Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pengasas ISKCON: A.C. Bhaktivedanta Swami Prabhupada

Persatuan Kesedaran Krishna Antarabangsa (ISKCON), juga dikenali sebagai 'Hare Krishna', ialah sebuah pertubuhan agama Hindu yang ditubuhkan oleh A.C. Bhaktivedanta Swami Prabhupada pada tahun 1966. Sedangkan sesetengah orang mengelaskan taifah ini sebagai sebuah pergerakan agama yang baru, falsafah terasnya berdasarkan kitab-kitab seperti Bhagavad Gita dan Srimad Bhagavatam yang bertarikh beribu-ribu tahun dahulu. Kelihatan gerakan dan budayanya yang tersendiri datangnya daripada tradisi Vaishnavism Gaudiya yang mempunyai pengikut-pengikut di India sejak akhir dekad 1400-an lagi.

ISKCON ditubuhkan untuk menyebarkan amalan 'Yoga Bhakti' (Yoga Pembaktian) di mana pengikut-pengikut (Bhakta) menumpukan pemikiran dan perbuatan mereka untuk menggembirakan Krishna yang diperlihatkan sebagai sama sahaja dengan Tuhan.


Falsafah dan sejarah[sunting | sunting sumber]

Srila Prabhupada menari dengan penganut di Manor Bhaktivedanta, England

Pengikut-pengikut Hare Krishna mempercayai bahawa Krishna ialah asal Lord Vishnu. Mereka menghormati Krishna sebagan bentuk Tuhan yang tertinggi, dan sering merujuk kepadanya sebagai "Personaliti Yang Maha Agung Tuhan" dalam penulisan mereka, iaitu satu frasa yang dicipta oleh Srila Prabhupada dalam buku-bukunya. Pengikut-pengikut menganggap Radha sebagai kaunterpart perempuan bagi Krishna, dan yang dianggap kasih sayang terjelma dalam dirinya. Satu aspek yang penting dalam falsafah mereka ialah roh seseorang ialah identiti peribadi yang kekal dan yang tidak menggabungkan dengan sebarang cahaya tanpa bentuk atau lowong seperti yang disarankan oleh aliran-aliran fikiran monisme (advaita) Hinduisme.

Pengikut-pengikut Hare Krishna mengikut jurai keturunan pengikut Vaisnava Gaudiya, atau Bengali, yang diberikan label am sebagai Vaishnavisme Gaudiya. Vaishnavisme Gaudiya telah memperoleh pengikut-pengikut yang berterusan di India, khususnya di Bengal Barat dan Orissa selama lima ratus tahun yang lepas. Srila Prabhupada mempopularkan Teologi Vaishnava Gaudiya di dunia Barat melalui tulisan dan terjemahannya yang meluas, termasuk Bhagavad Gita, Srimad Bhagavatam (Bhagavata Purana), Chaitanya Charitamrita dan kitab-kitab yang lain. Karya-karyanya kini boleh didapati dalam melebihi enam puluh bahasa dan bertindak sebagai daftar karya ISKCON. Banyak daripada buku-buku ini sekarang boleh didapati dalam talian [1]. Maklumat lanjut mengenai buku-buku, ulasan-ulasan dan pengeluaran boleh didapat di sini.

'Maha Mantera'[sunting | sunting sumber]

Nama samaran popular untuk pengikut-pengikut "Hare Krishna" bagi gerakan ini datangnya daripada mantera, baik dinyanyi secara kuat, atau disebut berulang-ulang secara lembut dengan menggunakan seuntai manik yang seakan-akan buah rosario dan yang dipanggil Japa mala. Mantera ini yang dikenali sebagai Maha Mantera mengandungi nama-nama Tuhan, iaitu 'Hare', 'Krishna' dan 'Rama'. Pengikut-pengikut mempercayai bahawa getaran bunyi yang dihasilkan oleh pengulangan nama-nama Tuhan beransur-ansur menyebabkan kesedaran Tuhan yang tulen, atau "kesedaran Krishna".

Maha Manteranya adalah seperti berikut:

Hare Krishna Hare Krishna
Krishna Krishna Hare Hare
Hare Rama Hare Rama
Rama Rama Hare Hare

Untuk maklumat lanjut, sila lihat rencana: Mantera Hare Krishna.

Tujuh tujuan ISKCON[sunting | sunting sumber]

Ketika Srila Prabhupada memperbadankan ISKCON pada tahun 1966, beliau memberikan tujuh tujuan:

  • Untuk menyebarluaskan secara sistematik pengetahuan rohaniah kepada masyarat pada umumnya, dan untuk mendidik semua orang tentang teknik-teknik kehidupan rohaniah supaya dapat menyekat ketidakseimbangan nilai-nilai hidup dan untuk mencapai perpaduan dan keamanan yang benar di dunia.
  • Untuk menyebarluaskan kesedaran Krishna, seperti yang didedahkan dalam Bhagavad Gita dan Srimad-Bhagavatam.
  • Untuk menghimpunkan ahli-ahli Persatuan supaya bersama-sama dan lebih mendekati Krishna, entiti yang utama, supaya dapat mengembangkan idea di kalangan ahli-ahli dan pada umumnya manusia, bahawa setiap roh ialah sebahagian sifat Tuhan (Krishna).
  • Untuk mengajar dan menggalakkan gerakan sankirtana, nyanyian jemaah nama-nama Tuhan seperti yang didedahkan dalam ajaran Lord Sri Chaitanya Mahaprabhu.
  • Untuk membina bagi ahli-ahli dan pada umumnya untuk masyarakat, satu tempat suci untuk kegiatan transendental yang didedikasikan kepada personaliti Krishna.
  • Untuk menghimpunkan ahli-ahli bagi tujuan mengajar satu cara hidup yang lebih mudah dan lebih bersifat semula jadi.
  • Dengan tujuan untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, untuk menerbitan dan mengedarkan terbitan berkala, majalah, buku, dan tulisan lain.

Empat prinsip pengawal atur[sunting | sunting sumber]

Perayaan jalan Iskcon pada 1970-an

Srila Prabhupada menetapkan empat prinsip pengawal atur sebagai asas untuk kehidupan rohaniah:

Penyebaran ajaran[sunting | sunting sumber]

ISKCON adalah aktif dalam evangelisme. Ahli-ahli mencuba untuk menyebarkan kesedaran Krishna melalui berbagai-bagai cara, termasuk menyanyi mantera di tepi jalan atau menjual buku yang ditulis oleh pengasas taifahnya. Menurut doktrin Chaitanya Mahaprabhu, seseorang tidak perlu dilahirkan dalam sebuah keluarga Hindu untuk mengamalkan Vaishnavisme. Keterbukaan ini amat berbeza dengan cabang-cabang Hinduisme yang lain yang menekankan keturunan dan tidak bersifat evangelisme.

Terdapat komuniti-komuniti ISKCON di seluruh dunia yang memiliki sekolah, restoran dan ladang. Banyak kuil ISKCON juga mempunyai rancangan untuk membekalkan makanan untuk orang miskin, umpamanya Makanan untuk Seumur Hidup Sejagat (Food for Life Global). ISKCOn juga membawa kajian akademik Krishna ke dalam bidang akademik barat sebagai Krishnologi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Tapak web rasmi[sunting | sunting sumber]

ISKCON:

Tapak web tak rasmi[sunting | sunting sumber]

Akademik

Berita

Buku-buku

Teologi

Wanita dalam ISKCON

Persoalan pewarisan

Pautan lain-lain