Taufan di Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Topografi Filipina
Keluasan Longitud Latitud
343,448 kilometer persegi (132,606 bt2). Terletak di antara longitud 116° 40', dan 126° 34' T[1] Terletak di antara latitud 4° 40' dan 21° 10' U[1]

Filipina merupakan gugusan pulau yang terdiri daripada sekitar 7,641 buah pulau.[2] Filipina ialah negara kelima terpanjang garis pantai di dunia.[3][1][4] di timur, Laut China Selatan[5] di barat, dan Laut Sulawesi[6] di selatan. Pulau Borneo[7] terletak beberapa ratus kilometer di barat daya sementara Taiwan terletak terus di utara. Kepulauan Maluku dan Sulawesi terletak di selatan barat daya sementara Palau terletak di timur Filipina.[3]

Kedudukan Filipina di lingkaran api Pasifik dan hampir dengan khatulistiwa menyebabkan negara itu terdedah kepada gempa bumi dan ribut taufan, tetapi juga kaya dengan sumber alam dan antara kepelbagaian alam terbesar di dunia.

Taufan Mangkhut 2018[sunting | sunting sumber]

Taufan Mangkhut atau dikenali sebagai Ompong oleh penduduk Filipina adalah siklon tropika terkuat yang sedang aktif di Lautan Pasifik. Taufan ini dikelaskan kategori kelima dan tertinggi menerusi Skala Taufan Saffir-Simpson.

Pada 14 September 2018, Taufan Mangkhut berada di Lautan Pasifik dan menuju ke utara Filipina; ketibaan taufan ini dijangka pada 15 September. Kelajuan angin adalah mencecah sehingga 255 km/j yang jauh lebih tinggi daripada yang selari di Atlantik yang berlaku semasa Taufan Florence. Dijangkakan bahawa angin kencang ini bakal bergerak dengan kelajuan sehingga lebih 330 km/j. Peristiwa ini akan sama dengan peristiwa Taufan Haiyan, yang telah meragut lebih daripada 6300 kematian pada tahun 2015.[8] Baca lagi...

Taufan Tembin 2017[sunting | sunting sumber]

Taufan Tembin berlaku pada 16 Disember 2017.

Taufan Hato 2017[sunting | sunting sumber]

Taufan Hato atau dikenali oleh rakyat Filipina sebagai Taufan Isang berlaku pada 19 Ogos 2017.

Taufan Nina (2016)[sunting | sunting sumber]

Taufan Nina [halaman diperlukan]

Taufan Hagupit 2014[sunting | sunting sumber]

Taufan Hagupit berlaku pada Disember 2014.

Taufan Rammasun 2014[sunting | sunting sumber]

Taufan Rammasun (atau Taufan Glenda di Filipina) membadai pulau, pantai di negara-negara Micronesia seperti Luzon, Metro Manila, Lembah Cagayan, Bicol, Bataan, Zambales di negara Filipina dan Hainan di Republik Rakyat China pada Julai 2014. Rammasun bermaksud 'hentaman Tuhan' dalam bahasa Siam. Taufan ini merupakan taufan Pasifik yang ke-3 musim ini selepas Taufan Ling Ling dan Taufan Kajiki pada awal 2014.[9][10] Baca lagi...

Taufan Haiyan 2013[sunting | sunting sumber]

Taufan Haiyan (Bahasa Cina: 海燕; secara harfiahnya "petrel")[11] yang melanda pada November 2013, dikenali di Filipina sebagai Taufan Yolanda, ialah salah satu siklon tropika terkuat yang pernah direkodkan. Ribut bernama ke-30, taufan ke-13, dan super-taufan ke-5 musim taufan Pasifik 2013, Haiyan bermula sebagai suatu kawasan tekanan rendah di timur-tenggara Pohnpei di barat Lautan Pasifik pada 2 November. Bergerak secara umumnya ke barat, lekukan ini semakin berkembang dengan sekitaran ricihan angin ringan dan suhu permukaan laut hangat, menjadi lekukan tropika awal keesokan harinya. Selepas menjadi ribut tropika dan mendapat nama Haiyan pada 0000 UTC 4 November, sistem ini mula bertambah kuat dengan pantas hingga mencapai keamatan taufan pada 1800 UTC 5 November. Dengan pengembangan dan perendahan mendung tebal pusat dan mata jelas dapat dilihat oleh satelit, Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC) menaik taraf Haiyan ke taufan super—iaitu taufan di mana angin berterusan maksimum mencapai atau melebihi 240 km/j (150 bsj)—pada awal 6 November. Selepas memasuki kawasan bidang kuasa PAGASA, JTWC menaik taraf lagi Haiyan kepada setara Kategori 5 pada Skala Taufan Saffir-Simpson. Baca lagi...

