Letupan bom Jakarta 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Letupan bom Jakarta 2009
Lokasi Jakarta, Indonesia
Tarikh 17 Julai 2009
7:50 a.m. (UTC+7)
Jenis serangan Pengeboman berani mati[1]
Kematian 9[2]
Kecederaan 53[3]
Penyerang disyaki Jemaah Islamiyah[4]

Letupan bom Jakarta 2009 berlaku di dua tempat iaitu di Hotel Ritz Carlton dan Hotel JW Mariott di kawasan Mega Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia pada hari Jumaat, 17 Julai 2009. Dua biji bom meledak pada jam 07:45 berselang 10 minit. Bom pertama meledak pukul 07:45 di depan hotel JW Mariott menghancurkan bahagian lobi hotel. Bom kedua meledak pukul 07:47 menghancurkan lantai tingkat 2 dan 3 hotel Ritz Carlton yang hanya berjarak sekitar 50 meter dari hotel JW Mariott. Sumber awal menyebutkan 9 orang terkorban dan 49 orang cedera dan dimasukkan ke hospital.

Hotel JW Mariott pernah menjadi sasaran bom berani mati pada 5 Ogos 2003 menyebabkan 12 orang terbunuh dan 150 orang cedera.

Hotel Ritz Carlton akan menjadi hotel penginapan pasukan Manchester United menentang pasukan Indonesian All Star pada 20 Julai 2009. Pasukan Indonesian All Star menginap di Hotel JW Marriot.

Bom pertama meletup di Restoran Syailendra di JW Marriott. Ia berhampiran dengan bilik mesyuarat ahli perniagaan Jakarta yang dihoskan oleh James Castle, presdien Majlis Perdagangan Amerika Syarikat di Jakarta. Hotel JW Marriot menjadi markas serangan itu.Dua mayat tak dikenali ditemui hancur tanpa kepala dan tangan.

Bom kedua meletup di Restoran Airlangga di tingkat 2, Hotel Ritz-Carlton ketika ramai orang sedang sarapan pagi.

Polis menjumpai bom ketiga yang masih aktif di Plaza Mutiara dalam kawasan kompleks Hotel JW Marriott.Bangunan Plaza Mutiara, yang terletak di sebelah hotel itu, turut menempatkan pejabat Perbadananan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) iaitu di tingkat 12.

Bom ketiga ditemui di bilik 1808 bersama perlatan membuat bom yang lain. Bom ketiga sepatutnya diasarkan di komplek beli-belah Muara Angke, utara Jakarta.Nanan Soekarno mnyatakan belum mengetahui siapa yang menginap di bilik 1808. Jeneral Wahyono menyatakan penyerang bunuh diri keluar dari tempat parkir kereta.

Polis menolak kaitan kelompok penggansa, Noordin Mohammad Top. Disebut-sebut, bom tersebut dibiayai dari wang Rp 15 juta milik Bank BNI yang dirompak dari kenderaan pengangkut beberapa hari sebelum itu.

Mangsa letupan[sunting | sunting sumber]

Seramai 9 orang terbunuh. Antaranya rakyat Australia, New Zealand, Itali, Korea Selatan, Jepun, Norway, India dan Britain.

  1. 1 orang (seorang petugas keamanan)
  2. Pengarah Urusan PT Holcim Indonesia, Timothy Mackay, yang masih berada di ruang kecemasan Rumah Sakit Medistra, Jakarta Selatan. Beliau rakyat New Zealand. [5]

Mangsa dikejarkan ke hospital di RS Jakarta, RS Metropolitan Medical Centre, RS Medistra, dan RS Pusat Pertamina. Antara yang parah ialah rakyat Amerika Syarikat, David Peter.[6]

International SOS menubuhkan pasukan pengurusan krisis melibatkan pusat kecemasannya di Jakarta, Philadephia, Amerika Syarikat dan Singapura. Seorang mangsa warga Indonesia (Adrianto Machribie) dan seorang rakyat Amerika Syarikat (David Potter) dihantar ke Singapura. Seorang rakyat Singapura turut dihantar ke Hospital Universiti Nasional, Singapura.[7]

Pelaku[sunting | sunting sumber]

Indonesia merupakan sebuah negara majoriti penganut Islam setapi mengamalkan dasar sekular, tidak melaksanakan undang-undang Islam sebagaimana tuntutan pejuang Islam. Pejuang dilabel sebagai pengganas Islam seperti Jemaah Islamiah. Tidak ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab. Bom yang bertanda RN mungkin merujuk kepada pengeluarnya iaitu Nordin Mat Top - rakyat Malaysia.

Polis mendapat bukti bahawa dua pengebom berani mati, jelas Ketua Polis Indonesia, Bambang Hendarso Danuri.Polis khas memeriksa bahagian badan termasuk DNA daripada kepala yang terpenggal untuk mengenal pasti mereka.Bilik 1808 hotel Marriott menjadi "pusat kawalan" operasi serangan itu.[8]

Kawalan keselamatan diperketatkan di seluruh Jakarta terutama di Istana Presiden, hotel dan pusat beli belah dan lapangan terbang antarabangsa kerana kemungkinan siri serangan berulang.

Reaksi antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  • Perdana Menteri New Zealand, John Key mengesahkan rakyatnya terbunuh.
  • Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menganggap serangan ini sebagai tindakan 'barbaric'.
  • Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Mohamed Zain menyatakan 12 rakyat Malaysia yang menginap di dua hotel itu selamat.keluarga Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE ke Indonesia , Yusram Yusup menginap sementara di JW Marriot, bersebelahan pejabat MATRADE di Plaza Mutiara. pengarah hotel JW Marriot warganegara Malaysia disahkan selamat. Wanita rakyat Malaysia yang sedang mengikuti seminar audit di hotel itu juga selamat dan berlepas ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Cengkareng.[9]Tew Shi Ying, Cham Shee Kenk, Soon Sheong, dan Jayam yang menginap di JW Marriot selamat [10].Mangsa hendaklah menghubungi 03-88874000 atau 03-88874570, melalui faks 03-88891717 atau menerusi alamat Bilik Operasi Perhubungan 108, Kementerian Luar Negeri Malaysia, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya.
  • Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan potret beliau menjadi titik sasaran penembak. Serangan ini mungkin sekali terkait dengan Jemaah Islamiah. Aktiviti ekonomi terutama pelancongan yang sedang meningkat akan terjejas teruk. Australia memberi amaran perjalanan kepada rakyatnya.
  • Pasukan Manchester United membatalkan perlawanan bola sepak dengan pasukan Indonesia.
  • Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta pada 18 Julai 2009 akan diteruskan kerana jaraknya agak jauh. Penganjur, Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen menyatakan acara diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Jakarta di Senayan, Jakarta dan akan bersiaran secara langsung di Astro Ria, ja 9 malam.[11]
  • Jeneral Zaini Mohd Said bekas panglima medan Angkatan Tentera Malaysia dalam temubual Astro Awani menyeru pemimpin negara jangan memandang remeh kemungkinan ini berlaku. Campur tangan Amerika Syarikat , Australia dan lain-lain di Iraq dan Afghanistan hanya mengundang masalah global. Seruan damai oleh Presiden Barack Obama dianggap belum mencukupi kerana masih menyokong Israel.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]