Sa'ad ibn Abi Waqqas
| Sa'ad ibn Abi Waqqas | |
|---|---|
| 595 – 664 | |
| Tempat lahir | Mekah, Arabia |
| Tempat meninggal | Madinah, Arabia. |
| Kesetiaan | |
| Perkhidmatan | |
| Jumlah tahun berkhidmat | 636-644 |
| Pangkat | Komander Gabenor di Ctesiphon (637-638) Gabenor dari Busra (638-644), (645-646) |
| Arahan | Penaklukan al-Rashidin ke atas Empayar Parsi |
Sa'ad ibn Abi Waqqas (Bahasa Arab: سعد بن أبي وقاص) merupakan bapa saudara kepada Nabi Muhammad S.A.W. dari sebelah pihak ibunya iaitu Aminah binti Wahab yang merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Makkah. Beliau mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya hitam dan lebat.Beliau memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun.
Isi kandungan |
Kehidupannya [sunting]
Pekerjaan beliau semasa di kota Makkah adalah pembuat busur dan anak panah. Kerana itu, dia juga cekap dalam kemahiran memanah.
Sa'ad juga pernah dipukul dengan teruk oleh para pemuda Makkah lantaran pengisytiharannya memasuki Islam. Malahan ibunya juga mengugut untuk tidak mahu makan jikalau beliau tidak mahu menjadi kafir semula, namun Sa'ad tetap teguh dengan aqidahnya dgn menjawab "Walaupun ibu mempunyai seribu nyawa dan nyawa ibu itu ditarik satu persatu yakni , aku tetap dengan agamaku ini".
Jasa dan sumbangannya [sunting]
Sa'ad merupakan sahabat yang berjasa besar dalam mengetuai tentera Islam untuk melumpuhkan seluruh kekuatan angkatan perang Parsi. Kerana kejayaannya menewaskan tentera Parsi dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang al-Qadisiyyah, Sa'ad digelar Pahlawan Qadisiyyah.
Ketika pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga, Uthman bin Affan, Sa'ad dilantik untuk mengetuai rombongan umat Islam ke tanah besar China untuk menyebarkan agama Islam di sana sekaligus menyebabkan Sa'ad dikenali sebagai perintis kepada pemulaan tamadun Islam di China.
Nota [sunting]
Rujukan [sunting]
- Nafziger, George F.; Mark W. Walton (2003), Islam at war, Greenwood Publishing Group, pp. 278, ISBN 0275981010, http://books.google.com.pk/books?id=7U0hY3wtXe4C&dq, capaian 2010-07-25
Pautan luar [sunting]
|
|||||