Abd-ul-Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abdülaziz
عبد العزيز
Khalifah Islam
Amir al-Mu'minin
Sultan di Empayar Uthmaniyyah
Penjaga Dua Masjid Suci
Sultan Abdülaziz pada tahun 1873
Khalifah ke-24 dari Khilafah Uthmaniyyah
Sultan Uthmaniyyah ke-32 (Maharaja)
Pemerintahan 2 Jun 1861 – 30 Mei 1876
Pendahulu Abdülmecid I
Penganti Murad V
Permaisuri Dürrinev Kadınefendi
Edadil Kadınefendi
Hayranidil Kadınefendi
Neşerek Kadınefendi
Gevheri Kadınefendi
Yildiz Hanimefendi
Dinasti Osmanli (Uthmaniyyah)
Ayahanda Mahmud II
Bonda Pertevniyal Sultan
Tandatangan
Agama Sunni Islam

Abdülaziz dari Empayar Uthmaniyyah atau Abdülaziz I (Turki Uthmaniyyah: عبد العزيز / `Abdü’l-`Azīz, Bahasa Turki: I. Abdülaziz; 9 Februari 1830 – 4 Jun 1876) adalah Sultan ke-32 dari Empayar Uthmaniyyah dan memerintah antara 25 Jun 1861 hingga 30 Mei 1876.[1] Beliau merupakan anak lelaki kepada Sultan Mahmud II dan mengantikan abang beliau Abdülmecid I pada tahun 1861.[2]

Beliau telah dilahirkan di Istana Eyüp, Istanbul,[3] pada 9/18 Februari 1830. Meskipun beliau menerima pendidikan Uthmaniyyah, Abdülaziz juga menunjukan minat terhadap pendidikan di Barat. Beliau merupakan Sultan Uthmaniyyah pertama yang mengembara ke Eropah Barat, melawat beberapa ibu kota utama termasuk Paris, London dan Vienna pada musim panas tahun 1867.

Selain minat beliau terhadap Tentera Laut Uthmaniyyah, yang mana menjadi armada ketiga terbesar di dunia pada tahun 1875 (selepas Britain dan Perancis), beliau juga berminat dalam mendokumenkan berkenaan Empayar Uthmaniyyah. Selain itu, Abdul Aziz juga mengemari kesusasteraan dan merupakan seorang pengubah muzik klasik yang berbakat. Beberapa gubahan beliau, bersama-sama gubahan daripada anggota keluarga [[dinasti Uthmaniyyah] yang lain, telah dikumpulkan dalam sebuah album bertajuk "Muzik Eropah di Istana Uthmaniyyah" oleh Akademi Muzik Istana Uthmaniyyah London.[4]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Abdülaziz dari Empayar Uthmaniyyah

Ibubapa beliau adalah Mahmud II dan Valide Sultan Pertevniyal ("Partav-Nihal").[5] (1812–1883), asalnya bernama Besime, seorang berketurunan Circassian.[6] Pada tahun 1868, Pertevniyal tinggal di Istana Dolmabahçe. Pada tahun itu, Abdülaziz mengetuai Eugénie de Montijo, Maharani Perancis yang bertandang untuk menemui ibu beliau. Pertevniyal menganggap kehadiran perempuan asing dalam kawasan kediaman beliau di seraglio sebagai satu penghinaan. Beliau dilaporkan menampar Eugénie di muka beliau, hampir mencetus krisis antarabangsa.[7] Berdasarkan cerita lain, Pertevniyal menjadi marah apabila Eugénie mamaut salah satu tangan anak lekaki beliau semasa mengelilingi taman istana, dan menampar Maharani di perut untuk mengingatkan bahawa beliau bukan berada di Perancis.[8] Masjid Valide Sultan Pertevniyal telah dibina di bawah naungan ibu beliau. Kerja pembinaan dimulakan pada bulan November 1869 dan masjid ini siap dibina pada tahun finished in 1871.[9]

