Taro Aso

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Taro Aso
Taro Aso

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
24 September 2008
Raja Akihito
Didahului oleh Yasuo Fukuda

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
1996
Kawasan Daerah ke-8 Fukuoka
Majoriti 145,229 (56.89%) pada 2005

Menteri Hal-Ehwal Luar Negeri
Tempoh berjawat
31 Oktober 2005 – 27 Ogos 2007
Didahului oleh Nobutaka Machimura
Digantikan oleh Nobutaka Machimura

Menteri Hal-Ehwal Dalaman dan Komunikasi
Tempoh berjawat
22 September 2003 – 31 Oktober 2005
Didahului oleh Toranosuke Katayama
Digantikan oleh Heizō Takenaka

Ketua Pengarah Agensi Perancangan Ekonomi
Tempoh berjawat
7 November 1996 – 11 September 1997
Didahului oleh Shusei Tanaka
Digantikan oleh Koji Omi

Tarikh lahir 20 September 1940 (74 tahun)
Tempat lahir Iizuka, wilayah Fukuoka
Parti politik Parti Demokratik Liberal (LDP)
Pasangan Chikako
Hubungan Lihat: Salasilah keluarga
Pekerjaan Ahli perniagaan
Agama Katolik Rom
Laman web Laman rasmi

Taro Aso (麻生太郎 Asō Tarō?, lahir 20 September 1940) merupakan Perdana Menteri Jepun kini selepas menggantikan Yasuo Fukuda. Taro Aso dilantik oleh Diet Jepun pada 24 September 2008.[1][2] Dia merupakan bekas Menteri Luar Jepun (2005-2007) di bawah Perdana Menteri Shinzo Abe dan Yasuo Fukuda. Beliau juga bekas Setiausaha Agung LDP 2007. Kini beliau merupakan Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) selepas dipilih pada 22 September 2008.

Sejak Perang Dunia Kedua 1945, Jepun telah mempunyai 31 orang perdana menteri, satu jumlah yang cukup ramai berbanding dengan negara Barat dan Timur yang lain. Perdana Menteri Jepun kerap kali bertukar atau meletak jawatan hanya kerana faktor-faktor yang kecil. Ramai di antaranya tidak sempat menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai perdana menteri.

Taro Aso diyakini oleh Dewan Rakyat Jepun untuk memulihkan ekonomi Jepun yang lembab dan memenangi pilihan raya akan datang. Negara Jepun dan banyak negara lain di ambang kemelesetan ekonomi disebabkan kegawatan di bursa saham Wall Street, Amerika Syarikat.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Taro Aso berumur 68 tahun , lahir pada 20 September 1940 di Iizuka, Fukuoka. Taro Aso berugama Roman Katholik . Bapanya Takakichi Aso, merupakan pengerusi syarikat Aso Cement Company dan mempunyai hubungan yang intim dengan Perdana Menteri Jepun, Kakuei Tanaka. Ibunya pula anak perempuan kepada Perdana Menteri Jepun, Shigeru Yoshida. Taro Aso juga cucu kepada Toshimichi Okubo . Isteri Taro Aso pula anak ketiga kepada Perdana Menteri Jepun, Zenko Suzuki. Adiknya Nabuko berkahwin dengan Putera Tomohito dari Mikasa, sepupu Maharaja Akihito.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Taro Aso belajar ekonomi dan politik di Universiti Gakushuin. Kemudian belajar di Universiti Stanford , Amerika Syarikat dan dibimbangi cenderung berbudaya Amerika / Barat. Kemudian beliau belajar di Sekolah Ekonomi London.

Beliau pernah bekerja dalam lombong permata di Sierra Leone, Afrika. Ketika perang saudara di Sierra Lieone, Taro Aso kembali ke Jepun. Aso bekerja dalam syarikat bapanya pada 1966 dan menjadi presiden syarikat dari 1973-1979.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 1979, Taro Aso terpilih dalam Dewan perwakilan Jepun dan sejak itu terpilih 8 kali. Pada 1988 beliau menjadi Timbalan Menteri Pelajaran di Parlimen.

Beliau menjadi Menteri Dalam Negeri , Pos dan Telekomunikasi semasa Perdana Menteri Junichiro Koizumi yang berkuasa pada 2003. Pada 31 Oktober 2005, beliau menjadi Menteri Luar Negeri. Beliau menyertai kelab elit iaitu Kono Group - caucus LDP yang dipimpin oleh Yohei Kono.

Pada 2006 sepatutnya Taro Aso menggantikan Koizumi sebagai Perdana Menteri Jepun. Tetapi ditewaskan oleh Shinzo Abe . Shinzo Abe dilihat lebih moderat berbanding dengan Aso yang konservatif.

Pada 14 September 2007, apabila Shinzo Abe mengumumkan meletak jawatan, Taro Aso mengumumkan akan bertanding jawatan perdana menteri. Tetapi Yasuo Fukuda mendahuluinya kerana lebih 'dovish' dan disokong pula oleh Nobutaka Machimura, Fukushiro Nukaga dan Koizumi.

Pada 1 Ogos 2008, Fukuda melantik Taro Aso sebagai Setiausaha Agung LDP . Apabila Fukuda meletak jawatan, Taro dipilih menjadi Presiden LDP pada 22 September 2008. Beliau menerima 351 undi dari keseluruhan 527 undi. Saingan beliau ,Kouru Yasano mendapat 66 undi . Yuriko Koike mendapat 46 undi.