Taufan Bopha 2012[sunting | sunting sumber]

Taufan Bopha berlaku pada tahun 2012.

Taufan Nesat 2011[sunting | sunting sumber]

Taufan Nesat (nama antarabangsa: 1117, nama PAGASA: Fedring, nama JTWC: 20W) adalah siklon tropika yang paling kuat melanda China sejak 2005,[12] dan terbesar di Filipina pada 2011. Ia adalah ribut ke-17, ribut tropika yang ke-11 teruk, taufan ke-8 musim taufan Pasifik 2011 dan secara keseluruhan, siklon tropika ke-30 yang dipantau oleh Agensi Meteorologi Jepun pada tahun ini. Setakat ini ia telah mengambil sekurang-kurangnya 82 nyawa.[13][14] Baca lagi...

Taufan Nalgae 2011[sunting | sunting sumber]

Taufan Nalgae (2011) (kod antarabangsa: 1119, kod PAGASA: Quiel, kod JTWC: 22W) merupakan taufan yang membadai Filipina dan mengancam Hainan, China dan juga Vietnam. Taufan ini ialah taufan yang kelapan dan taufan super yang keempat dalam musim taufan Pasifik dalam tahun 2011. Ia datang beberapa hari selepas Taufan Nesat melanda kawasan yang sama. Baca lagi...

Taufan Conson 2010[sunting | sunting sumber]

Taufan Conson 2010 (nama antarabangsa: 1002, nama JTWC: 03W, nama PAGASA: Basyang) ialah siklon tropika pertama dalam musim taufan Pasifik 2010 yang melanda Filipina. Ia terbentuk pada 11 Julai 2010 di Lautan Pasifik dan segera bergerak ke barat menuju kepulauan Filipina. Conson melanda wilayah Quezon dan memasuki Laut China Selatan. Pada 16 Julai ia menghampiri pulau Hainan di China dan keespkan harinya melanda Hanoi, Vietnam, di mana ia reda. Baca lagi...

Taufan Megi 2010[sunting | sunting sumber]

Taufan Megi (2010) (nama antarabangsa: 1013, nama JTWC: 15W, nama PAGASA: Juan) merupakan sebuah taufan kencang[15][16] yang berlaku pada musim taufan Pasifik 2010. Nama "Megi" bererti "ikan keli" dalam bahasa Korea.[17] Megi adalah taufan pertama di Lembangan Pasifik yang mencapai peringkat "Taufan Super" pada tahun 2010, dan yang pertama di Pasifik Barat sejak Taufan Nida pada tahun 2009.[18] Dengan tekanan minimum 885 milibar, Megi adalah antara siklon tropika terhebat dalam sejarah.[19] Ia bertemu daratan pada awal 18 Oktober di Sierra Madre, Luzon timur laut. Selepas melalui pulau Luzon, Megi menjadi semakin kuat di Laut China Selatan, sebelum menjadi lemah sehingga kehilangan tembok matanya.

Taufan Parma 2009[sunting | sunting sumber]

Taufan Parma ialah nama yang digunakan bagi dua siklon tropika di barat daya Lautan Pasifik. Nama ini telah disumbangkan oleh Makau, bermaksud satu makanan Makau (daging babi dengan hati ayam dan cendawan).[20] Taufan ini pernah berlaku pada tahun 2003.

Taufan Mitag 2007[sunting | sunting sumber]

Taufan Mitag Taufan Mitag berlaku di timur wilayah Bicol, pesisir wilayah Aurora dan Isabela negara Filipina pada 20 November 2007. Ombak setinggi 3 - 10 meter. Angin kencang selaju 160 kmj. Mitag bermaksud 'anak mata perempuan' dalam bahasa Filipina. Baca lagi...

