Mulan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mulan
Pengarah Tony Bancroft
Barry Cook
Penerbit Pam Coats
Robert S. Garber
Kendra Halland
Pengarang Robert D. San Souci
Rita Hsiao
Chris Sanders
Philip LaZebnik
Lakonan Ming-Na Wen
Lea Salonga
Eddie Murphy
Pengedar Buena Vista Pictures
Mula tayangan 5 Jun 1998
Tempoh tayangan 88 minit
Bahasa Inggeris
Mandarin
Perbelanjaan US$ 70.000.000

Mulan ialah sebuah filem animasi dihasilkan oleh Walt Disney Feature Animation, dan ditayangkan oleh Walt Disney Pictures pada 5 Jun 1998. Filem ini diasaskan pada lagenda Cina Hua Mulan.[1]Filem ini diarahkan oleh Tony Bancroft dan Barry Cook, dengan ceritanya dikarang oleh Robert D. San Souci di kalangan yang lain.[2] Filem ini dipuji kerana memiliki visual yang menarik dan menggambarkan seorang wanita yang berdikari dan berkaliber, dan menerima AS$300 juta selepas pecah panggung seluruh dunia.

Mulan merupakan salah satu daripada beberapa watak wanita Disney yang bukan seorang puteri atau seorang wanita yang sangat cantik sebaliknya merupakan watak wanita yang kuat dan tegas. Semua watak digambar berdasarkan seni Cina. Kehadiran kawan-kawan binatang Mulan juga membawa sesuatu yang baru bagi penonton kerana biasanya binatang dijadikan tokoh yang jahat.

Dunia Mulan akan muncul di permainan Kingdom Hearts II dengan nama "Land of the Dragons". Susulan filem ini, Mulan II, dikeluarkan melalui DVD pada tahun 2005.

Isi kandungan

[sunting] Sinopsis

Cerita bermula dengan sebuah dinasti di Republik Rakyat China yang diserang oleh bangsa Hun, menjadikan maharaja mewartakan kerahan tentera wajib. Setiap keluarga perlu menghantar seorang lelaki, termasuk keluarga Fa. Satu-satunya ahli lelaki keluarga Fa adalah ayah pada Mulan yang, walaupun merupakan veteran perang, telah lanjut usia. Selain masalah itu, Mulan juga menghadapi masalah kerana ia bukanlah gadis yang berdandan sungguhpun masyarakat menjangkakannya sedemikian.

Mulan yang tidak mahu ayahnya pergi berperang menyamar menjadi pemuda dan menggantikan ayahnya. Melihat hal itu, para leluhur keluarga Fa menghantar Mushu, seekor naga kecil untuk membantu Mulan. Mulan dan teman-temannya kemudian dihantar berperang di bawah komando Shang dan, setelah melalui berbagai masalah, berjaya menghalang musuh. Malangnya, identiti asli Mulan terbongkar.

Pasukan musuh yang bangkit kembali akhirnya menyerang istana serta hampir membunuh maharaja namun Mulan bersama rakan-rakan sepasukannya berjaya menyelamatkan maharaja serta warisan wangsa itu.

Jalan cerita tamat di sini.

[sunting] Tokoh-tokoh

Dari kanan ke kiri: Khan; Fa Mulan; Mushu; Cri-Kee
  • Ming-Na sebagai Fa Mulan (suara nyanyian diberikan oleh Lea Salonga), protagonis wanita, berasaskan Hua Mulan. Dia menyamarkan dirinya sebagai seorang lelaki dan memasuki Tentera Diraja China untuk menggantikan bapanya. Disebalik dari dihukum kerana melakukan demikian, dia akhirnya menjadi seorang serikandi perang.
  • Eddie Murphy sebagai Mushu, seekor naga dan salah seorang mambang penjaga keluarga Fa, telah terdahulunya diturun pangkat selepas tersalah memimpin salah seorang nenek moyang keluarga Fa. Dia ditempatkan kembali sebagai seorang penjaga selepas berjaya menolong Mulan dalam percubaannya dalam tentera.
  • B.D. Wong sebagai Kapten Li Shang (nyanyian suara oleh Donny Osmond), anak lelaki Jeneral Li dan pegawai yang mengetuai latihan tentera baru Diraja.
  • Miguel Ferrer sebagai Shan Yu, watak jahat dan ketua tentera Hun yang ingin menakluk Empayar China.
  • Harvey Fierstein sebagai Yao, seorang ahli Tentera Diraja yang pendek tetapi tegas yang berkawan dengan Mulan.
  • Gedde Watanabe sebagai Ling (nyanyian suara oleh Matthew Wilder), seorang ahli Tentera Diraja yang tinggi lampai yang berkawan dengan Mulan.
  • Jerry Tondo sebagai Chien-Po, seorang ahli Tentera Diraja yang gemuk dan baik hati yang berkawan dengan Mulan.
  • James Hong sebagai Chi-Fu, ahli konsul dan penasihat Maharaja yang juga penasihat Li Shang yang enggan membenarkan kumpulan tentera tersebut menyertai peperangan menentang puak Hun.
  • Soon-Tek Oh sebagai Fa Zhou, bapa Mulan dan bekas askar yang terkenal.
  • June Foray sebagai Nenek Fa (nyanyian suara oleh Marni Nixon), nenek Mulan, yang menggalakkan Mulan mencari suami.
  • Pat Morita sebagai Maharaja China, objektif penculikan puak Hun dan memuji Mulan selepas menyelamatkan baginda dan Empayar China.
  • George Takei sebagai Moyang Pertama Fa, pengerusi moyang keluarga Fa.
  • Freda Foh Shen sebagai Fa Li, ibu Mulan.
  • James Shigeta sebagai Jeneral Li ', bapa Li Shang yang terbunuh dalam peperangan menentang tentera Hun.
  • Miriam Margolyes sebagai Pencari Jodoh / Tukang Risik, yang cuba mencarikan suami Mulan pada permulaan filem.
  • Frank Welker sebagai Khan, kuda Mulan, dan 'Cri-Kee', seekor cengkerik yang diberikan ke Mulan sebagai suatu tangkal.

[sunting] Muzik

Dua lagu utama dalam filemMulanialah "True To Your Heart" (dilantunkan oleh 98 Degrees dan Stevie Wonder) dan "Reflection" (Lea Salonga; versi pop oleh Christina Aguilera).

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain