Kulim (bandar)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kulim (Bandar))
Lompat ke: pandu arah, cari
Kulim
كوليم

居林

Pemandangan Kulim
Negara Malaysia
Negeri Kedah
Pembentukan 1950-an
Kerajaan
 - Tuan Yang DiPertua MPKK Tn. Abdul Aziz Bin Haji Abdul Ghani AMK, BCK
Kepadatan (2007)[1]
 - Jumlah 150,000
Zon masa MST (UTC+8)
 - Musim panas (DST) Tidak diperhatikan (UTC)
Laman web: Majlis Perbandaran Kulim

Kulim merupakan sebuah bandar yang besar di negeri Kedah. Ia terletak di kawasan tenggara negeri Kedah, berdekatan dengan sempadan negeri Pulau Pinang, yang terletak di bahagian barat.

Kulim asalnya merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini ia merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim. Kaum majoriti di Kulim ialah kaum bumiputera 65% dan kaum lain 35%. Kulim juga terletak tidak begitu jauh dengan bandaraya Pulau Pinang. Kos hidup di Kulim adalah tidak begitu tinggi. Kebanyakan penduduk juga gemar bertempat di Kulim kerana trafik di Kulim pada setiap hari tidak begitu sesak seperti di Pulau Pinang. Kebanyakan penduduk yang tinggal di pekan Selama di sempadan negeri Kedah dan Perak juga akan selalu datang untuk membeli belah di Kulim kerana perjalanan dari Selama ke Kulim cuma mengambil masa 30 minit sahaja.Bandar ini merupakan bandar satelit Pulau Pinang.

Sejarah Kulim[sunting | sunting sumber]

Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Pattani. Menjelang pertengahan abad ke 19 Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah. Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong Cina beroperasi di Kulim. Antara kawasan terawal pembukaan Daerah Kulim ialah di Belakang Tebok. Lombong-lombong bijih timah yang terbesar telah dibuka di kawasan Kulim ialah Taman Tunku Putra, Kg Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama. Menurut catatan pada tahun 1854 terdapat 8 buah syarikat cari gali bijih timah dengan jumlah pekerja seramai 1500 orang. Pada tahun 1888 tercetus peristiwa besar di Kulim yang melibatkan pekerja-pekerja lombong bijih timah. Peristiwa ini dikenali sebagai "Perang Nyonya Cantik" atau "Perang Kulim".

Kejadian ini bermula apabila taukeh-taukeh lombong bijih di sekitar Kulim bergaduh sesama sendiri kerana merebut seorang wanita Cina yang cantik atau wanita simpanan. Taukeh-taukeh ini telah menggunakan pekerja-pekerja lombong masing-masing dalam pergaduhan yang terjadi. Keamanan penduduk telah terancam dan pergaduhan ini telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya dengan memakan korban yang banyak di antara pihak-pihak yang terlibat. Insiden Perang Kulim 1888 ini telah menyebabkan kerajaan Kedah terpaksa melantik seorang rakyat British iaitu B.E Mitchell sebagai Ketua Polis Kulim pada tahun 1890 dan kedudukan kewangan negeri Kedah yang teruk. Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 maka pihak British telah menganggap Kedah telah pun berada di bawah pemerintahannya. Hanya pada tahun 1923 barulah Sultan Abdul Hamid membuat perjanjian dengan British bahawa Kedah secara rasmi menjadi naungan British. Nama Daerah Kulim dipercayai diberikan kerana terdapat banyak Pokok Kulim yang terdapat di kawasan ini terutama di kawasan Bandar Kulim oleh penduduk awal ini. Bekas pelombong yang bekerja di kawasan perlombongan yang kaya dengan hasil bijih timah di negeri Perak iaitu di kawasan Larut, Matang, Taiping dan Selama adalah yang mula-mula membuka Daerah kulim.

