Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun
| Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun 航空自衛隊 |
|
|---|---|
| Ditubuhkan | 1954 |
| Negara | Jepun |
| Keanggotaan | 45,000 anggota (anggaran 2005) 474 pesawat tempur (anggaran 2005) |
| Sebahagian dari | Pasukan Pertahanan Diri Jepun |
| Tanda kebesaran | |
| Roundel | |
| Ensign | |
Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun (航空自衛隊 Kōkū Jieitai?), atau TUPDJ, adalah cabang penerbangan bagi Pasukan Pertahanan Diri Jepun yang bertanggungjawab terhadap pertahanan ruang udara Jepun dan operasi-operasi ruang angkasa yang lain.[1] TUPDJ menjalankan rondaan tempur udara di sekeliling Jepun, termasuk juga mengekalkan sistem radar amaan awal rangkaian udara dan darat. TUPDJ juga memiliki pasukan aerobatik yang dikenali sebagai Blue Impulse. Baru-baru ini, TUPDJ telah terlibat dalam menyediakan pengangkutan udara dalam beberapa misi menjaga keamanan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
TUPDJ memiliki kekuatan seramai 46,000 anggota dan kira-kira 330 buah pesawat tempur pada 1992. Formasi-formasi garisan hadapan termasuk 3 skuadron serangan darat, 9 skuadron pesawat pejuang, satu skuadron pengawasan dan 5 skuadron pesawat pengangkut.[2]
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
[sunting] Formasi
Sebelum penubuhan Tentera Pertahanan Diri Jepun selepas Perang Dunia II, Jepun tidak memiliki pasukan tentera udara secara berasingan. Operasi penerbangan dilaksanakan oleh Perkhidmatan Udara Tentera Darat Imperial Jepun dan Perkhidmatan Udara Tentera Laut Imperial Jepun. Berikutan kekalahan dalam Perang Dunia II, Tentera Darat Imperial Jepun dan Tentera Laut Imperial Jepun telah dibubarkan dan digantikan dengan Tentera Pertahanan Diri Jepun setelah Undang-undang Pertahanan Diri 1954 diluluskan, TUPDJ telah ditubuhakan sebagai cabang penerbangan.
[sunting] Kelengkapan
[sunting] Inventori pesawat
| Pesawat | Asal | Jenis | Versi | Dalam perkhidmatan[3] | Nota |
|---|---|---|---|---|---|
| Boeing 747 | Pengangkut VIP (Air Force One/Two Jepun) | 747-400 | 2 | ||
| Boeing 767 | Arahan dan kawalan udara
Penangki minyak udara |
E-767
KC-767J |
4
2 [4] |
Dua buah lagi KC-767 telah dipesan | |
| Gulfstream IV | Pengangkut VIP | U-4 | 5 | ||
| Kawasaki C-1 | Pengangkut taktikal | C-1A | 26 | ||
| C-130 Hercules | Pengangkut taktikal | C-130H | 16 | ||
| British Aerospace BAe 125 | Pengangkut utiliti | U-125
U-125A |
2
23 |
||
| Mitsubishi MU-2 | Pengangkut utiliti | MU-2J
MU-2S |
2
2 |
Kelengkapan lalu | |
| NAMC YS-11 | Pengangkut | YS-11
YS-11A |
|||
| Grumman E-2 Hawkeye | Amaran awal udara]] | E-2C | 13 | ||
| Fuji T-3 | Pelatih | 38 | Kelengkapan lalu | ||
| Mitsubishi T-2 | Pelatih | T-2A | 14 | Kelengkapan lalu | |
| Fuji T-7 | Pelatih | 49 | |||
| Raytheon Hawker 400 | Pelatih | T-400 | 13 | ||
| Kawasaki T-4 | Pelatih | 208 | |||
| Sikorsky UH-60J Black Hawk | Helikopter pengangkut | UH-60J | 32 | Dibina oleh Mitsubishi | |
| Kawasaki-Vertol 107 | Helikopter pengangkut | KV-107 | 13 | ||
| Boeing CH-47 Chinook | Helikopter pengangkut | CH-47J | 15 | Dibina oleh Kawasaki | |
| Mitsubishi F-1 | Pejuang | 23 | Kelengkapan lalu | ||
| Mitsubishi F-2 | Pejuang
Pelatih |
F-2A
F-2B |
33
28 |
||
| F-4 Phantom II | Pejuang
Pengawasan |
F-4EJ
F-4EJ kai RF-4E RF-4EJ |
1
90 12 15 |
Versi RF-4 tidak digunakan lagi; sejumlah pesawat F-15 akan dipasang dengan pod radar apertur sintetik | |
| F-15 Eagle | Pejuang
Pelatih |
F-15J
F-15DJ |
203
20 |
2 F-15J dan 12 F-15DJ telah dibina oleh A.S dan selebihnya oleh Mitsubishi secara berlesen |
[sunting] Peralatan lain
[sunting] Kelengkapan masa depan
| Pesawat | Asal | Jenis | Versi | Jumlah dibina | Nota |
|---|---|---|---|---|---|
| Mitsubishi ATD-X | Jet pejuang demo | - | - | Pengeluaran akan bermula pada 2010-2011, dan akan memasuki perkhidmatan pada 2014.[perlu rujukan] | |
| Kawasaki C-X | Pengangkutan udara taktikal | - | 1 | Memasuki perkhidmatan pada 2010. Dijangka 30-50 buah akan dikeluarkan. | |
| F-X | - | Pejuang | - | - | Kementerian Pertahanan Jepun dan Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun masih menilai pesawat Eurofighter, F-22, F-35 JSF, F/A-18E/F dan F-15FX (versi bagi F-15E).[5][6][7] Keputusan akan dibuat pada tahun 2009.[8] |
[sunting] Rujukan
- ↑ Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan kerajaan Amerika Syarikat di domain awam.
- ↑ "Tentera Udara Pertahanan Diri Jepun". Globalsecurity.org. http://www.globalsecurity.org/military/world/japan/jasdf.htm. Capaian 2006-04-12.
- ↑ "World Military Aircraft Inventory", Aerospace Source Book 2007, Aviation Week & Space Technology, 15 Januari 2007.
- ↑ Japanese military aviation OrBat
- ↑ investigate the Eurofighter, F-15FX and F/A-18 in the US and the UK, JASDF 21 February 2007.
- ↑ investigate the F-35 in the US, JASDF 19 March 2008.
- ↑ Minister asked for the release of information about the F-22.(Press Conference by Defense Minister Kyuma about Defense Ministerial Meeting with United States Secretary of Defense Robert Gates), Japan Ministry of Defense 30 April 2007.
- ↑ "Japan Ministry of Defense FY2009 Budget request". http://www.mod.go.jp/j/library/archives/yosan/2009/yosan_gaiyou.pdf.
- ↑ "Japan Weapons". Globalsecurity.org. http://www.globalsecurity.org/military/world/japan/weapons.htm. Capaian 2006-04-12.
- ↑ "Japan Air Defence Force". Globalsecurity.org. http://www.globalsecurity.org/military/world/japan/aircraft.htm. Capaian 2006-08-06.
[sunting] Pautan luar
|
|||||||||||||||||||||||