Serangan Israel ke atas Lubnan 1973

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 33°54′N 35°32′E / 33.9°U 35.53°T / 33.9; 35.53

Operasi Spring of Youth
Sebahagian daripada Operasi Kemurkaan Tuhan
Maklumat am
Tarikh 9-10 April 1973
Lokasi Beirut dan Sidon, Lubnan
Punca Serangan Palestin ke atas Israel
Hasil Pasukan khas Pasukan Pertahanan Israel mencapai objektif mereka
Pihak yang berperang
Israel Sayeret Matkal

Israel Shayetet 13
Israel Sayeret Tzanhanim

PLO
Kerugian dan kehilangan
2 mati 12-100 mati
3 mangsa awam
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Serangan Israel ke atas Lubnan 1973 (dikenali sebagai Operasi Spring of Youth, sebahagian dari Operasi Kemurkaan Tuhan) terjadi pada malam 9 April dan awal pagi 10 April, 1973 apabila pasukan khas Pasukan Pertahanan Israel menyerang beberapa sasaran Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Beirut dan Sidon, Lubnan. [1]

Umunya, operasi ini dianggap sebagai sebahagian tindak balas untuk peristiwa München di Sukan Olimpik Munich 1972 pada September 1972.[2]

Pasukan Sayeret Matkal Israel tiba di pantai Lubnan di dalam bot-bot Zodiac yang dilancarkan dari kapal-kapal peluru berpandu di laut. Para agen Mossad menunggu pasukan ini di pantai bersama kereta yang disewa sehari sebelumnya, kemudian membawa mereka ke lokasi sasaran sebelum membawa anggota ini kembali ke pantai untuk dibawa keluar.

Semasa operasi ini, tiga orang pemimpin tertinggi PLO dibunuh di rumah mereka, bersama-sama dengan pejuang PLO yang lain (jumlah mangsa yang terbunuh dianggarkan sehingga 100 orang)[petikan diperlukan]. Beberapa anggota keselamatan Lubnan dan jiran rakyat awam juga terbunuh. Dua orang anggota tentera Israel terbunuh di dalam operasi ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. J. Bowyer Bell, Irving Louis Horowitz (2005) Assassin: Theory and Practice of Political Violence, pp137, Transaction Publishers, ISBN 1-4128-0509-0 Retrieved 2010 May 4
  2. Maslin, Janet (2005-12-15). "A Massacre in Munich, and What Came After". The New York Times. Diperolehi pada 2010-04-20. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]