Bekas pekerja lombong ini melarikan diri dari kawasan bijih timah di negeri Perak kerana tidak mahu terlibat dengan pergaduhan yang sering berlaku di antara Kumpulan Kongsi antaranya kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang sering ditubuhkan oleh pekerja-pekerja lombong negeri Perak bagi merebut kawasan yang kaya dengan bijih timah. Dipercayai pelombong-pelombong ini melarikan diri merentas hutan belukar di kawasan Kulim menuju ke Pulau Pinang untuk mencari pendudukan baru. Pulau Pinang ketika itu sudah menjadi bandar pelabuhan yang sibuk di Utara Tanah Melayu sejak pembukaannya oleh Inggeris pada tahun 1786. Ketika melalui kawasan Kulim bekas-bekas pelombong ini mendapati dalam sungai dan tanah ada tanda bahawa wujudnya bijih timah dan telah mengambil keputusan untuk tinggal menetap dan membuka perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih timah.

Di antara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah panggung Coronation, Sek Men St. Patrick (1933) yang mana telah dijadikan sebagai bangunan perniagaan. Sekolah Menengah Sultan Badlishah (1948), Balai Polis Kulim dan sebagainya. Manakala jam merdeka Kulim telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 15 September 1957 yang masih kekal menjadi mercu tanda bagi bandar Kulim. Jam Merdeka Kulim telah berdiri megah lebih 44 tahun iaitu seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Batu asas Jam Merdeka ini telah dibuat oleh YPM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957. Jam Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 3 bulan dan dirasmi oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Di Pertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, KOM, CMG, KBE Sultan Kedah pada 15 September 1957 iaitu 2 minggu selepas Perisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Kos pembiayaan Jam Merdeka Kulim dibiayai melalui penduduk Kulim sendiri yang berdasarkan catatan sebanyak RM40,000.00 sebagai manifestasi penduduk Kulim sebagai rakyat negara ini di atas kejayaan negara mencapau kemerdekaan dari penjajahan British. Hingga Kini Jam Merdeka Kulim masih lagi menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Kulim. Ianya kini telah diindahkan lagi termasuk mengadakan air pancutan di kawasan bersebelahan dengannya.

Asal-usul nama Kulim[sunting | sunting sumber]

Kulim dipercayai dibuka dan diami pada pertengahan abad 18 oleh 100 orang melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama asal bandar Kulim mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil pokok Kulim (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.)

Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah, Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Pada tahun 1997 dianggarkan harga jual beli untuk kayu pokok kulim per meter padu adalah mencecah sebanyak RM 270.00.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dewan Rakyat)

Parlimen Nama Kerusi Ahli Parliamen Parti
P017 Padang Serai N Surendran Pakatan Rakyat
P018 Kulim - Bandar Baharu Abd Aziz Sheikh Fadzir Barisan Nasional

Dewan Undangan Negeri

Dun Kedudukan Nama Ahli Negeri Parti
N33 Merbau Pulas Siti Aishah Ghazali Pakatan Rakyat
N34 Lunas Azman Nasrudin Pakatan Rakyat
N35 Kulim Chua Thiong Gee Barisan Nasional


Pusat bandar[sunting | sunting sumber]

Di persekitaran Bandar Kulim masih lagi rumah kedai yang wujud sebelum zaman Perang Dunia Kedua lagi. Malangnya, kebanyakkannya telah pun diruntuhkan untuk membina bangunan-bangunan yang baru.

Simbol yang terkenal di Bandar Kulim adalah menara jamnya yang masih lagi berfungsi.

Kawasan kejiranan di Kulim[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak taman-taman perumahan yang dibuka di sekitar Bandar Kulim. Antara kawasan taman perumahan yang terbesar ialah Taman Selasih yang lengkap dengan pusat komersialnya tersendiri.

Senarai kawasan kejiranan[sunting | sunting sumber]

Daerah di Kedah
  • Taman Sungai Kob
  • Taman Mutiara, Sg.Kob
  • Taman Keranji
  • Bukit Kulim
  • Kampung Air Merah
  • Kampung Darul Aman
  • Kampung Syed Syeh
  • Kampung Tunku Putra
  • Kampung Paya Tok Betok
  • Kampung Sera
  • Keladi
  • Kelang Lama
  • Taman Senangin
  • Taman Bersatu
  • Taman Meranti
  • Taman Dahlia
  • Taman Kempas Indah
  • Taman Kempas 2
  • Taman Kempas 3
  • Taman Desa Impian
  • Taman Kemuning
  • Taman Selasih
  • Taman Semarak
  • Taman Seroja
  • Taman Tunku putra
  • Taman Sri Kulim
  • Taman Cempaka
  • Taman Jati
  • Taman Sejahtera
  • Taman Kancil
  • Taman Salad
  • Taman Seladang
  • Taman Makmur
  • Taman Lobak
  • Taman Kangkung
  • Taman Desa Seni
  • Taman Kijang
  • Taman Sejahtera 2
  • Taman Bendi
  • Taman Pegaga
  • Taman Seri Limau
  • Taman Kucai
  • Taman Kenari
  • Taman Tiong
  • Taman Berlian
  • Taman Bestari
  • Taman Merak
  • Taman Angsana
  • Taman Jelutong
  • Taman KTC
  • Jalan Menteri
taman serindit