Taufan Durian 2006[sunting | sunting sumber]

Taufan Durian (gelaran antarabangsa: 0621, gelaran JTWC: 24W, nama PAGASA Reming) ialah ribut kuat yang melanda wilayah Albay, pesisir timur negara Filipina. Ia merupakan "taufan super" Kategori 5 di Laut China Selatan, dan berlaku mulai 25 November 2006 (musim tengkujuh). Nama buah durian diberikan oleh pihak Jabatan Meteorologi Thailand (Durio zibethinus).[21] Baca lagi...

Taufan Parma 2003[sunting | sunting sumber]

Taufan Parma (2003) telah berlaku pada tahun 2003.

Taufan Thelma 1991[sunting | sunting sumber]

Taufan Thelma berlaku pada tahun 1991.

Taufan Nina (1987)[sunting | sunting sumber]

Taufan Nina (1987) berlaku pada tahun 1987.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Philippine Sea, encarta.msn.com Diarkibkan Oktober 31, 2009, di WebCite (archived from the original Diarkibkan Ogos 20, 2009, di Wayback Machine on August 20, 2009).
  2. ^ Mayuga, Jonathan (February 10, 2016). "Namria 'discovers' 400 previously 'unknown' PHL islands using IfSAR". BusinessMirror. Dicapai pada February 12, 2016.
  3. ^ a b "General Information". March 9, 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada March 9, 2009. Dicapai pada September 21, 2014.. (older version – as it existed in 2009 – during the presidency of Gloria Macapagal Arroyo), The Official Government Portal of the Republic of the Philippines Diarkibkan September 30, 2007, di Wayback Machine.
  4. ^ Central Intelligence Agency. (2009). "Field Listing :: Coastline". Washington, D.C.: Author. Retrieved 2009-11-07.
  5. ^ "U.S. report details rich resources in South China Sea." (archived from the original on 2013-02-133)
  6. ^ C.Michael Hogan. 2011. "Celebes Sea". Encyclopedia of Earth. Eds. P. Saundry & C. J. Cleveland. National Council for Science and the Environment. Washington, D.C.
  7. ^ "An Awesome Island". Borneo: Island in the Clouds. PBS. Dicapai pada November 11, 2012.
  8. ^ https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Taufan_Haiyan
  9. ^ "Tropical depression near Guam may bring rain, wind". Taipei Times. Dicapai pada 13 Julai 2014.
  10. ^ "Tropical Storm Rammasun Approaches Philippine Capital Manila". The Wall Street Journal. Dicapai pada 14 Julai 2014.
  11. ^ 'Off The Charts' Super Typhoon Haiyan Hits Philippines National Public Radio, 2013-11-07. Petikan: "The name Haiyan comes from China, where the word means "petrel" (the seabird)."
  12. ^ "Typhoon Nesat triggers flooding in SW China". Xinhua News Agency. Dicapai pada 2 Oktober 2011.
  13. ^ "SitRep No. 17 re Effects of Typhoon PEDRING (NESAT)" (PDF). National Disaster Risk Reduction and Management Council. Dicapai pada 3 Oktober 2011.
  14. ^ Death toll from Philippine typhoons hits 101[pautan mati kekal] Star Publications. 9 Oktober 2011.
  15. ^ "Severe Typhoon MEGI at 20:00 HKT 19 Oktober 2010". Hong Kong Observatory. Dicapai pada 2010-10-19.
  16. ^ "Philippines ready to face super typhoon Megi". News.xinhuanet.com. Dicapai pada 2010-10-18.
  17. ^ "China warns Megi will be year's strongest typhoon". ASIA PACIFIC NEWS. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-18. Dicapai pada 17 Okt 2010.
  18. ^ Erdman, Jonathan (2009-06-17). "Super Typhoon Megi Eyes Philippines". weather.com. Dicapai pada 2010-10-18.
  19. ^ "JMA Tropical Cyclone Advisory 2010-10-18 00z". Japan Meterological Agency. 2010-10-18. Dicapai pada 2010-10-28.
  20. ^ "List of names for tropical cyclones adopted by the Typhoon Committee for the western North Pacific Ocean and the South China Sea". Typhoon Committee. JMA. 2007. Dicapai pada 2007-12-09.
  21. ^ Philippines: Typhoon - OCHA-01: 01-Dec-06