Adam Kadir
Tan Sri Adam Kadir ialah seorang sasterawan, kolumnis dan negarawan dari Malaysia
Beliau merupakan presiden pertama Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO (Pakku) yang ditubuhkan pada Mac 2010. Beliau merupakan bekas Yang Dipertua Dewan Negara dari 13 Jun 1995 hingga 30 November 1996.
Biografi[sunting | sunting sumber]
Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]
Adam Kadir menerima ijazah Undang-Undang Perdagangan dan Korporat dari Universiti London.
Kerjaya perniagaan[sunting | sunting sumber]
Beliau pernah dilantik sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam Kumpulan Pernas, Ahli Dewan Rakyat, Setiausaha Parlimen dan sebelum itu sebagai pegawai di Bank Negara dan akhirnya mencapai kemuncak sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.[1] Beliau juga menjadi ahli Jawatankuasa Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.
Kerugian Pos Malaysia[sunting | sunting sumber]
Pada 1 Mei 2010, selaku bekas pengerusi Pos Malaysia, beliau kesal dengan kerugian RM546 juta berikutan pembelian Transmile Group Bhd.Khazanah Nasional Bhd menghalang Pos Malaysia daripada menjual 40 juta unit saham Transmile yang dimilikinya. Khazanah mengumumkan penjualan strategik Pos Malaysia yang dibuat sebelum ini adalah bagi menutup kelemahan syarikat itu selepas mengeluarkan sejumlah RM800 juta dari simpanannya pada 2007.
Namun Naib Presiden Kanan (Komunikasi dan Hubungan Luar) Khazanah Nasional Bhd, Mohd. Asuki Abas menafikan dakwaan Adam Kadir itu.[2] Pengeluaran RM800 juta oleh Khazanah dalam tempoh tiga tahun merupakan amalan biasa bagi membayar modal para pemegang saham Khazanah.[3]
Senarai kKarya[sunting | sunting sumber]
Beliau menulis novel, cerpen serta skrip drama dalam kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
- ISU: Ekonomi, Politik, Sosial dan Budaya -mengandungi 111 artikel yang pernah tersiar dalam kolum mingguannya di Utusan Malaysia. Tulisannya polemikal dan sekali gus memenuhi tuntutan-tuntutan estetika dengan langgam bahasa yang menarik, idiomatik dan kadang-kadang puitik, DBP, 2008
- Sense of Proportion - merupakan kumpulan artikelnya yang pernah tersiar di dalam akhbar The Edge.MPH Group Pub., 2009
- Ruang dan waktu ,Golden Books Centre, 2003.
- Writtings on the faces Adam Kadir, Golden books Centre, 2003
- Artikel Kota London yang sudah penat
- Artikel Kampung Baru yang tidak baru lagi
- Artikel Bush Patut Alami Nasib Milosevic[4]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Neighbourly example
- ^ "Pos Malaysia: Adam sedia dedah dokumen". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-07. Dicapai pada 2010-05-08.
- ^ Pos Malaysia rugi RM546j tak benar[pautan mati kekal]
- ^ Tulisan karya Adam Kadir versatil[pautan mati kekal]