Perjanjian Kem David

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Semasa mejlis mennandatangani Perjanjian Kem David: Menachem Begin, Jimmy Carter, Anwar Sadat

Perjanjian Camp David telah ditandatangani oleh Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978, ekoran rundingan sulit selama 12 hari di Kem David.Dua perjanjian telah ditandatangani di Rumah Putih, dan telah disaksikan oleh Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter. Perjanjian ini membawa kepada Perjanjian Damai Israel-Mesir 1979. Setelah itu , Sadat dan Begin berkongsi menerima Hadiah Keamanan Antarabangsa (Nobel Peace Prize).

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Setelah menjadi Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari 1977, Presiden Carter cuba mendamaikan Timur Tengah yang menjadi tumpuan kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat 1978. Cadangan dari Laporan Institusi Brookings, Carter menukar arah aliran bersengketa yang dilakukan oleh Henry Kissinger ekoran Perang Yom Kippur 1973 secara komprehensif . Semua ini memerlukan kelulusan Persidangan Geneva 1973 di mana delegasi Palestin amat berharap ada penyelesaian muktamad.

Carter bertemu dengan Anwar Sadat dari Mesir, Raja Hussein dari Jordan, Hafez al-Assad dari Syria, dan Yitzhak Rabin dari Israel. Bagaimanapun, perunding Amerika Syarikat masih bimbang dengan tindak balas beberapa negara seperti Hungary, Czechoslovakia, Bulgaria, dan Albania yang mengecam peranan Mesir dan Syria. Negara ini mewakili Pakatan Warsaw. Negara-negara Arab lain seperti Libya, Syria, dan Lubnan dan negara lain tidak gembira dengan peranan Amerika Syarikat menemui Mesir bagi mencapai keamanan dengan Israel. Banyak kumpulan pengganas Arab turut mengancam akan melancarkan serangan ganas terhadap Mesir .Oleh itu tentera NATO dikerah untuk siap sedia. Carter dan Cyrus Vance mengadakan rundingan awal untuk membentuk pelan damai berasaskan kepada Persidangan Geneva khususnya berhubung Tebing Barat. Keadaan politik di Israel mengalami pergolakan dramatik selepas pilihan raya Israel 1977 . Parti Buruh Israel pimpinan Menachem Begin dikalahkan oleh Parti Likud pada Mei 1977. Begin lebih terbuka berbanding dengan Yizhak Rabin dan menerima kehadiran penduduk Palestin . Israel berunding Mesir secara sulit.Awalnya Begin tidak bersedia memulangkan Semenanjung Sinai tetapi setuju mengurangkan kawalan di Tebing Barat

Inisiatif Perdamaian Sadat[sunting | sunting sumber]

Presiden Anwar Sadat merasakan rundingan dengan Israel akan mendapat bantahan darpada negara Arab khususnya daripada Syria, Libya, dan Iraq yang mirip kepada komunis . Beliau juga tidak yakin dengan kuasa Eropah untuk menekan dan mendesak Israel.Pada November 1977 Anwar Sadat menjadi pemimpin Arab pertama melawat Israel, dan ini ditafsir sebagai usaha mengiktiraf Israel.

Lawatan Sadat berlaku selepas dia menyampaikan ucapan di Mesir di mana dia akan melawat di mana-mana sahaja termasuk Baitulmuqaddis.Di Knesset Sadat telah berucap tentang keamanan, status wilayah pendudukan Israel dan masalah pelarian Palestin. Taktik lawatan ini telah menghidupkan semula usaha Persidangan Geneva yang tertangguh sekian lama. Presiden Hungary Janos Kadar mengancam akan berperang dengan Mesir jika perjanjian keamanan dengan Israel diteruskan. Czechoslovakia, Bulgaria, dan Albania turut tidak setuju dengan usaha damai Mesir ini.Yugoslavia dan Jerman Timur turut akan menyerang Mesir jika tidak membatalkan pengiktirafan Israel. Soviet Union, Poland, Finland, dan Romania tidak memberi ancaman tetapi akan bertindak jika tentera NATO cuba menunjukkan kuasa di Timur Tengah. Libya, Iraq, Syria dan negara-negara Arab lain menuduh Mesir sebagai pengkhianat negara Islam dan negara Arab.