Kemudahan di Kulim[sunting | sunting sumber]

Untuk memenuhi kehendak 150,000 orang penduduk di Bandar Kulim, terdapat banyak kemudahan yang terdapat di sekitar bandar ini.

Bank[sunting | sunting sumber]

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

  • Balai Bomba Kulim
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim
  • Kem Bukit Awi - Askar Wataniah Malaysia
  • Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kulim

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

  • Hospital Kulim
  • Klinik Pakar Pergigian Hospital Kulim

Pasar[sunting | sunting sumber]

  • Pasar Kulim

Pasar Malam[sunting | sunting sumber]

  • Pasar Kulim (setiap hari Rabu dan Sabtu)

Kawasan Pasar Malam Kulim asalnya merupakan ladang kelapa sawit. kawasan ini kemudian di majukan sebagai kawasan perniagaan pada tahun 1990 untuk menampung jumlah penduduk yang semakin bertambah. kawasan ini berkembang sebagai pusat perniagaan kerana pertambahan penduduk di taman2 yang berhampiran seperti Taman Tunku Putra, Taman Kota Kenari dan lain2. kawasan perniagaan runcit iaitu pasar malam yang dibuka pada setiap malam rabu dan sabtu terletak berdekataan stesen bas. kawasan ini terletak dalam pekan kulim dan juga bersebelahan Taman Tunku Putra. Kawasan ini hanya kira2 3km drp kilang lama dan hanya mengambil masa lbh krg 5 minit sahaja untuk sampai ke destinasi ini.

  • Pasar Taman Selasih (setiap hari Selasa dan Jumaat)
  • Pasar Kilang Lama (setiap hari Ahad dan Khamis)
  • Pasar malam Taman Mutiara, Sg.Kob ( Sabtu )
  • Pasar Taman Tiram
  • Pasar Taman Jati (setiap hari Jumaat)

Pasaraya dan Pasaraya Besar[sunting | sunting sumber]

Kulim Landmark Central
  • Kulim Landmark Central
  • Big 10
  • Minat (di Taman Selasih)
  • The Store
  • Yawata (pasaraya tertua di Kulim)- Kini Happy Home
  • Giant Kulim Landmark Central Shopping Centre
  • Pasaraya Long Wan
  • Pasaraya Zon Ria
  • Tesco Kulim

Kedai-kedai[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah ( www.ptsb.edu.my )
  • Universiti Kuala Lumpur
  • Kolej Komuniti Kulim
  • Kolej MARA Kulim
  • Maktab Rendah Sains MARA (PDRM)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan St Anne's Convent Kulim
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selasih
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Junjong
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Jelutong
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Hi-Tech
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Paya Besar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah
  • Sekolah Menengah Teknik Kulim
  • Sekolah Kebangsaan Sri Kulim
  • Sekolah Kebangsaan Kulim
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Paya Besar
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Panglima Besar
  • Sekolah Kebangsaan Air Merah
  • Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong
  • Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kulim
  • Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min
  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Cheng
  • Sekolah Kebangsaan St.Anne's Convent, Kulim
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Ular
  • Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Kob
  • Sekolah Menengah kebangsaan Sungai Kob

Restoran Makanan Segera/Francais[sunting | sunting sumber]

Restoran[sunting | sunting sumber]

  • Koffee Hut (Kedai kopi)
  • 83C Kafe
  • Honey Bakery and Cafe
  • Rashidah Bakery and Cafe
  • NurHas Rest ( Kilang Lama )
  • Restoran Ratu Emas(pekan Kulim)
  • Nasi Kandar Pelita
  • Nasi Kandar Nasmir
  • Restoran Sri Ananda Bahwan
  • Restoran Kulim Highland

