Sabat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam beberapa agama, Sabat atau Shabbat secara amnya adalah hari yang dikhususkan untuk amalan-amalan keagamaan sahaja. Dikatakan semasa Nabi Musa bermunajat di Gunung Sinai sebelum turunnya Taurat, baginda telah menerima wahyu daripada Allah melalui Jibrail agar menyuruh kaum Bani Israel beribadat pada hari Sabtu serta dilarang melakukan perbuatan di luar amalan agama. Hari Sabbat adalah hari yang dilarang untuk bekerja. Menurut al-Quran, semasa zaman Nabi Daud,[1] terdapat sebuah puak di kota Eilat yang enggan mengikuti larangan bekerja pada hari Sabbat menyebabkan mereka disumpah menjadi kera.[2]

Kaum Nasrani juga mempunyai hari Sabbat, iaitu hari Ahad, manakala umat Islam diperintahkan agar menjadikan hari Jumaat sebagai hari ibadat rasmi mereka dan masih lagi diamalkan hingga ke hari ini. Bagaimanapun, penganut Islam masih boleh melakukan urusan mereka sebelum dan selepas solat Jumaat.

Agama Yahudi [sunting]

Rencana utama: Shabbat

Lihat juga [sunting]

Nota kaki [sunting]

  1. Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Sura Al-Maaidah: 78 Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Melayu
  2. Cursed were the disbelievers of the Children of Israel by the tongue of David, when he invoked God against them and they were transformed into apes — these were the people of Eilat. al-Ma'idah:78