Daerah Johor Bahru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Daerah Johor Bahru
Lambang Johor.jpg
Geografi
Status Daerah
Asal nama N/A
Negara  Malaysia
Negeri  Johor
Daerah Daerah Johor Bahru
Keluasan N/A

Daerah Johor Bahru merupakan satu daripada sepuluh buah daerah yang membentuk negeri Johor. Ia meliputi kawasan seluas 1,816 kilometer persegi. Daerah ini juga dikenali sebagai daeraah metropolitan Johor Bahru kerana dari segi bilangan penduduk mempunyai melebihi 2 juta orang. Daerah Metropolitan Johor Bahru merupakan metropolitan ketiga terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang dan Pulau Pinang. Daerah ini juga adalah sebahagian daripada Iskandar Malaysia dan merupakan metropolitan yang sedang pesat membangun.

Bandar-bandar yang terdapat di sekitar daerah metropolitan Johor Bahru ialah pusat bandaraya, Skudai, Nusajaya, Puteri Habour, Desa Tebrau, Bukit Indah, Ulu Tiram, Stulang, Taman Perling, Pasir Gudang dan Permas Jaya.

Metropolitan Johor Bahru mempunyai pelbagai pusat membeli-belah yang moden dan bertaraf antarabangsa seperti Johor Premium Outlets, AEON Tebrau City, AEON Bukit Indah, AEON Permas Jaya, AEON Taman Universiti, Johor Bahru City Square, KSL City, Medini Lifestyle Mall, Danga City Mall, Plaza Angsana dan lain-lain serta menjadikannya sebagai daerah pusat membeli-belah.

Metropolitan Johor Bahru merupakan pusat pelancongan yang utama di selatan Semenanjung Malaysia dan mempunyai pusat pelancongan antarabangsa seperti Legoland ( taman tema antarabangsa yang pertama yang dibina di Malaysia dan taman tema Legoland yang pertama dibina di Asia ), Puteri Habour Family Theme Park ( taman tema antarabangsa yang kedua dibina di Malaysia ), Taman Tema Air Autin Heights ( dalam pembinaan ) dan lain-lain.

Daerah metropolitan Johor Bahru terletak di bahagian Selatan Negeri Johor bersempadan:

Daerah Johor Bahru terdiri daripada 9 buah mukim yang meliputi Sungai Tiram, Tebrau, Plentong, Pulai/Jelutong, Tanjung Kupang dan Mukim Bandar. Di samping itu, juga terdapat 38 buah kampung di dalam Daerah Johor Bahru.

Mukim[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Jelutong
  2. Mukim Plentong
  3. Mukim Pulai
  4. Mukim Sungai Tiram
  5. Mukim Tanjung Kupang
  6. Mukim Tebrau
  7. Bandar Johor Bahru
  8. Bandar Tebrau

Pejabat Daerah Johor Bahru juga dipertanggungjawabkan mentadbir, merancang dan menyelaras projek Pembangunan Sosio-ekonomi Daerah Johor Bahru. Pejabat Daerah Johor Bahru pernah ditempatkan di bangunan-bangunan seperti Bangunan Sultan Ibrahim, Jalan Bukit Timbalan, Johor Bahru, Bangunan Tenaga Nasional Berhad, Jalan Duke, Johor Bahru, Bangunan Kerajaan, Jalan Ayer Molek, Johor Bahru dan sekarang Pejabat Daerah Johor Bahru beroperasi di Jalan Datin Halimah, Johor Bahru. Pejabat ini juga ditempatkan bersama-sama dengan Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru.