Pandangan Islam mengenai Peter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Peter, juga dikenali sebagai Simon Peter atau Simon Kef atau dalam bahasa Aram beliau disebut Kef@Simon Bar Yokhanan. Dari sudut pandang Muslim, dan para pentafsir Islam, Peter dipercayai merupakan salah seorang dari 12 para Hawari Nabi Isa a.s..[1] Walaupun, beliau merupakan tulus pedamping kepada Nabi Allah Isa a.s., namun menurut teologi Muslim, beliau tidaklah memainkan peranan yang utama dalam perkembangan syiar Islam seperti yang dibawa oleh Rasul dan Nabi-nabi yang lain.

Peter merupakan salah seorang ahli yang tergolong dalam kumpulan hawari yang telah Allah khabarkan didalam Kitab Suci Al-Quran.[2] Peter digambarkan, khususnya menurut teologi Syiah, bahawa beliau ialah orang yang penting kerana beliau umumnya dirujuk sebagai Imam pertama selepas Nabi Isa a.s,[3] dan dalam pada itu masyarakat Kristian memandang Peter sebagai "Putera Rasul-rasul".

Al-Quran telah menakrifkan fakta dengan dengan begitu jelas bahawa Hawari ialah sekumpulan manusia yang teguh beriman kepada Allah. Al-Quran menceritakan apabila Nabi Isa mula merasai tentangan dari kaum Bani Israel, baginda bertanya kepada sekalian orang bahawa adakah sesiapa diantara mereka yang akan menyokong baginda dalam menyampaikan ajaran Injil (sebelum kitab Injil dimanipulasi oleh golongan yang sesat). Daripada itu, ahli kumpulan hawari tersebut telah berdiri dan bertanya kepada Nabi Isa untuk bernaik saksi mereka adalah golongan berserah diri kepada Allah dan berjanji untuk kekal bersama dengan Nabi Isa seumur hidup baginda.[4] Al-Quran kemudiannya menceritakan bahawa Allah telah memberi ilham untuk para hawari bagi beriman kepada kalamNya dan RasulNya. Kemudian Al-Quran juga menggambarkan bahawa Allah telah menurut hidangan dari Syurga kepada kaum hawari sebagai suatu tanda kepada mereka bahawa Nabi Isa itu adalah rasul yang diutuskan oleh Allah Yang Maha Besar.[5] Walaubagaimanapun, Al-Quran tidak menjelaskan nama dan bilangan individu sebenar yang tergolong dalam kumpulan hawari tersebut. Namun, Peter sering kali disenaraikan sebagai individu utama dalam senarai anggota tersebut, berikutan tugasnya sebagai ketua hawari.[6]

Terdapat beberapa insiden yang melibatkan Peter seperti beberapa penyampaian dalam tradisi Muslim dan tafsir. Dan yang paling terkenal meriwayatkan Peter mengajar di Antioch, yakni mempunyai ikatan yang begitu hampir dengan Habib Al-Najjar. Tradisi Islam menyampaikan bahawa dua dari sahabat pendamping Nabi Isa akan mengajar Injil di Antioch, dimana pada ketika itu masyarakat di Antioch berada dalam lembah kekufuran dimana menyembah berhala. Walubagaimanapun, hanya sebilangan orang mengikuti pesanan yang dibawa oleh hawari itu, walaupun pada hakikatnya bahawa kedua-dua murid-murid tersebut telah melakukan pelbagai keajaiban, dengan kehendak Allah, termasuk penyembuhan sakit dan buta.[7] Hawari tersebut, dengan izin Allah telah meyembuhkan anak lelaki Habib, sebagai balasan Habib telah membantu mengajar Injil kepada masyarakat. Apabila berita mengenai keberadaan hawari tersebut sampai ke pengetahuan pemerintah bandar, pemerintah telah memanggil hawari tersebut. Pemerintah tidak bersetuju dengan berita dari Tuhan, lantas mengurung kedua-dua hawari kedalam penjara. Apabila mereka berdua sedang dipenjarakan, Peter telah tiba di Antioch. Dengan kuasa Allah, Peter telah dibenarkan untuk menunjukkan keajaiban yang diperolehinya dihadapan pemerintah, dimana keajaiban yang dibuat olehnya ialah dengan menghidupkan kanak-kanak yang telah mati tujuh hari sebelumnya. Orang-orang yang kekal berterusan untuk tidak mempercayai, walaubagaimanapun terus meolak untuk mempercayai kata-kata Peter dan menjadi marah kepada Habib tentang keimanannya dan merejamnya dengan batu sehingga ianya mati.[8] Para pentafsir Islam kekal percaya bahawa Peter akhirnya berpindah ke Rom untuk mengajar Injil lalu dikebumikan di Basillica St. Peter di Kota Vatican.[9]

