Pergi ke kandungan

Anjing Kanaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Kanaan
Negara asalIsrael[1][2]
Trait
Berat Jantan 18–25 kg (40–55 lb)
Tinggi Jantan 50–60 cm (20–24 in)
Betina 45–50 cm (18–20 in)
Bulu Lapis bulu luar pendek hingga sederhana panjang. Padat, kasar, dan lurus.
Warna Warna gurun: paling tipikal pasir, emas, merah, atau krim. Merah-perang, putih, hitam, atau bertompok lazim juga.
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Kanaan[a] ialah satu baka anjing yang dikembangkan pada awal abad ke-20[3][4] daripada anjing paria separa liar yang merupakan keturunan kepada haiwan yang hadir di rantau ini sejak zaman purba.[2] Ia merupakan anjing kebangsaan Israel[5] dan terdapat di Israel, di Jordan, di Lubnan, di Palestin,[6] dan di Semenanjung Sinai. Setakat tahun 2012, terdapat antara 2,000 dengan 3,000 ekor anjing Kanaan di seluruh dunia.[7]

Anjing Kanaan juga dikenali sebagai kelev k'naani,[8] anjing Kanaan Israel,[9] anjing gembala Badwi,[10][11][12] dan anjing paria Palestin.[10][11][12] Piawaian baka dihasilkan oleh profesor Israel Rudolphina Menzel pada tahun 1966.[13]

Anjing Kanaan

Anjing Kanaan, atau anjing hampir serupa, juga terdapat di Syam sejak lebih daripada 9,000 tahun lalu. Pada masa Diaspora, Bani Israel dihalau secara paksa dari tanah mereka dan, menurut tradisi lisan, terpaksa meninggalkan anjing mereka yang kembali ke alam liar.[14] Pengorekan di Israel mendedahkan perkuburan anjing Ashkelon, perkuburan haiwan terbesar yang diketahui di dunia purba, yang mengandungi 700 rangka anjing, kesemuanya serupa dari segi anatomi dengan anjing Kanaan zaman moden. Perkuburan ini bertarikh kembali ke zaman pendudukan oleh Empayar Parsi dan para ahli arkeologi berhipotesis bahawa anjing-anjing ini dihormati sebagai haiwan suci.[10] Populasi anjing separa jalang terus didapati di Naqab selama bertahun-tahun, dengan penggunaannya oleh orang Badwi untuk menggembala haiwan ternakan mereka dan menjaga kem mereka.[14][15]

Ahli behaviorisme haiwan Rudolphina Menzel menemukan anjing ini pada tahun 1930-an. Pada tahun 1935, Haganah menghubungi beliau untuk membangunkan program anjing ketenteraan, khususnya pengesanan periuk api.[perlu rujukan] Beliau menangkap sekumpulan anjing separa liar terpilih, lalu menjinakkan, melatih, dan mula membiakbakakan anjing-anjing ini.[15] Menzel mendapati bahawa anjing-anjing ini sangat mudah beradaptasi dan mudah dibelajinakkan.[16] Beliau melancarkan program pembiakbakaan untuk menyediakan anjing pekerja untuk pihak tentera dan menamai anjing program ini "anjing Kanaan".[15][16]

Anjing Kanaan yang duduk

Menzel mula melatih anjing Kanaan sebagai anjing pandu untuk orang buta dengan mengasaskan Institut Orientasi dan Mobiliti Orang Buta pada tahun 1949.[16] Pihak Palang Merah juga mula menggunakan anjing-anjing beliau sebagai anjing pencarian dan penyelamatan.[15] Pada tahun 1953, baka ini memperoleh pengiktirafan oleh Kelab Kenel Israel dengan menggunakan piawaian Menzel.[15][16]

Selepas kematian beliau pada tahun 1973, Kenel Sha'ar haGai, yang diuruskan oleh Dvora Ben Shaul dan Myrna Shiboleth, meneruskan program pembiakbakaan menurut arahan beliau.[17]

