Abd-ul-Mejid I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abdülmecid I
عبد المجيد اول
Khalifah Islam
Amir al-Mu'minin
Sultan Empayar Uthmaniyyah
Penjaga Dua Masjid Suci
Khalifah ke-23 dari Khilafah Uthmaniyyah
Sultan Uthmaniyyah ke-31 (Maharaja)
Pemerintahan 2 Julai, 1839 – 2 Jun, 1861
Pendahulu Mahmud II
Penganti Abdülaziz
Permaisuri Perestu Sultan
Şevkefza Sultan
Tirimüjgan Kadın
Gülcemal Kadın
Gülüstü Kadın
Servetsezâ Kadın
Düzdidil Kadın
Verdicenan Kadın
Nükhetsezâ Hanım
Nesrin Hanım
Mehtab Kadın
Ceylanyar Hanım
Nergizu Hanım
Navekivisal Hanım
Bezmican Hanım
Nalanıdil Hanım
Şayeste Hanım
Serfiraz Hanım
Dinasti Osmanli (Uthmaniyyah)
Ayahanda Mahmud II
Bonda Bezmiâlem Sultan
Tandatangan
Agama Sunni Islam

Abd-ul-Majid I (bahasa Arab: عبد المجيد الأول) (ejaan lain 'Abd ül-Mecid, Abdülmecit dan Abd-ul-Mejid) (23 April 182325 Jun 1861) merupakan sultan Empayar Uthmaniyyah dan menggantikan ayahanda beliau Mahmud II pada 2 Julai 1839. Masa pemerintahannya melihat kebangkitan nasionalisme di negara itu dan menempa persekutuan dengan kekuatan utama Eropah.

Abd-ul-Majid I, adalah ayahanda kepada 4 orang sultan (Murad V, Abdülhamid II, Mehmet V Reşat dan Mehmet VI Vahdeddin (sultan ke-2 sebelum pembubaran Turki Uthmaniyyah). Ia menitahkan pemugaran terhadap Hagia Sophia, yang diawasi oleh arkitek Switzerland Gaspar Fossati.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Abdülmecid sewaktu zaman muda, oleh David Wilkie, 1840.

Abdülmecid telah dilahirkan di Istana Beşiktaş Sahil atau di Istana Topkapı, kedua-duanya terletak di Istanabul.[1] Ibu beliau merupakan isteri pertama yang dikahwini pada tahun 1839, Valide Sultan Bezmiâlem, asalnya bernama Suzi (1807–1852), sama ada seorang yang berketurunan Circassian[2] atau Georgia.[3][4][5]

Abdülmecid menerima pendidikan Eropah dan bertutur dengan fasih dalam bahasa Perancis, yang mana merupakan sultan pertama yang mampu menguasai bahasa ini.[6] Sepertimana Abdülaziz yang telah mengantikan beliau, beliau berminat dalam kesusasteraan dan muzik klasik. Seperti bapa beliau Mahmud II, beliau mengetuai pembaharuan dan bernasib baik mendapat sokongan daripada para wizurai yang progresif seperti Mustafa Reşit Pasha, Mehmet Emin Ali Paşa dan Fuat Pasha. Sepanjang masa pemerintahan, beliau bergelut menentang para konservatif yang menentang pembaharuan beliau. Abdülmecid juga merupakan sultan pertama yang mendengar secara terus komplen daripada rakyat pada hari-hari penerimaan khas, yang mana biasanya dilakukan pada hari Jumaat tanpa melalui orang tengah. Abdülmecid menjelajah ke seluruh wilayah empayar untuk melihat sendiri reformasi Tanzimat dilaksanakan. Beliau menjelajah ke İzmit, Mudanya, Bursa, Gallipoli, Çanakkale, Lemnos, Lesbos dan Chios pada tahun 1844 dan ke wilayah Balkan pada tahun 1846.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Britannica, Istanbul:When the Republic of Turkey was founded in 1923, the capital was moved to Ankara, and Constantinople was officially renamed Istanbul in 1930.
  2. "Putnam's Monthly Magazine of American Literature, Science and Art Volume 0005 Issue 30 (June 1855)". 
  3. "Gürcistan Dostluk Derneği". 
  4. Bezmiâlem Valide Sultan, Bezmiâlem Vakıf Üniversitesi Tıp Fakültesi Hastanesi
  5. The Private World of Ottoman Women by Godfrey Goodwin, 2007, p.157
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EB tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Wikisource author-inline

Abd-ul-Mejid I
Tarikh lahir: 23 April 1823 Tarikh kemangkatan: 25 Jun 1861
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Mahmud II
Sultan Empayar Uthmaniyyah
2 Julai 1839 – 25 Jun 1861
Diikuti oleh:
Abdülâziz
Gelaran Sunnah Islam
Didahului oleh
Mahmud II
Khalifah Islam
2 Julai 1839 – 25 Jun 1861
Diikuti oleh:
Abdülâziz