Peter dianggap sebagai cabang penting dalam teologi Syiah juga menurut pandangan Ismailism, tugasnya dilihat sebagai satu susur terus kepada Saidina Ali bin Abi Talib sebagai Imam Syiah Pertama. Muslim Syiah kekal mempercayai bahawa setiap satu rasul utama yang mempunyai anak murid, adalah muridnya itu layak menjadi Imam atau ketua selepas kematiannya: Nabi Adam a.s. digantikan oleh Seth; Nabi Nuh a.s. oleh Sam; Nabi Ibrahim a.s. kepada anak-anaknya; Nabi Musa a.s. oleh Joshua; dan Nabi Isa a.s. kepada Peter.[10] Dalam pada itu, cendekiawan Sunni, khususnya Perennialist, menyambungkan Peter kepada Abu Bakar sebagai khalifah selepas Nabi Isa a.s.

Imam Qurtubi ada menyebutkan,: “Hawariyun adalah dua belas dalam nombornya, tetapi ia tidak memberikan nama mereka, kecuali nama ketua Hawariyun sebagai Sham’oon (Simon Peter atau Cephas) dalam keajaiban kenaikan meja (kedudukan), berkata,

"Sham’oon, ialah ketua murid, telah bertanya, " Adakah makanan ini iaitu Syurga ataupun makanan dunia ini?" Nabi Isa’ membalas:, "Makanan ini khusus diciptakan untuk kamu, itu bukan dari Syurga atau dunia ini. Allah berfirman, "JADI," dan maka jadilah."

Berdasarkan kepada perspektif Syiah Imam Dua Belas, seorang wanita yang bernama Narjis, merupakan keturunan Santo Peter salah seorang (Hawari Nabi Isa a.s.). Narjis telah direkodkan pernah menjadi isteri kepada Imam Hasan al-Askari yang juga merangkap Imam-Imam Besar Syiah yang kesebelas. Perkahwinan ini telah menyebabkan kelahiran Imam Besar Syiah ke-12 yang terakhir iaitu, Muhammad Al-Mahdi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Historical Dictionary of Prophets In Islam And Judaism, Brandon M. Wheeler, Disciples of Christ: "Muslim exegesis identifies the disciples as Peter, Andrew, Matthew, Thomas, Philip, John, James, Bartholomew, and Simon"
  2. Qur'an III: 49-53
  3. No god but God, Reza Aslan, Random House Trade Paperbacks, 2006
  4. Qur'an III: 52: 'Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani Israel), berkatalah ia," Siapa yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah? "Para Hawariyun (sahabat-sahabat setia) menjawab," Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah dan anda bersaksi bahawa kami adalah Muslim.'
  5. Qur'an V: 111-115
  6. Almost all classical and modern scholars accept much of the New Testament list as being sound and B.M. Wheeler states: "Muslim exegesis identifies the disciples as Peter, Andrew, Matthew, Thomas, Philip, John, James, Bartholomew, and Simon"
  7. Hughes Dictionary of Islam, T. P. Hughes, Habib An-Najjar, pg. 153
  8. Hughes Dictionary of Islam, T. P. Hughes, Habib An-Najjar, pg. 153
  9. A-Z of Prophets in Islam and Judaism, B. M. Wheeler, Disciples of Jesus
  10. Concise Encyclopedia of Islam, C. Glasse, Ismailis: "According to Ismailism, Prophets come in cycles which comprise a 'great week' of seven thousand years. Each cycle is presided over by one of the prophets whom the Qur'an calls 'Possessors of Steadfastness' as its outward Prophet (Adam, Noah, Abraham, Moses, Jesus and Muhammad), as well as by an 'intermediary' (Seth, Shem, Ishmael, Aaron, Peter, Ali)..."