Kulaijaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Flag of Johor.svg

Daerah
Johor Darul Ta'zim
Kulaijaya 古来再也
كولايجاي
Pejabat daerah Kulai
Pegawai daerah Kamarudin Bin Abdullah
Kawasan
 - Jumlah 75,122 hect km²
Populasi
 - Anggaran 2000
 - Kepadatan /km²
Universiti Teknologi Malaysia, sebuah universiti nasional yang terletak di daerah Kulaijaya.

Daerah Kulaijaya adalah salah satu daripada dua daerah baru yang diwujudkan di negeri Johor, Malaysia. Daerah baru ini terbentuk hasil daripada pecahan bahagian utara Daerah Johor Bahru yang merangkumi bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak, Seelong, Senai, dan Sengkang.

Isi kandungan

[sunting] Pentadbiran

Daerah Kulaijaya ditadbir oleh Pejabat Daerah Kulaijaya. Ia terbentuk hasil daripada naik taraf sub-daerah Kulai kepada satu daerah penuh dan diwartakan pada 29 Mac 2007 dan dinamakan sebagai daerah Kulaijaya. Tarikh perasmian daerah baru ini dijadualkan pada penghujung April 2008 oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Pihak berkuasa tempatan di Kulai ialah Majlis Perbandaran Kulai.

Kerusi Parlimen P163 KULAI adalah kerusi parlimen yang mengandingi peratus penduduk Cina tertinggi di Johor (69%).

[sunting] Geografi

Kedudukan Daerah Kulaijaya dan ibu daerah, Kulai

Bandar Kulai terletak 29 km dari pusat bandar raya Johor Bahru dan 8 km dari Skudai. Ia terletak di bahagian pertengahan daerah ini. Bandar Kulai serta kebanyakan pekan dalam daerah ini dihubungkan melalui laluan persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jalan besar Kulai iaitu Laluan Persekutuan Jkr-ft1.png menempatkan banyak rumah kedai. Bandar Kulai juga dikelilingi ladang getah dah kelapa sawit.

[sunting] Ekonomi

Kebanyakan penduduk tempatan bergiat dalam sektor pertanian, terutamanya di ladang getah dan kelapa sawit. Ada juga yang berniada secara kecil-kecilan sepanjang jalan besar. Kulaijaya juga mempunyai antara penempatan FELDA terawal di negeri Johor iaitu Felda Taib Andak. Kulaijaya masih merupakan antara kawasan penanaman kelapa sawit yang paling utama berikutan banyak ladang kelapa sawit di daerah ini. Kulaijaya turut mengeksport sayur-sayuran segar ke Singapura setiap hari.

Keadaan ekonomi di Kulai semakin berkembang berikutan pertambahan kilang yang dibina di Kulai dan Senai. Kulaijaya juga berada di dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

[sunting] Tempat menarik

  • Hutan Rekreasi Gunung Pulai
  • Zoo Saleng
  • Hutan Bandar Putra Kulai
  • Palm Villa Golf & Country Resort
  • Orchid Golf & Country Resort
  • Pusat Akuarium Nanyan, Ayer Bemban
  • Kompleks Membeli-belah IOI Mall

[sunting] Bandar, perumahan, dan kampung

Hutan Bandar Putra, kawasan rekreasi terbaru di Kulai.

[sunting] Pekan

[sunting] Perumahan

[sunting] Kampung

[sunting] Petempatan FELDA

[sunting] Pautan luar

1°40′U 103°36′T / 1.667°U 103.6°T / 1.667; 103.6

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain