Orde Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Order Baru)

Orde Baru atau Order Baharu (1968 - 1998) ialah sebutan untuk zaman pemerintahan Presiden Suharto di Indonesia yang menggantikan Orde Lama, zaman pemerintahan Sukarno.

Pada tahun 1968, Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) secara rasmi melantik Suharto sebagai presiden untuk tempoh lima tahun. Beliau kemudian dilantik kembali secara berturut-turut pada tahun 1973, 1978, 1983, 1988, 1993, dan 1998. Oleh itu, Orde Baru berlangsung selama 30 tahun.

Dalam tempoh tersebut, rasuah di Indonesia dan keluarga Suharto adalah serius. Selain itu, kesenjangan antara rakyat yang kaya dan yang miskin juga semakin melebar.

Politik[sunting | sunting sumber]

Presiden Suharto memulakan "Orde Baru" dalam dunia politik Indonesia dan secara dramatik, mengubah dasar-dasar luar negeri dan dalam negeri yang ditempuh oleh Sukarno pada akhir tempoh pemerintahannya. Orde Baru memilih perbaikan dan perkembangan ekonomi sebagai tujuan utamanya dan menempuh dasar-dasar melalui struktur pentadbiran yang dikuasai oleh tentera, namun dengan nasihat ahli-ahli ekonomi didikan Barat. Bagaimanapun, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Majlis Musyawarah Rakyat tidak berfungsi dengan berkesan. Anggota-anggotanya sering kali dipilih daripada kalangan tentera, khususnya mereka yang rapat dengan Suharto dan justeru itu, aspirasi rakyat sering kurang didengar oleh kerajaan pusat. Pembahagian Pendapatan Asli Daerah (PAD) juga kurang adil kerana 70% daripada PAD tahunan setiap provinsi harus disalurkan ke Jakarta sehingga melebarkan jurang pembangunan antara pusat dan daerah.

Eksploitasi sumber alam[sunting | sunting sumber]

Selama tempoh Orde Baru, dasar-dasar ekonomi dan eksploitasi sumber semula jadi secara besar-besaran menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang hebat, namun tidak merata, di Indonesia.

Kelebihan dan kekurangan pemerintahan Orde Baru[sunting | sunting sumber]

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Kekurangan[sunting | sunting sumber]

  • amalan rasuah, pakatan sulit, dan nepotisme yang menular
  • pembangunan negara yang tidak merata
  • pertambahan kesenjangan sosial (perbezaan pendapatan antara kelas atas dengan kelas rendah)
  • kunci mulut para pengkritik serta pengharaman sebarang tentangan
  • pembatasan kebebasan individu serta kebebasan akhbar.

Krisis Kewangan Asia[sunting | sunting sumber]

Pada pertengahan tahun 1997, Indonesia diserang oleh krisis kewangan dan ekonomi Asia (sila lihat : Krisis Kewangan Asia), disertai kemarau yang terburuk dalam tempoh 50 tahun yang terakhir, dan juga harga minyak, gas dan komoditi-komoditi eksport yang lain yang semakin jatuh. Nilai rupiah jatuh, inflasi meningkat dengan mendadak, dan perpindahan modal dipercepat.

Para penunjuk perasaan yang awal yang dipimpin oleh para mahasiswa meminta peletakan jawatan Suharto. Di tengah-tengah penghasutan yang meluas, Suharto meletakkan jawatannya pada 21 Mei 1998, tiga bulan selepas Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) melantiknya untuk penggal yang ketujuh. Suharto kemudian melantik timbalannya, B. J. Habibie, untuk menjadi presiden Indonesia yang ketiga.

Era Pasca Orde Baru[sunting | sunting sumber]

Peletakan jawatan Suharto pada tahun 1998 yang menandakan keakhiran Orde Baru melahirkan Era Reformasi.  Oleh sebab susunan kabinet Era Reformasi merangkumi sebilangan tokoh utama dari zaman Orde Baru, sesetengah orang mengatakan bahawa Orde Baru masih belum berakhir dan sering menyebut Era Reformasi atau Orde Reformasi sebagai "Era Pasca Orde Baru".

Lihat pula[sunting | sunting sumber]