Gerak isyarat itu menyekat bantuan NATO untuk mengatasi kegawatan ekonomi Mesir.Perjanjian ini akan menjadi pemangkin kepada perjanjian serupa antara Arab dengan Israel bagi menyelesaikan masalah Palestin. Perdana Menteri Israel Begin menerima inisiatif Sadat.Perbincangan dua hala merupakan jalan terbaik untuk melindungi Israel daripada serangan negara Arab dan komunis timur.Perjanjian ini akan memulakan perbezaan ketara antara Mesir dengan jiran Arabnya. Ini akan membawa kepada perpecahan negara-negara Arab. Dalam ucapan di Knesset, Sadat mahu Resolusi-resolusi 242 dan 338 dilaksanakan. Lawatan Sadat ke Israel adalah langkah pertama ke arah Persidangan Kaherah pada Disember 1977 dan akhirnya Perjanjian Kem David .

Kempen[sunting | sunting sumber]

Dari 5-17 September 1978 Carter meneruskan kempen pilihan raya di Amerika Syarikat.Proses damai akan menemui jalan buntu jika Begin tidak menyetujui pelan Tebing Barat dan keluar dari Semenanjung Sinai.Semasa rundingan, Carter telah membawa kedua-dua pemimpin ini ke Taman Tentera Gettysburg yang menjadi tanda damai Perang Saudara Amerika.

Syarat damai[sunting | sunting sumber]

Presiden Mesir Anwar Sadat dan Perdana Menteri Israel Menachem Begin menerima tepukan hadir bersama di Kongres di Washington DC. Presiden Jimmy Carter mengumumkan keputusan Perjanjian Kem David pada 18 September 1978. Ia terbahagi dua iaitu Pernajian Kem David dan Perjanjian Damai Mesit-Israel Mac 1979.

Bahagian pertama adalah rangka kerja rundingcara menubuh sebuh pentadbiran autonomi kuasa pentadbiran sendiri di Tebing Barat dan Jalur Gaza bagi melaksanakan Pelan SC 242. Perjanjian ini tidak jelas tentang Sinai kerana mendapat tafsiran bebeza dari Israel, Mesir, dan Amerika Syarikat. Nasib masa depan Baitulmuqaddis dengan sengaja tidak dimasukkan dalam perjanjian ini.

Bahagian kedua tentang hubungan Mesir-Israel yang akan menjadi asas hubungan diplomatik antara Mesir dengan Israel.

Israel bersetuju untuk mengundurkan angkatan bersenjatanya daripada Semenanjung Sinai, mengosongkan 4,500 orang penduduk awam, dan memulihkan hubungan dengan Mesir sebagai balasan dan kebebasan laluan Terusan Suez dan jalan air lain seperti Selat Tiran terutama wilayah 20-40 km dari Israel. Israel juga bersetuju mengurangkan had kawalan 3 km daripada sempadan Mesir. Selain itu menjamin laluan bebas antara Mesir denganJordanDengan ini Israel juga mengembalikan medan minyak Mesir di Abu-Rudeis yang boleh dimajukan demi ekonomi Mesir.

Dengan perjanjian ini , Amerika Syarikat terpaksa memberi bilion subsidi semusim kepada Israel dan Mesir.Sebagai tukaran Mesir dan Israel akan membeli barangan dan alatan daripada AS. Antaranya ialah bekalan ketera kebal M1A1 Abrams ,jet pejuang AH-64 Apache dan jet pejuang F-16

Kesan dan akibat[sunting | sunting sumber]

Mesir disekat menghadiri Liga Arab dari tahun 1979 hngga 1989. Sejak itu juga keadaan politik Mesir semakin tidak semakin kerana pelampau dan gerakan pengganas di Mesir semakin meningkat sehingga Anwar Sadat ditembak mati oleh pejuang berpakaian tentera.Msir membekalkan minyak kepada Israel. Kekosongan kuasa Mesir telah diganti oleh Presiden Saddam Hussein dari Iraq. Iraq menjadi kuasa baru terkuat di Timur Tengah. Banyak negara Arab menyalahkan Mesir kerana kegagalan menentang dan menekan Israel sedangkan Israel masih berterusan bertindak ganas di Israel.

Kebanyakan rakyat Israel menyokong perjanjian damai ini walaupun penduduk yang mendiami kawasan Palestin menentangnya. Secara amnya Mesir amat mematuti Perjanjia damai ini kerana menguntungkan dari segi ekonomi. Ekonomi Mesir yang hampir lumpuh akibat perang sebelum ini , berperang dengan Israel tanpa sokongan mencukupi dari negara-negara Arab telah menghancurkan keseluruhan ekonomi Mesir terutama sektor perlancongan.

Perjanjian Oslo 1993 diadakan antara PLO dan Israel dan Perjanjian damai Israel-Jordan 1994 tidak sepenuhnya berjaya mendamaikan pergolakan di Timur Tengah.