Rumah Ibadat[sunting | sunting sumber]

Islam[sunting | sunting sumber]

  • Masjid Kulim
  • Masjid Al Huda, Kelang Lama
  • Masjid Kampung Air Merah
  • Masjid Kampung Darul Aman
  • Masjid Sungai Limau
  • Masjid Keladi
  • Masjid Jamiul Makmur
  • Masjid Taman Selasih
  • Masjid Al-Ittihad Sg.Kob
  • Masjid Sungai Seluang
  • Masjid Padang Cina
  • Masjid Politeknik Sultanah Bahiyah
  • Masjid Padang Serai
  • Masjid Sungai Ular
  • Masjid Taman Kenari

Kristian[sunting | sunting sumber]

  • Gereja Antioch Revival Sanctuary - Protestan
  • Gereja Baptist Tamil (Tamil Baptist Church) - Protestan
  • Gereja Hati Suci Jesus (Church of the Sacred Heart) - Katolik
  • Gereja Methodist Cina (Chinese Methodist Church) - Protestan
  • Gereja Methodist Wesley (Wesley Methodist Church) - Protestan
  • Gereja Rivers of Water (GROW) - Protestan
  • Gereja Saint Thomas - Anglikan
  • Pusat FGA (FGA Centre) - Protestan
  • Pusat Komuniti Grace (Grace Community Centre) - Protestan
  • Pusat Komuniti Vineyard (Vineyard Community Centre) - Protestan

Buddha[sunting | sunting sumber]

  • Wat Buddha Siam

Confucianisme/Taoisme[sunting | sunting sumber]

  • Tokong Cina Persiaran Desa Aman

Hindu[sunting | sunting sumber]

  • Kuil Dhandayudhapani
  • Sri Maha Mariamman Temple
  • Sri Subramanium Temple

Sikh[sunting | sunting sumber]

  • Sikh Gurdwara Sahib

Rumah kebajikan[sunting | sunting sumber]

  • Rumah Amal Kulim

Tempat riadah[sunting | sunting sumber]

  • Kelab Kulim - kemudahan sukan badminton dan tenis, kolam renang, restoran dan ginasium.
  • Kelab Rekreasi Cina (Chinese Recreation Club) - kemudahan sukan badminton, skuasy, pingpong, tenis dan kolam renang.
  • Pusat Taekwondo Kulim (Kulim Taekwondo Centre)
  • Taman Permainan Bukit Keranji - Tai Chi
  • Taman Permainan Bukit Kulim - Menari sambil berbaris (Line Dancing)
  • Tasik Kulim - kemudahan berjoging dan bersenam

Persatuan/Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

Agama[sunting | sunting sumber]

  • Jemaah Islah Malaysia (Kulim)
  • Persatuan Buddha Kulim (Kulim Buddhist Society)
  • Yeoh Si Hong Long Tong PW/Kedah

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Pemandu Kereta-Kereta Teksi
  • Persatuan Pengusaha Syarikat Perindustrian Kulim (KITA)
  • Persatuan Teksi Luar Bandar

Etnik[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Kebajikan India Kulim (Kulim Indian Welfare Association)
  • Persatuan Telugu Malaysia (Telugu Association of Malaysia)

Kebajikan[sunting | sunting sumber]

  • Lions Club of Kulim
  • Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
  • Pertubuhan Bela Didik Anak-Anak Yatim Islam (BEDAYA)
  • Pertubuhan Pembangunan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim

Kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Gabungan Persatuan-Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Cina Negeri Kedah

Politik[sunting | sunting sumber]

  • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - Bahagian Kulim/Bandar Baharu
    • Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - Cawangan Kulim Bandar
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) - Bahagian Kulim/Bandar Baharu
  • Persatuan Cina Malaysia (MCA) - Bahagian Kulim/Bandar Baharu
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) - Bahagian Kulim/Bandar Baharu

Sukan dan rekreasi[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Seni Silat Awang Sulung
  • Persatuan Seni Silat Pusaka Gayung
  • Persatuan Silat Kalimah Malaysia
  • Persatuan Taekwon-do Kulim (Kulim Taekwon-do Association - GTF)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]