Yasuhiro Nakasone
| Yasuhiro Nakasone | |
|
71st, 72nd and 73rd
Prime Minister of Japan |
|
|---|---|
| Tempoh berjawat November 27 1982 – November 6 1987 |
|
| Raja | Emperor Showa |
| Didahului oleh | Zenko Suzuki |
| Digantikan oleh | Noboru Takeshita |
|
|
|
| Tarikh lahir | 27 Mei 1918 (umur 94) |
| Tempat lahir | Gunma Prefecture, Japan |
| Kerakyatan | Japanese |
| Parti politik | Liberal Democratic Party |
Yasuhiro Nakasone lahir pada 27 Mei 1918 adalah ahli politik Jepun dan menjadi Perdana Menteri Jepun dari 27 November 1982 hingga 6 November 1987. Sezaman dengan Ronald Reagan, Helmut Kohl, François Mitterrand, Margaret Thatcher, and Mikhail Gorbachev, beliau amat berjaya dalam projek penswastaan syarikat-syarikat kerajaan yang membantu syarikat lebih nasionalis semasa dan selepas beliau menjadi perdana menteri.
[sunting] Kehidupan awal
Lahir di wilayah Gunma dan belajar di Universiti Imperial Jepun. Semasa Perang Dunia II, beliau menjadi tentera laut Jepun.
1946, dia memasuki Dewan Tertinggi Jepun . 1959 dilantik sebagai Menteri Sains di bawah Perdana Menteri Nobusuke Kishi dan menjadi Menteri Pengangkutan pada 1967 serta mengetuai Agensi Pertahanan pada 1970. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 1972 dan Menteri Pentadbiran pada 1981.
[sunting] Perdana Menteri
Pada 1982, Nakasone menjadi Perdana Menteri. Bersama dengan Menteri Luar Negeri, Shintaro Abe, Nakasone membuat hubungan diplomatik dengan USSR dan Republik Rakyat China. Beliau sangat rapat dengan Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan. Beliau lebih mesra dipanggil 'Ron-Yasu'. Dasar penswastaan beliau telah memecah penguasaan Kereta api Kebangsaan Jepun kepada syarikat Kereta api Jepun.
Nakasone diketahui sangat nasionalis. Pada 1985 beliau menjadi Perdana Menteri Jepun pertama melawat Kuil Yasukuni selepas keputusan kontroversi pemakaman 14 wira kelas A Tentera Jepun semasa Perang Dunia II pada 1978. Semasa beliau menamatkan jawatan perdana menteri, ramai minoriti Korea di Jepun menuntut hak-hak sebagamana minoriti di Amerika Syarikat. Apabila Nakasone menyindir 'problematik minoriti' Amerika Syarikat, Menteri Pelajaran Jepun, Masayuki Fuji telah meletak jawatan pada 1986.
[sunting] Politik
Nakasone digantikan oleh Noburu Takeshita pada 1987 selepas terbongkar Skandal Recruit. Anak lelakinya Hirofumi Nakasone menjadi ahli Diet dan berkhidmat dalam kabinet Keizo Obuchi sebagai Menteri Pelajaran Jepun.
| Didahului oleh Helmut Kohl |
Pengerusi G8 1986 |
Diikuti oleh: Amintore Fanfani |
|
|||||||