Abon (pelawak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sharizan Ahmad)
Abon
Kelahiran
Shahrizan bin Ahmad

(1960-08-08) 8 Ogos 1960 (umur 63)
PekerjaanPelawak, pelakon
Tahun aktif1990–kini
Terkenal keranakumpulan Osbon di Maharaja Lawak Mega

Shahrizan bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abon (lahir 8 Ogos 1960) merupakan seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau ialah antara seorang pelawak paling malar hijau (retro) di Malaysia. Mula berlawak sejak 1990 hingga kini beliau masih lagi laris muncul dalam banyak produksi terutama filem dan drama tempatan. Abon juga sangat digemari apabila sering muncul sebagai penghibur stand-up di majlis-majlis anugerah dan konsert hiburan. Beliau sering memainkan watak lelaki Jawa dalam persembahannya.

Beliau dan Mr. Os membentuk kumpulan Osbon telah menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011.

Ikon[sunting | sunting sumber]

Kemunculan beliau dalam video muzik lagu 'Terhangat Di Pasaran' arahan Yusry Abdul Halim pada tahun 2005 membuatkan beliau kembali popular dan sering dirujuk menerusi gaya lucunya dalam video muzik persembahan kumpulan KRU bersama Adam AF2 itu.

Johan Maharaja Lawak Mega[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Osbon (Mohd Yusof Abdul Hamid, 50 tahun, dan Sharizan Ahmad , 51 tahun) memikat orang ramai dan juri dan berkesudahan menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor . Maharaja Lawak Mega disiarkan secara langsung setiap Jumaat, pukul 10 malam menerusi saluran Astro Warna (Saluran 132) dari Royal Theater Selangor. Siaran ini berlangsung dari 30 Oktober 2011 hingga 30 Disember 2011. Mereka dikehendaki membuat dua persembahan bertemakan konsep bebas dan komedi muzikal.

Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Pesaing sengit mereka , Boboi gandingan (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi . Ketiga ialah kumpulan Saehu daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Juri tetap ialah Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Zainal Abidin Hassan. AC Mizal menjadi pengacara tetap.[1][2]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1990 Riang Tirana Filem pertama
1998 Panas Sahar
2001 No Problem Wak Jono
2006 Cicak-Man Pengawal Keselamatan 1 Penampilan kameo
2007 Cinta Yang Satu Wak
Budak Lapok Wak Mustardjo Suara
2009 Momok The Movie Kadir
2011 Toyol Nakal Tuan Haji Ali
2012 Chantek Penerbit
Baik Giler!! Ayah Afiq
2013 Oh Mak Kau Pak Maun
Tokak Mamat
2018 Awang Gerudi Pak Mahmud

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1997 Kisah Benar (Musim 14) Imran TV3 Episod: "Lencongan"
1998 Kisah Benar (Musim 16) Razak Episod: "Azam Baru"
2010-2011 Gerak Khas (Musim 13) Jiman Jawa TV2 Pelakon undangan
2021 Ramadan Pertama Edi Yayan Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1995 Amer Amera TV3
2003 Momok Kadir VCD
Aisah Lima Puluh Sen Wah Remy Astro Ria

Peserta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kumpulan
2011 Maharaja Lawak Mega 2011 Osbon
2012 Maharaja Lawak Mega 2012 Sabon

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • (Pencalonan) - Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH) 1998/99.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Osbon Juara Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang RM350,000 Diarkibkan 2012-07-13 di Wayback Machine mStar Online (21 Disember 2011). Diperoleh pada 28 Mei 2012.
  2. ^ MLM: Osbon Pesaing Sengit Boboi Diarkibkan 2012-07-13 di Wayback Machine mStar Online (10 Disember 2011). Diperoleh pada 28 Mei 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]