Podenco Valencia
Anjing berbulu licin | |||||||||||||||||||||
| Nama lain |
| ||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||||||
Podenco Valencia atau anjing pemburu sarang arnab Valencia,[a] yang juga dikenali sebagai xarnego Valencia atau gos coniller, ialah satu baka anjing pemburu sarang arnab Sepanyol yang berasal dari Komuniti Valencia di Sepanyol. Ia diiktiraf secara rasmi oleh Real Sociedad Canina de España pada tahun 2017.[perlu rujukan]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Podenco Valencia berasal sebagai anjing yang dibela oleh golongan bawahan dan digunakan untuk pemburuan buruan kecil, terutamanya arnab, pada waktu malam. Ia secara sejarah terdapat di komuniti berautonomi Aragon, Andalusia, Catalonia, dan Murcia dan di wilayah La Mancha di Castilla-La Mancha.[1]
Pada tahun 2009, penggemar anjing ini mengasaskan Club de Amigos del Xarnego Valenciano ("Kelab Sahabat Xarnego Valencia") untuk menyokong pengiktirafan rasmi baka ini. Pada tahun 2013, anjing ini diiktiraf secara rasmi sebagai baka asli di Valencia[2] dan, pada tahun 2017, oleh Real Sociedad Canina de España.
Pada tahun 2026, ia merupakan antara enam belas baka Sepanyol yang dianggap rentan oleh Real Sociedad Canina de España.[3]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Anjing ini menyesuaikan diri dengan baik terhadap iklim lebih panas.[1] Ia merupakan anjing sederhana, berotot, dan lapis bulunya, yang mungkin bak sutera, licin, atau kasar, terdapat dengan warna hitam, warna putih, atau pelbagai cahaya warna perang. Ia tidak mempunyai lapis bulu bawah. Piawaian pertunjukan menentukan bahawa anjing ini tidak boleh mempunyai telinga terkelepai.[4]

Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Xarnego, sepatah kata menghina yang diterbitkan daripada baka ini
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Vicedo Castelló, José Luis (28 Mac 2013). "Xarnego Valenciano" [Xarnego Valencia] (dalam bahasa Sepanyol). Club de Caza. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2015. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ "El «xarnego valencià» obtiene el reconocimiento de raza autóctona" ["Xarnego Valencia" peroleh pengiktirafan baka autokton] (dalam bahasa Sepanyol). ABC. 29 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2013. Dicapai pada 31 Mac 2024.
- ^ "RAZAS ESPAÑOLAS CONSIDERADAS VULNERABLES (del 1 de mayo de 2025 al 30 de abril de 2026)" [BAKA SEPANYOL YANG DIANGGAP RENTAN (dari 1 Mei 2025 hingga 30 April 2026)] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 12 November 2025. Dicapai pada 31 Januari 2026.
- ^ "XARNEGO-PODENCO VALENCIANO" [XARNEGO-PODENCO VALENCIA] (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 15 Julai 2015. Dicapai pada 31 Mac 2024.