Rais Yatim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berbahagia Tan Sri Dr
Rais Yatim
PSM
Rais Yatim cropped.jpg
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Dalam jawatan
2009–2013
Didahului oleh Ahmad Shabery Cheek
Digantikan oleh Ahmad Shabery Cheek
Ahli Parlimen
untuk Jelebu
Dalam jawatan
1999–2013
Didahului oleh Yunus Rahmat
Digantikan oleh Zainudin Ismail
Butiran peribadi
Lahir (1942-04-15) 15 April 1942 (umur 76)
Kuala Klawang, Negeri Sembilan, Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
kemudian
Semangat 46
kemudian
Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
kemudian
Pakatan Harapan Logo.svg Pakatan Harapan-BERSATU
Pasangan Puan Sri Masnah Rais
Anak-anak 4
Pekerjaan Ahli parlimen, menteri

Tan Sri Dr. Rais bin Yatim (lahir 15 April 1942) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau ialah menteri di pelbagai kerajaan persekutuan dari 1974 hingga 2013 dan Menteri Besar Negeri Sembilan dari 1978-1982. Beliau memegang kerusi Jelebu di Parlimen Malaysia sehingga 2013. Beliau adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti utama dalam gabungan Barisan Nasional yang memerintah Malaysia, kecuali untuk tempoh pada 1990-an semasa beliau menjadi ahli pembangkang Semangat 46.[1] Selepas meninggalkan politik, beliau menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan. Rais lahir daripada pasangan asal Minangkabau, Mohammad Yatim alias Jatin bin Tahir gelar Pandeka Takue (bapa) dan Siandam (ibu).[3] Bapanya merupakan seorang pedagang yang berasal dari Palupuh, Agam, Sumatera Barat.[4] Pada tahun 1920-an, bapanya pergi merantau ke Klang dan terus ke Gagu. Sedangkan Siandam ibunya, berasal dari Kampung Sipisang, Palupuh, Agam. Ketika berumur belasan tahun, ibunya pergi merantau ke Sungai Serai, kemudian Kampung Katub, Lenggeng dan akhirnya di Jelebu. Rais mempunyai adik-beradik seramai tiga orang: Naam (lahir 1927 tinggal di Kampung Mengkan), Suri (lahir 1932 dan meninggal pada tahun 1989 ketika berumur 60 tahun), dan Atan (lahir 1936 tinggal di Kampung Gagu).

Beliau pernah menjadi guru bahasa selepas tamat perguruan di Institut Bahasa Lembah Pantai pada tahun 1964. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di High University of Singapore dan menerima ijazah pertama pada tahun 1973. Beliau memperolehi ijazah kedoktoran undang-undang dari University of London pada 1994.

Politik[sunting | sunting sumber]

Memulakan kerjaya politiknya dengan menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1974-1976), Timbalan Menteri Undang-undang (1976-1977), dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1977-1978). Datuk Dr. Rais pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 1978 hingga 1982.

Beliau pernah bersama Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Semangat 46. Namun setelah Semangat 46 dibubarkan, beliau kembali ke pangkuan UMNO.

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Rais Yatim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Jelebu, negeri Negeri Sembilan. Rais Yatim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19737.

Calon lawannya ialah Norman Bin Ipin dari PAS yang mendapat 8,127 lantas kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 75 %. Undi rosak sebanyak 769.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Antara buku hasil tulisan beliau ialah:

  1. Faces in the corridors of power: a pictorial depiction of Malaysian personalities in positions of power and authority, Pelanduk, 1987.
  2. Jelebak-jelebu: corat-coret anak kampung, DTP Enterprise Sdn. Bhd., 2004.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Masnah Rais dan mempunyai empat orang anak. Hobinya adalah fotografi dan perjalanan. Beliau juga seorang penulis mengenai subjek undang-undang, politik, dan masyarakat Melayu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rais Yatim dilantik Presiden UIAM". Sinar Harian (dalam bahasa Malay). 3 July 2013. Dicapai 4 August 2013. 
  2. ^ "Rais Yatim dilantik Presiden UIAM". Sinar Harian (dalam bahasa Malay). 3 July 2013. Dicapai 4 August 2013. 
  3. ^ Menbudpar Indonesia-Malaysia Bertemu, Antara News.com, 20 May 2013
  4. ^ Yatim, Rais (1995). Freedom Under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy, p. xii. Endowment Publications. ISBN 983-99984-0-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Negeri Sembilan
12 Julai 197829 April 1982
Penyandang Kemudian
Dato' Mansor bin Othman Tan Sri Isa Abdul Samad


Penyandang Terdahulu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
30 Mac 20048 Mac 2008
Penyandang Kemudian
??? Mohd Shafie Apdal


Penyandang Terdahulu Menteri Luar Negeri
19 Mac 20089 April 2009
Penyandang Kemudian
Syed Hamid Albar Anifah Aman