Pengumpulan anjing Kanaan liar di Israel telah menjadi sangat sukar kerana banyak anjing Kanaan yang tinggal di tanah terbuka di sana dimusnahkan oleh Pemerintah Israel dalam usaha untuk melawan rabies. Ketersebaran populasi manusia ke kawasan yang dahulunya terasing, sekali dengan anjing peliharaan mereka, telah menyebabkan kehilangan habitat semula jadi anjing Kanaan. Malah majoriti anjing Badwi kini, selain yang milik puak yang masih menjalani gaya hidup tradisional dan terasing, kacuk dengan baka lain. Ada kemungkinan bahawa masih ada anjing Kanaan asli dalam kalangan suku-suku Badwi yang masih menjalani kehidupan nomad tradisional di tempat lain, dan mungkin di Mesir.[18] Myrna Shiboleth kerap melawati Naqab untuk mencari spesimen bagus, yang hidup di kem-kem Badwi, yang dapat dibiakbakakan oleh beliau dengan anjing-anjing beliau dan digunakan untuk memperkuat takungan gen.[19]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]
Anjing Kanaan

Anjing Kanaan berpenampilan anjing "jenis liar". Ia merupakan anjing bertubuh segi empat sama bersaiz sederhana dengan kepala berbentuk baji, telinga tegak dan terletak rendah-rendah dengan dasar lebar dan hujung membulat. Lapis bulu luarnya padat, kasar, lurus, dan pendek hingga sederhana panjang. Lapis bulu bawahnya patut rapat dan lebat menurut musim. Warna berbeza-beza daripada hitam kepada krim dan semua cahaya warna antara perang dengan merah, biasanya dengan sedikit tanda putih kecil, atau putih menyeluruh dengan tompok warna. Tompok semua jenis diizinkan, serta topeng putih atau hitam.[20]

Dalam penulisan piawaian rasmi pertama untuk anjing Kanaan, Menzel menulis: "Kepentingan khas mesti diletakkan pada unsur-unsur yang membezakan anjing Kanaan daripada anjing gembala Jerman, yang dengan bentuk baka amat tulennya kadang-kadang ia serupa: anjing Kanaan berbentuk segi empat sama, kawasan loin pendek, sukuan hadapan amat tegak, sukuan belakang kurang bersudut, lehernya mengagumkan sejauh yang mungkin, ekornya melingkar ke belakang apabila teruja, gaya ligasnya pendek (lihat juga perbezaan kepala dan warna)".[21]

Anjing Kanaan berwaspada, cepat bertindak balas, dan mencurigai orang asing. Ia amat defensif tetapi tidak agresif.[20]

Kemahiran

[sunting | sunting sumber]

Anjing Kanaan dapat bertanding dalam ujian ketangkasan anjing, kepatuhan, kemahiran persembahan, flyball, penjejakan, dan acara penggembalaan. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing Kanaan yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[22][halaman diperlukan]

Pengiktirafan baka

[sunting | sunting sumber]

Anjing Kanaan pertama kali diiktiraf oleh Kelab Kenel Israel pada tahun 1953 dan oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI) pada tahun 1966.[15][23] Piawaian pertama yang diterima ditulis oleh Dr. Menzel.[15][16] Pada tahun 1986, anjing Kanaan pertama dibawa ke Finland dari Kenel Sha'ar haGai, di Israel. Anjing Kanaan kini diiktiraf oleh semua kelab kenel sedunia dan sedang dibiakbakakan di banyak negara. Terdapat kelab baka di Amerika Syarikat,[24] di Kanada, di United Kingdom,[25] di Finland, di Jerman, di Israel,[26] dan di Perancis.[27]

Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

Pada 7 September 1965, Menzel mengirimkan empat ekor anjing kepada Ursula Berkowitz dari Oxnard, California, yang merupakan anjing-anjing Kanaan pertama di Amerika Syarikat. Canaan Dog Club of America ditubuhkan pada tahun sama[28] dan catatan buku pembaka disimpan daripada laporan-laporan pertama ini. Pada Jun 1989, anjing Kanaan memasuki Kelas Lain-lain American Kennel Club (AKC) dan kemudian menyertai Kumpulan Gembala pada tahun 1997.[28] Profilnya ditingkatkan apabila John F. Kennedy Jr. membeli seekor anjing Kanaan, bernama Friday, pada tahun 1995.[7] Anjing Kanaan didaftarkan dalam Buku Pembaka AKC setakat 1 Jun 1997. Anjing-anjing ini mula bertanding dalam pengakuran pada 12 Ogos 1997. United Kennel Club mengiktiraf anjing Kanaan pada tahun 1992 sebagai sebahagian daripada Kumpulan Anjing Pemburu Penglihatan dan Anjing Paria[29] dan mempunyai Israel Canaan Dog Club of America sebagai kelab induk.[26] Kira-kira 50 ekor anak anjing dilahirkan pada setiap tahun.[30]

Anjing Kanaan pertama tiba di Kanada pada 16 Mei 1970. Anjing-anjingnya datang dari sebuah kenel di Delaware. Canadian Canaan Club ditubuhkan pada tahun 1972 dan pegawai eksekutif pertama kelab itu dilantik pada 15 Mac 1973. Kelab itu sejak itu telah dimansuhkan. Anjing Kanaan memperoleh kemasukan ke dalam Kelas Lain-lain Canadian Kennel Club pada 1 Disember 1975. Pada Januari 1993, baka ini diterima dalam Kumpulan Pekerja, kerana Canadian Kennel Club tidak mempunyai Kumpulan Gembala pada masa itu.[31]

United Kingdom

[sunting | sunting sumber]

Anjing Kanaan pertama dibawa ke United Kingdom dari Lubnan pada tahun 1965 sebelum ia merupakan baka teriktiraf. Pada Disember 1970, ia diiktiraf oleh The Kennel Club dan baka ini ditempatkan dalam Kumpulan Utiliti. Pada Mei 1992, mesyuarat penubuhan Canaan Dog Club of the United Kingdom berlangsung. Sejak tahun 1996, angka baka ini telah mula meningkat di United Kingdom, namun angkanya masih agak kecil.[32]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: انجيڠ کنعان; Ibrani: כלב כנעני, rumi: kelev k'na'ani; Arab: كلب كنعاني, rumi: kalb kanʕāniyy; bahasa Inggeris: Canaan dog
  1. ^ Palika, Liz (27 Ogos 2007). "PART II: BREED PROFILES" [BAHAGIAN II: PROFIL BAKA]. The Howell Book of Dogs: The Definitive Reference to 300 Breeds and Varieties [Buku Howell tentang Anjing: Rujukan Muktamad kepada 300 Baka dan Keragaman] (dalam bahasa Inggeris). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 184. ISBN 9780470009215. OCLC 85485148.
  2. ^ a b Meir, Moshe; Shkolnik, Amiram (Mac 1984). "Water economy of Slughi, Canaan and Pointer dogs" [Ekonomi air slughi, anjing Kanaan, dan pointer]. Journal of Arid Environments (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 7 (1): 93–99. doi:10.1016/S0140-1963(18)31404-6. ISSN 1095-922X. S2CID 88840927.
  3. ^ Lotha, Gloria (14 Jun 2022). "Canaan dog" [Anjing Kanaan]. Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 13 Julai 2024.
  4. ^ "What is a Canaan Dog?" [Apakah Anjing Kanaan?] (dalam bahasa Inggeris). Canaan Dog Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2023. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  5. ^ American Kennel Club (11 November 2014). The New Complete Dog Book [Buku Anjing Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-21). Irvine, California, Amerika Syarikat: I-5 Publishing. m/s. 769. ISBN 9781621870913. OCLC 880122472.
  6. ^ Ahlam, Tarayra (1 September 2016). "Canaan Dogs" [Anjing Kanaan] (dalam bahasa Inggeris). This Week in Palestine. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2016. Dicapai pada 4 Januari 2025.
  7. ^ a b Brulliard, Nicolas (27 Mac 2012). "In Israel, a battle to save the ancient Canaan dog" [Di Israel, perjuangan untuk selamatkan anjing Kanaan purba] (dalam bahasa Inggeris). The Washington Post. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  8. ^ G., Kenny (24 Februari 2024). "Uncover the Canaan Dog (Canaanite dog): Characteristics, Training & Breed Insights" [Mendedahkan Anjing Kanaan: Ciri, Pelatihan, dan Pandangan tentang Baka] (dalam bahasa Inggeris). Whatagreenlife. Dicapai pada 22 Mac 2025.
  9. ^ "The Israel Canaan Dog" [Anjing Kanaan Israel] (dalam bahasa Inggeris). icdb.org.il. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Julai 2021. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  10. ^ a b c Farina, William (2 April 2014). Man Writes Dog: Canine Themes in Literature, Law and Folklore [Manusia Menulis Anjing: Tema Anjing dalam Kesusasteraan, Undang-undang, dan Folklor] (dalam bahasa Inggeris). Jefferson, Carolina Utara, Amerika Syarikat: McFarland & Company. m/s. 58–59. ISBN 9781476614557. OCLC 873806122.
  11. ^ a b Garfield, Simon (17 November 2020). "Ch2-How Dogs Began" [Bab 2: Cara Anjing Bermula]. Dog's Best Friend: A Brief History of an Unbreakable Bond [Sahabat Baik Anjing: Sejarah Ringkas Ikatan Tidak Boleh Putus] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Orion Publishing Group. m/s. 28. ISBN 9781474610766. OCLC 1230896562.
  12. ^ a b "Pure-bred Dogs" [Anjing Baka Tulen]. American Kennel Gazette (dalam bahasa Inggeris). Jil. 108. New York, New York, Amerika Syarikat: American Kennel Club. 1991. m/s. 149.
