Tel (arkeologi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tel Barri, timur laut Syria, dari barat; ini 32 meter (105 kaki) tinggi, dan tapaknya berkeluasan 37 hektar (91 ekar)
Tel Be'er Sheva, Birsaba, Israel

Dalam arkeologi, tel atau tell (daripada Arab: تَلّ, tal, 'cangkat', 'guar' atau 'anak bukit')[1] ialah sejenis topografi buatan manusia. Ia merupakan guar yang terhasil apabila endapan, debu, sampah, tanah dan sebagainya terkumpul daripada sesuatu kaum yang tinggal di penempatan sama secara turun-temurun, menyebabkan muka bumi menjadi tinggi.[2][3][4][5]

Tel biasanya dikaitkan dengan rantau Barat Jauh Asia kuno tetapi ia juga ditemui di tempat lain, seperti Eropah Selatan dan sebahagian Tengah, dari Yunani dan Bulgaria ke Hungary dan Sepanyol[6][7] dan Afrika Utara.[3][8][9][10] Di Barat Jauh, tel paling banyak di kawasan yang kurang gersang, seperti Mesopotamia Hilir, Syam Selatan, Anatolia dan Iran, yang semuanya diduduki dengan agak lama.[11] Tel-tel Eurasia berasal dari zaman Neolitik,[12] Tembaga, Gangsa dan Besi.[13] Di Syam Selatan, zaman tel terhenti apabila Alexander Agung datang menakluk, yang memulakan zaman Helenistik dengan corak membina penempatan yang berbeza.[perlu rujukan] Banyak tel di seluruh Barat Jauh terus diduduki dan digunakan hari ini.[14]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan tel memasuki bahasa Melayu menerusi Inggeris, yang kali pertama dibuktikan penggunaannya pada tahun 1840 dalam Journal of the Royal Geographical Society.[15] Ia berasal daripada bahasa Arab تَلّ (tal ) bermaksud 'guar', 'anak bukit' atau 'cangkat'.[1][15] Ejaan lain termasuk tall, tel, til dan tel.[16]

Tel mempunyai banyak kata seasal dalam bahasa Semitik lain, seperti bahasa Akkadia tīlu(m), Ugarit tl[17] dan Ibrani tel (תל).[18] Bentuknya dalam bahasa Akkadia serupa dengan DUL Sumeria, yang juga boleh merujuk kepada apa-apa longgokan, seperti bijirin, tetapi tidak diketahui jika persamaan itu kerana ia dipinjam daripada bahasa Sumeria atau jika perkataan Sumeria itu dipinjam daripada satu bahasa substrat Semitik yang lebih lama.[19] Jika tīlu dalam Akkadia berkait dengan perkataan lain dalam bahasa itu, til'u, yang bermaksud 'payudara wanita', terdapat perkataan yang hampir sama dalam bahasa Habsyah klasik Semitik Selatan, Geʽez, iaitu təla, 'payudara'.[17] Perkataan Ibrani tel pertama kali muncul dalam kitab Ulangan 13:16 (s. 500–700 SM),[20] tentang timbunan atau guar dan terdapat dalam buku Yosua, dan Yeremia dengan makna yang sama.[<span title="This claim needs references to reliable sources. (October 2021)">rujukan diperlukan</span>]

Kubu kota Aleppo, utara Syria, di atas tel yang diduduki sejak sekurang - kurangnya alaf ketiga SM
Tel Megiddo, utara Israel

Dalam bahasa-bahasa Asia Barat Daya yang lain, terdapat perkataan berbeza yang maksudnya sama dengan "bandar timbunan" walaupun tidak serupa dari segi makna asasnya. Antaranya termasuk kom dalam bahasa Arab Mesir,[3] tepe atau tappeh (Turki/Parsi: تپه), hüyük atau höyük(Turki) dan chogha (Parsi: چغا, daripada çokmak Turki dan terbitan çoka, dll.).[21] Ini semua sering muncul dalam nama tempat,[16] dan ia salah satu awalan yang paling lazim untuk nama tempat di Palestin.[22] Perkataan Arab khirbet, juga dieja khirbat (خربة), yang bermaksud 'runtuhan', juga terdapat dalam nama banyak tel arkeologi, seperti Khirbet et-Tell (lebih kurang bermaksud 'timbunan runtuhan').[23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Kirkpatrick, E. M., penyunting (1983). Chambers 20th Century Dictionary (ed. New). Edinburgh: W & R Chambers Ltd. m/s. 1330. ISBN 0550102345. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Chambers" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ Orengo&al 2020.
  3. ^ a b c Shaw 2002.
  4. ^ Negev, Avraham, penyunting (2001). "Tell". Archaeological Encyclopedia of the Holy Land. New York and London: Continuum. m/s. 497. ISBN 0-8264-1316-1. Dicapai pada 9 October 2021.
  5. ^ Matthews (2020), Introduction and Definition
  6. ^ Bailey&al 1998.
  7. ^ Blanco-González & Kienlin 2020, see map.
  8. ^ MacDonald 1997.
  9. ^ Davidson&al 2010.
  10. ^ Kotsakis 1999.
  11. ^ Wilkinson 2003.
  12. ^ Blanco-González & Kienlin 2020.
  13. ^ Chapman, John. In Blanco-González & Kienlin 2020.
  14. ^ "TerraWatchers, UCSD, and ASOR CHI Partner to Monitor Archaeological Sites". American Society of Overseas Research (ASOR) (dalam bahasa Inggeris). 17 January 2019. Dicapai pada 2021-10-13.
  15. ^ a b "tell". Oxford English Dictionary (ed. 3rd). Oxford University Press. September 2005. (Langganan atau keahlian perpustakaan awam UK diperlukan.)
  16. ^ a b Hirst 2019.
  17. ^ a b Leslau 1958.
  18. ^ tel in Strong's Concordance via biblehub.com
  19. ^ Suriano 2012.
  20. ^ Bos, James M. (2013). Reconsidering the Date and Provenance of the Book of Hosea. Bloomsbury. ISBN 978-0-567-06889-7.
  21. ^ Matthews 2020.
  22. ^ Warfield 1885.
  23. ^ Wagemakers 2014.

Karya yang dipetik[sunting | sunting sumber]

 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]