Milenium ke-10 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


 Milenium:   Zaman Paleolitik AkhirMilenium ke-10 SMMilenium ke-9 SM  


Milenium ke-10 SM menandakan permulaan zaman Mesolitik (atau Epipaleolitik) yang merupakan bahagian pertama Epok Holosen. Jumlah penduduk dunia ketika ini mungkin kurang daripada 5 juta orang, dengan kebanyakannya merupakan komuniti-komuniti pemburu-pemungut yang terselerak di seluruh semua benua. Penghijrahan orang-orang proto-Lapita ke pulau-pulau Pasifik juga berlaku pada masa ini. Tembikar dan dengan itu, mungkin juga masakan, dikembangkan secara berasingan di Jepun dan Afrika Utara. Pertanian mula berkembang di Sabit Subur, tetapi tidak diamalkan secara meluas sehingga 2,000 tahun lagi. Zaman Pengglasieran Würm berakhir dan zaman antara glasier yang berlangsung sehingga hari ini bermula dan membenarkan penempatan semula kawasan-kawasan utara.

Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Perubahan alam sekitar[sunting | sunting sumber]

Kira-kira 10,000 SM:

Kira-kira 9700 SM: Tasik Agassiz terbentuk.

Kira-kira 9600 SM: Zaman sejuk Dryas Lebih Muda berakhir. Zaman Pleistosen berakhir dan zaman Holosen bermula. Zaman Paleolitik berakhir dan zaman Mesolitik bermula. Banyak tanah yang dahulu terglasier kini boleh didiami semula.

Kira-kira 9500 SM: Tasik Ancylus yang merupakan sebahagian Laut Baltik masa kini dibentuk.