Planetisimal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Teori Planetisimal merupakan salah satu teori yang menerangkan mengenai proses pembentukan Sistem Suria. Teori ini dicetuskan oleh seorang astronomi bernama Forest Ray Moulton dan seorang geologi bernama Thomas C. Chamberlin dari Universiti Chicago, yang kemudian menamakan teori mereka ini sebagai Teori Planetisimal.

Teori ini menyatakan bahawa pada suatu ketika sebuah bintang melalui ruang angkasa dengan pantas dan berada berhampiran dengan matahari. Daya tarikan bintang ini sangat besar sehingga menyebabkan daya pasang di bahagian gas Matahari. Akibatnya, jisim gas terlempar dari Matahari dan mula mengorbit. Disebabkan daya tarikan Matahari, jisim gas itu tesekat dan bergerak mengelilingi Matahari. Ketika jisim gas menjadi sejuk , bentuknya kemudian berubah menjadi cecair kemudian memadat. Akhirnya, jisim gas itu menjadi planet yang ada sekarang, termasuk Bumi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]