Anjing pemburu firaun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu firaun
Seekor anak anjing pemburu firaun jantan
Nama lainAnjing firaun
Anjing arnab
Nama ringkasPharaoh
Negara asalMalta
NaunganGreat Britain
CatatanAnjing kebangsaan Malta
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu firaun atau anjing firaun (bahasa Inggeris: pharaoh hound), atau anjing arnab (Malta: kelb tal-fenek) ialah satu baka anjing dan hound kebangsaan negara Mediterranean Malta. Nama asalnya kelb tal-fenek (jamak: klieb tal-fenek) dalam bahasa Malta, yang bermaksud "anjing arnab". Anjing ini secara tradisional digunakan untuk memburu arnab di Kepulauan Malta.[1]

Berdasarkan analisis DNA,[2] baka ini tidak mempunyai hubungan dengan Mesir Purba. Walau bagaimanapun, mitos popular menyatakan bahawa baka ini diturunkan daripada tesem, satu daripada anjing pemburu Mesir purba. Sesetengah percaya bahawa ada persamaan antara baka ini dengan imej anjing yang ditemui di dinding makam Mesir purba. Mitos ini mencadangkan bahawa anjing pemburu firaun dibawa oleh orang Phoenicia ke Malta, dan wujud selama melebihi 2,000 tahun.[3]

Baka ini telah dikelaskan sebagai ahli kumpulan anjing pemburu penglihatan.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Kelb tal-Fenek - National Hound of Malta". Kelb-tal-fenek.de. Dicapai pada 16 November 2011.
  2. ^ Parker, Heidi. et al. 2004 “Genetic Structure of the Purebred Domestic Dog”. Science 304, 1160
  3. ^ "About the Breed". Kelab Anjing Pemburu Firaun Amerika Syarikat. 2013.
  4. ^ "Fieldwork Description". Kelb tal-Fenek. Dicapai pada 16 November 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]