Sharizan Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abon)
Jump to navigation Jump to search
"Abon" dilencongkan di sini.
Jangan dikelirukan dengan Sharnaaz Ahmad.
Abon
KelahiranSharizan Bi Ahmad
(1960-08-08) 8 Ogos 1960 (umur 59)
Jasin, Melaka, Persekutuan Malaysia
PekerjaanPelawak, pelakon
Tahun aktif1980-an - kini
Terkenal keranakumpulan Osbon sebagai Maharaja Lawak Mega 2011

Sharizan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abon merupakan salah seorang pengiat teater di Malaysia. Antaranya filem Suzana@60. Beliau seorang pelawak paling evergreen di Malaysia. Mula berlawak sejak era 80an dan hingga kini beliau masih lagi laris muncul dalam banyak produksi terutama filem dan drama tempatan. Abon juga sangat digemari apabila sering muncul sebagai penghibur stand-up di majlis-majlis anugerah dan konsert hiburan. Beliau sering memainkan watak lelaki Jawa dalam persembahannya.

Beliau dan Os membentuk kumpulan Osbon telah menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011.

Ikon[sunting | sunting sumber]

Kemunculan beliau dalam video muzik lagu 'Terhangat Di Pasaran' arahan Yusry Abdul Halim pada tahun 2005 membuatkan beliau kembali popular dan sering dirujuk menerusi gaya lucunya dalam video muzik persembahan kumpulan KRU bersama Adam AF itu.

Johan Maharaja Lawak Mega[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Osbon (Mohd Yusof Abdul Hamid, 50 tahun, dan Sharizan Ahmad , 51 tahun ) memikat orang ramai dan juri dan berkesudahan menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam ,Selangor . Maharaja Lawak Mega disiarkan secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dari Royal Theater Selangor. Siaran ini berlangsung dari 30 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011. Mereka dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Pesaing sengit mereka , Boboi gandingan (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi . Ketiga ialah kumpulan Saehu daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Juri tetap ialah Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Zainal Abidin Hassan. AC Mizal menjadi pengacara tetap.[1][2]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

(Pencalonan) - Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH) 1998/99.

Rujukan[sunting | sunting sumber]