Datuk dan nenek kandung Sultan Abdul Aziz adalah Sultan Abdul Hamid I dan Sultana Naksh-i-Dil Haseki. Beberapa cerita mengaitkan nenek kandung beliau dengan Aimée du Buc de Rivéry, sepupu kepada Joséphine de Beauharnais.[10] Pertevniyal meruapakan kakak kepada Hoshiar (Khushiyar), isteri ketiga kepada Ibrahim Pasha dari Mesir. Hoshiar dan Ibrahim adalah ibubapa kepada Isma'il Pasha.[11][12][13][14][15]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Hidup berkeluarga[sunting | sunting sumber]

Perkahwinan pertama dan anak-anak[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin buat pertama kali di Istana Dolmabahçe, Istanbul pada 20 Mei 1856 dengan wanita berketurunan Abkhazia, Dürrinev Kadınefendi (Batumi, 15 Mac 1835 – Istanbul, Üsküdar, Istana Çamlıca, 3 Disember 1892), dan memiliki dua orang anak:

Perkahwinan kedua dan anak-anak[sunting | sunting sumber]

Berkahwin dengan seorang berketurunan Abkhazia, Edadil Kadınefendi (1845 – Istana Dolmabahçe, 12 Disember 1875) di Istana Dolmabahçe pada tahun 1861 dan memiliki tiga orang anak:

  • Putera Şehzade Mahmud Jalal ud-din Effendi (14 November 1862 – 1 September 1888).
  • Putera Şehzade Muhammad Salim Effendi (28 Oktober 1865 – 21 Oktober 1867).
  • Puteri Amina Sultan (30 November 1866 – 23 Januari 1867).

Perkahwinan ketiga dan anak-anak[sunting | sunting sumber]

Berkahwin dengan seorang berketurunan Abkhazia, Gevheri Kadınefendi (Caucasus, 8 Julai 1856 – Istana Ortaköy, Ortaköy, Istanbul, 20 September 1894) pada tahun 1872 dan mempunyai seorang anak:

  • Putera Şehzade Muhammad Saif ud-din Effendi (22 September 1874 – 19 Oktober 1927).

Perkahwinan keempat dan anak-anak[sunting | sunting sumber]

Berkahwin dengan seorang Circassia, Hayranidil Kadınefendi (Caucasus Barat Laut, 2 November 1846 – Istana Ortaköy, Istanbul, 26 November 1898) di Istana Dolmabahçe, Istanbul, pada 21 September 1866 dan mempunyai dua orang anak.

  • Puteri Nazima Sultana (25 Februari 1866 – 1947; dimakamkan di Selimiye Camii, Damsyik).
  • Khalifah Abdülmecid II (29 Mei 1868 – 23 Ogos 1944).

Perkahwinan kelima dan anak-anak[sunting | sunting sumber]

Berkahwin dengan seorang Circassia Neşerek Kadınefendi (Sochi, 1848 – 11 Jun 1876 - Istana Ortaköy, Istanbul) di Istana Dolmabahçe, pada tahun 1868 dan memiliki tiga orang anak:[16]

  • Putera Şehzade Muhammad Shavkat Effendi (5 Jun 1872 – 22 Oktober 1899).
  • Puteri Esma Sultan (21 Mac 1873 – 7 Mei 1899).
  • Puteri Amina Sultan (24 Ogos 1874 – 29 Januari 1920).

Perkahwinan keenam dan anak-anak[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan seorang Circassia yang bernama Yildiz Hanimefendi (24 Mac 1860 – 29 September 1895) pada tahun 1874 dan mempunyai dua orang anak:

  • Puteri Fatima Gevheri Sultan (1874 – 1875).
  • Puteri Munira Sultan (selepas mati 1877 – 1877).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Abd-ul-Aziz
Tarikh lahir: 9 Februari 1830 Tarikh kemangkatan: 4 Jun 1876
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Abdülmecid I
Sultan Empayar Uthmaniyyah
25 Jun 1861 – 30 Mei 1876
Diikuti oleh:
Murad V
Gelaran Sunnah Islam
Didahului oleh
Abdülmecid I
Khalifah Islam
25 Jun 1861 – 30 Mei 1876
Diikuti oleh:
Murad V

Pautan luar[sunting | sunting sumber]