Pada 24 September 2008, beliau dilantik menjadi Perdana Menteri ke-92 selepas dilantik oleh Dewan Rakyat Jepun. Dewan Tertinggi Parlimen Jepun dikuasai oleh pembangkang dan pembangkang memilih Ichiro Ozawa. Taro Aso mendapat 337 undi sementara Ichiro Ozawa mendapat 117 undi.

Ucapan Taro Aso yang kontroversi[sunting | sunting sumber]

  • Pada 9 Februari 1983 , ketika berkempen di Kochi, beiau menyatakan Minobe menang sebagai Gabenor Tokyo kerana wanita sukakan senyumannya.
  • Pada 8 julai 2006, selepas menghadiri mesyuarat di bandar Hiroshima, Taro mengucapkan terima kasih kepada Kim Jong il , Presiden Korea Utara yang melancarkan roket misil balistik .
  • Pada 19 Julai 2007, ketika berada di Takaoka, beliau mempersoalkan nilai 78,000 yen dengan 16,000 yen. Hanya pesakit Alzheimer boleh menjelaskannya.
  • Pada 2001, dalam mesyuarat Kono Group, Taro Aso menegaskan Hiromu Nonako dari puak minoriti Burakumin tidak boleh dipilih menjadi Perdana Menteri Jepun.
  • Pada 2001, ketika menjadi Menteri Ekonomi Jepun , beliau mahu lebih ramai Yahudi kaya-raya lebih selesa menetap di Jepun.
  • Pada 15 Oktober 2005, Taro Aso berkata rakyat Jepun patut berbangga kerana memiliki 1 bangsa, 1 tamadun , 1 bahasa , 1 budaya dan 1 kaum sahaja dan hanya satu-satunya di dunia ini. Negara Jepun boleh dipercayai kerana tidak pernah terlibat dalam eksploitasi politik dan petroleum di Timur Tengah, tidak pernah berperang atau menembak menggunakan mesingan. Jepun berjaya melakukan apa yang Amerika sendiri gagal melakukannya. Memiliki mata biru dan rambut blond tidak semestinya baik. Sedangkan Jepun memiliki wajah kekuningan.

Kelab peminat manga[sunting | sunting sumber]

Beliau disukai oleh golongan muda kerana ucapan selamba / bersahaja dan minat budaya pop Jepun.

Ketika belajar di Universiti Stanford, keluarganya mengirim majalah Manga - sejenis buku komik kartun yang agak panjang . Beliau membaca 10 ke 20 majalah Manga setiap minggu. Pada 2007, ketika menjadi Menteri luar Negeri, Taro Aso memperkenalkan Anugerah Manga Antarabangsa kepada pelukis komik Manga yang bukan berbangsa Jepun.

Salasilah keluarga[sunting | sunting sumber]

Ōkubo Toshimichi
 
Mishima Michitsune
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Makino Nobuaki
 
Mineko
 
 
 
Takichi Aso
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Yukiko
 
Shigeru Yoshida
 
Taro Aso
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kenichi Yoshida
 
Kazuko
 
 
 
Takakichi Aso
 
Zenko Suzuki
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Prince of Mikasa
 
Princess of Mikasa
 
Taro Aso
 
Chikako
 
Shunichi Suzuki
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Princess Akiko
 
Princess Yōko

Pemilihan Parlimen LDP[sunting | sunting sumber]

Taro Aso memperolehi 351 dari 525 undi dalam pemilihan ahli Parlimen LDP dan perwakilan parti cawangan tempatan.

Saingan beliau ialah Menteri ekonomi Jepun, Kaoru Yosano hanya mendapat 65 undi. Manakala Menteri Pertahanan Jepun, Yuriko Kaoke hanya mendapat 46 undi , hanya kerana beliau wanita pertama Jepun. Nobuteru Ishihara mendapat 37 undi . Sementara Shigeru Ishiba mendapat 25 undi.

Sebagai strategi memperkukuhkan LDP, Taro Aso akan melantik Yoriko Koike dalam kabinetnya nanti, Taro juka akan melantik pencabar-pencabarnya dalam jawatan penting kabinet. Harapan beliau agar semua bersatu di bawah kepimpinannya nanti.

Dasar luar[sunting | sunting sumber]

Beliau dijangka lebih tegas berhubung dasar luar terutama berhubung kedaulatan dan kemajuan kuasa ekonomi dan pasaran China.

Kemelesetan ekonomi dunia[sunting | sunting sumber]

Taro Aso merupakan tokoh yang konservatif yang menyokong perbelajaan kerajaan memulihkan ekonomi negara terbesar Asia itu. Taro pernah 3 kali tewas dalam pemilihan Perdana Menteri Jepun. Mulanya ramai ahli ekonomi Jepun tidak setuju campur tangan kerajaan dalam perjalanan ekonomi negara. Mereka lebih senang dengan ekonomi bebas, yang bergantung penuh kepada kuasa pasaran - permintaan dan penawaran . Perbelanjaan kerajaan akan membazirkan wang cukai rakyat dan mendedahkan kepada ketidaktentuan ekonomi.

Tetapi Menteri Ekonomi , Kaoru Yasano mahu belanjawan berimbang menjelang 2012 bagi mengurangkan saiz hutang Jepun. Sehingga 2008, hutang Jepun sepatuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar Jepun itu sendiri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "LDP President Aso elected prime minister", The Mainichi Daily News, THE MAINICHI NEWSPAPERS, 2008-09-24.
  2. "4TH LD: Aso elected Japan's prime minister, to form Cabinet+", Breitbart.com, 2008-09-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]