwa tindakannya keluar parti hanyalah atas rasa kecewa kerana tidak ditawarkan jawatan kanan parti.[5] Nasarudin kemudiannya menafikan penerimaan tawaran jawatan tersebut.[6] Sehari sebelumnya, Najib mengambil alih jawatan Ketua UMNO Negeri Perak daripada Datuk Seri Mohammad Tajol Rosli Ghazali.[7]

Sehari kemudian, dua wakil rakyat PKR, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu, yang sedang didakwa di mahkamah atas kesalahan rasuah tiba-tiba hilang dan gagal dihubungi.[8] Empat hari kemudiannya, kedua-duanya mengisytiharkan keluar parti dan menjadi ahli bebas, serta menjanjikan kesetiaan kepada Barisan Nasional.[9] Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia mengatakan tiada pilihan raya kecil akan diadakan bagi kedua-dua kerusi yang dipegang mereka walaupun telah menerima tekanan daripada pelbagai pihak.[10]

Naib speaker dari DAP, Hee Yit Foong keluar parti dan menjadi wakil bebas pada hari berikutnya. Pada 4 Februari 2009, Sultan Perak bertemu dengan Nizar pada sebelah paginya mengenai permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya semula di negeri Perak.[11] Sultan Perak bertemu Najib pada petang berikutnya, bersama-sama wakil rakyat bebas yang keluar dari Pakatan Rakyat dan secara tiba-tiba Datuk Nasarudin Hashim kembali semula ke Barisan Nasional atas alasan untuk mengembalikan kestabilan politik di Perak.[12] Najib pula mengambil kesempatan ini untuk memohon perkenan diraja bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang baru.[13]

Kerajaan negeri baru[sunting | sunting sumber]

Tidak lama kemudian, Sultan Perak mengumumkan keputusan baginda untuk tidak membubarkan dewan dan meminta Menteri Besar untuk meletakkan jawatan, dengan dakwaan tindakan tersebut dilakukan di bawah Perkara XVIII (2)(b) Perlembagaan Negeri Perak.[14][15] Kesemua 28 wakil rakyat BN dan 3 ahli bebas mengatakan rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Nizar dalam pertemuan dengan Sultan Perak.[16][17] Penasihat DAP, Lim Kit Siang, pula mendakwa Sultan Perak sepatutnya bertindak atas nasihat Menteri Besar dan mengadakan pilihan raya semula dengan memetik Perkara 16(6) Perlembagaan Perak.[18]

Nizar pula enggan meletakkan jawatan dan merayu kepada Sultan Perak untuk menerima cadangannya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri atas sebab demokrasi, dengan bantuan para pemimpin Pakatan Rakyat.[19] Pihak polis pula berkawal di bangunan sekretariat negeri dan meminta kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengosongkan bangunan.[20] Lewat petang kemudian, Sultan Perak memperkenankan kerajaan baru Barisan Nasional dengan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru pada hari berikutnya, 6 Februari.[21]

Pagi berikutnya, Nizar dan ahli-ahli exconya pulang ke kediaman rasmi Menteri Besar dan mendapati pejabat mereka sudah dikosongkan. Nizar yang terkejut dengan tindakan tersebut mengadakan satu sidang media di dalam kediaman rasminya, tiba-tiba diarahkan untuk mengosongkan kediaman rasmi oleh sekretariat negeri[22] dengan alasan mereka melanggar perjanjian asal untuk mengambil barangan peribadinya. Nizar kemudiannya dibawa keluar oleh polis 45 minit kemudian.[23] Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek, mempertahankan tindakan Sultan dengan mengatakan baginda bertindak seperti yang termaktub dalam peruntukan perlembagaan negeri[24][25] serta menganggap tindakan Nizar menafikannya adalah satu bentuk penderhakaan.[26]

Zambry Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru pada pukul 4.08 petang, yang dihadiri oleh ahli-ahli Barisan Nasional, termasuklah TPM Najib, yang tiba di Istana Iskandariah di bawah kawalan keselamatan yang ketat. Penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di luar istana dan melancarkan tunjuk perasaan membantah perlantikan Menteri Besar yang baru.[27][28] Para pemimpin Pakatan, termasuklah Anwar Ibrahim, mencabar kesahihan perlantikan Zambry dengan mengatakan Nizar masih Menteri Besar, seperti yang dijamin oleh peruntukan perlembagaan negeri, sehinggalah Nizar memperoleh undi tidak percaya dalam satu persidangan Dewan Undangan Negeri.[29] Nizar menuntut Zambry untuk meletakkan jawatan dan menyatakan hasrat memohon untuk memfailkan saman terhadap Zambry di Mahkamah Tinggi serta mendakwa perlantikannya sebagai melanggar perlembagaan negeri.[30] Walau bagaimanapun, Nizar dan para pemimpin kerajaan Pakatan yang lain kembali ke kediaman rasmi Menteri Besar pada 7 Februari, serta meluluskan tiga dasar di Perak pada hari yang sama.[31]

Tindakan undang-undang mencabar kesahihan kerajaan BN[sunting | sunting sumber]

Pada hari kemudiannya, Nizar akhirnya melaporkan diri untuk bertugas selaku Menteri Besar Perak.[32] Bagaimanapun, jawatan beliau ditarik balik secara tiba-tiba apabila hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali meluluskan penangguhan pelaksanaan keputusan kepada Zambry, sekaligus sini menetapkan 21 Mei bagi mendengar rayuan Zambry dan permohonan Nizar.[33]Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Nizar, atas hujah bahawa "bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN."[34]