  13. ^ "From Rudolphina Menzel to Unit "Oketz" – Dogs on Top" [Daripada Rudolphina Menzel kepada Unit "Oketz" – Anjing di Puncak] (dalam bahasa Inggeris). Arkib Angkatan Pertahanan Israel. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2021. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  14. ^ a b Boyd, Lee; Kaftal, Victor (2000). Canaan Dog: A Complete and Reliable Handbook [Anjing Kanaan: Buku Panduan Lengkap dan Boleh Percaya] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 8–9. ISBN 9780793808007. OCLC 48623165.
  15. ^ a b c d e f g Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 684–685. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
  16. ^ a b c d e Levine, Joy (1 September 2003). Canaan Dog: Special Rare-Breed Edition: A Comprehensive Owner's Guide [Anjing Kanaan: Edisi Khas Baka Jarang: Panduan Komprehensif Pemilik] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 10. ISBN 9781593783495. OCLC 53463141.
  17. ^ Udasin, Sharon (27 Januari 2016). "Facing eviction, Canaan dog breeder turns to public to recruit relocation funds" [Menghadapi pengusiran, pembiak baka anjing Kanaan berpaling kepada orang awam untuk rekrut dana penempatan semula] (dalam bahasa Inggeris). The Jerusalem Post. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  18. ^ Ron, Tamar (Oktober 1999). "Israel Nature Reserves and National Parks Authority: Report on the Canaan Dog" [Lembaga Cagar Alam dan Taman Negara Israel: Laporan tentang Anjing Kanaan] (dalam bahasa Inggeris). Canaan Dog Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2013. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  19. ^ Shiboleth, Myrna. "Dogs of the Desert" [Anjing Gurun] (dalam bahasa Inggeris). Myrna Shiboleth. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  20. ^ a b "FCI-Standard N° 273 CANAAN DOG" [Piawaian FCI No. 273 Anjing Kanaan] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 6 Jun 1999. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  21. ^ Menzel, Rudolphina; Menzel, Rudolph (1960). "1960 - Israel Kennel Club" [1960 - Kelab Kenel Israel] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Boyd, Lee. British Canaan Dog Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2010. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  22. ^ Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
  23. ^ "FCI breeds nomenclature: CANAAN DOG (273)" [Tatanama baka FCI: ANJING KANAAN (273)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 12 April 2025.
  24. ^ "Canaan Dog Club of America" (dalam bahasa Inggeris). Canaan Dog Club of America. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  25. ^ "British Canaan Dog Society: Canaan Dogs in the UK" [British Canaan Dog Society: Anjing Kanaan di United Kingdom] (dalam bahasa Inggeris). British Canaan Dog Society. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  26. ^ a b "The Canaan Dog Home Page, ICDCA, updated monthly" [Laman Anjing Kanaan, ICDCA, dikemaskinikan setiap bulan] (dalam bahasa Inggeris). Israel Canaan Dog Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2010. Dicapai pada 28 Disember 2024.
  27. ^ "The club" [Kelab] (dalam bahasa Inggeris). Canaan Club de France. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2020. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  28. ^ a b "About the Canaan Dog Club of America" [Tentang Canaan Dog Club of America] (dalam bahasa Inggeris). Canaan Dog Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Oktober 2022. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  29. ^ "Canaan Dog" [Anjing Kanaan] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  30. ^ "FAQ: Answers to Frequently Asked Questions about the Canaan Dog" [Soalan Lazim: Jawapan untuk Soalan Lazim tentang Anjing Kanaan] (dalam bahasa Inggeris). Canaan Dog Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2023. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  31. ^ "CANAAN DOG" [ANJING KANAAN] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Canadian Kennel Club. Januari 2004. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  32. ^ "About Canaan Dogs: Frequently Asked Questions" [Tentang Anjing Kanaan: Soalan Lazim] (dalam bahasa Inggeris). British Canaan Dog Society. Dicapai pada 4 Januari 2024.