Penggantungan wakil-wakil rakyat BN[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Februari 2009, speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar telah menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri persidangan dewan, masing-masing selama 18 dan 12 bulan.[35] Pada 2 Mac 2009 speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar mengumumkan penggantungan setiausaha dewan iaitu Abdullah Antong Sabri serta-merta dan persidangan darurat yang dijadualkan pada 3 Mac akan berjalan seperti yang dirancang. Penggantungan tersebut dilakukan kerana kegagalan Abdullah untuk menjalankan tugasnya secara profesional.[36]

Persidangan bawah pokok[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. NST Newsdesk. "Zambry Kadir to be sworn in as new Perak MB tomorrow, says PM; PR defying Sultan's ruling, insists on dissolution or no-confidence vote", New Straits Times, 5 February 2009. Dicapai pada 5 February 2009. [pautan putus]
  2. NST Newsdesk. "PERAK IN CRISIS: Nizar joins Ningkan as the defiant ones", New Straits Times, February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  3. "How the Perak state government fell", The Star (Malaysia), February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  4. EDWARD RAJENDRA and IVAN LOH. "Anwar claims more BN reps to defect (updated)", The Star (Malaysia), January 26, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  5. M. Husairy Othman. "Abdullah: Don't sulk if not given party post", New Straits Times, 2009/01/30. Dicapai pada 2009-02-05. 
  6. CLARA CHOOI. "Nasarudin: I still have the fighting spirit", The Star (Malaysia), January 31, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  7. "Najib takes over as Perak chairman", The Star (Malaysia), January 30, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  8. "Perak PKR says two state exco men cannot be located", The Star (Malaysia), February 1, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  9. SAODAH ELIAS. "Behrang rep Jamaluddin quits PKR", The Star (Malaysia), February 3, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  10. "EC: No by-election (Update 3)", The Star (Malaysia), February 3, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  11. "Nizar leaves fate of govt in Sultan’s hands", The Star (Malaysia), February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  12. "I want to see stability in Perak, says Nasarudin", The Star (Malaysia), February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  13. "Najib informs Sultan BN can form govt", The Star (Malaysia), February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  14. Bernama. "PERAK IN CRISIS: How the Perak palace worded the PR State Government's dismissal", New Straits Times, February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  15. NST Newsdesk. "PERAK IN CRISIS: Sultan tells Nizar, Exco to resign", New Straits Times, February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  16. "How the Perak state government fell", The Star (Malaysia), February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  17. "Perak drama: PM leaves at Istana", The Star (Malaysia), February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  18. "PERAK IN CRISIS: PR must continue as state government unless BN gets no-confidence vote: Kit", New Straits Times, February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  19. David Yeow. "PERAK IN CRISIS: PR not rejecting Sultan's orders, merely pleading for dissolution of state assembly", New Straits Times, February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  20. "Perak: Police take over state building", The Star (Malaysia), February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  21. NST Newsdesk. "Zambry Kadir to be sworn in as new Perak MB tomorrow, says PM; PR defying Sultan's ruling, insists on dissolution or no-confidence vote", New Straits Times, February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-05. 
  22. Bernama. "Mohamad Nizar escorted out of Menteri Besar’s office", New Straits Times, February 6, 2009. Dicapai pada 2009-02-06. 
  23. Bernama. "Nizar was allowed in MB’s office to take personal belongings only, says state secretary", New Straits Times, February 6, 2009. Dicapai pada 2009-02-06. 
  24. "Nizar has no choice but to resign, says Bar Council head", New Straits Times, February 6, 2009. Dicapai pada 2009-02-06. 
  25. "Bar: Don’t challenge Sultan’s decision", The Star (Malaysia), February 6, 2009. Dicapai pada 2009-02-06. 
  26. "PERAK IN CRISIS: Nizar's refusal to step down an 'act of treason': Shabery Cheek", New Straits Times, February 5, 2009. Dicapai pada 2009-02-06. 
  27. Yushaimi Yahaya, Frankie D'Cruz, Zainal Epi, Kharleez Zubin and Francis C. Nantha. "Showdown expected in Royal town", Malay Mail, February 6, 2009. Dicapai pada 2009-02-06. 
  28. NST Newsdesk. "Zambry is new Perak MB", New Straits Times, February 6, 2009. Dicapai pada 2009-02-06. 
  29. "Nizar refuses to step down as Perak MB (Updated)", The Star (Malaysia), February 6, 2009. Dicapai pada 2009-02-06. 
  30. "Perak Update: Nizar wants Dr Zambry removed", The Star (Malaysia), February 6, 2009. Dicapai pada 2009-02-06. 
  31. NST Newsdesk. "Nizar holds Exco meeting, approves three new policies", New Straits Times, February 7, 2009. Dicapai pada 2009-02-07. 
  32. Teoh, Shannon. "Nizar reports for work", The Malaysian Insider, 2009-05-12. Dicapai pada 2009-05-12. 
  33. "Rayuan Zambry Dan Permohonan Nizar Didengar Khamis", Bernama, 2009-05-15. Dicapai pada 2009-05-22. 
  34. "Hakim: Zambry MB sah Perak", Malaysiakini, 2009-05-22. Dicapai pada 2009-05-22. 
  35. "Perak Speaker suspends entire exco", The Malaysian Insider, February 18, 2009. Dicapai pada 2009-02-18. 
  36. "Perak Speaker suspends state assembly secretary", The Malaysian Insider, March 2, 2009. Dicapai pada 2009-03-02.