Anjing pemburu Kriti
Nama lain | Kressa kyon | ||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | "Ntopio" | ||||||||||||||||||||||
Negara asal | Greece | ||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Anjing pemburu Kriti[a] ialah satu baka anjing dari pulau Kriti, di Greece.[1] Anjing pemburu Kriti diiktiraf di Greece dan di Jerman.[2] Baka ini juga dianggap sebagai baka anjing Eropah tertua sejak mungkin sebelum tahun 3200 SM dan zaman Neolitik.[3][4]
Perihal
[sunting | sunting sumber]Penampilan
[sunting | sunting sumber]Anjing pemburu Kriti ialah anjing langsing, dengan tubuh antara anjing pemburu bau dengan anjing pemburu penglihatan, khususnya ringan pada kakinya (yang bujur dan bukan mirip kucing), dan dengan loin kuat, yang disesuaikan khusus untuk refleks pantas dan kelajuan tinggi di atas rupa bumi berbahaya dan berbatu. Kepalanya berbentuk baji, memanjang, dan kering, dengan telinga mencucuk dan sangat mudah alih yang terlipat ke arah belakang. Ekornya ialah ciri utama baka yang panjang dan melengkung ke atas dan membentuk gelang longgar atau ketat dan dilitupi dengan berusan bulu lebih panjang di bawahnya.
Anjing ini lebih panjang sedikit daripada ketinggiannya, dengan penyudutan sederhana, tungkai dan otot langsing. Loin adalah langsing namun berkuasa dan terdapat kelim, dengan titik tulang pinggul yang sedikit menonjol. Baka ini mempunyai keseimbangan antara ciri kepantasan dengan stamina dengan pengakuran yang merupakan kompromi yang menghasilkan ketangkasan hebat.
Baka ini dapat berwarna putih metah, krim, pasir, perang kekuning-kuningan, kelabu, hitam, atau brindle, dwiwarna, atau triwarna.
Jantan baka ini dapat berukuran setinggi 21–23 inci (53–58 cm) (toleransi 2 cm (0.79 in)) dan betina setinggi 20–22.8 inci (51–58 cm) (toleransi 2 cm (0.79 in)). Berat untuk jantan dapat berkisar dalam julat 35–49 paun (16–22 kg) dan berat betina pula sebaik-baiknya 31–44 paun (14–20 kg).[5]
Perangai
[sunting | sunting sumber]Anjing pemburu Kriti menggunakan kedua-dua penglihatan dan bau semasa berburu dan mempunyai kecenderungan tertentu untuk merasa bau udara atau tanah, malah dapat menghisapnya daripada kerikil dan batu. Apabila ia menderia mangsa, ekornya bergerak dalam gaya bulatan dan anjing berkenaan menjadi kaku, sejurus sebelum memulakan pengejaran.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Asal usul purba baka primitif jarang ini bertarikh ke waktu sebelum sejarah bertulis. Menurut Kelab Anjing Pemburu Kriti, baka ini dikaitkan dalam DNA-nya dan ciri-cirinya dengan anjing pemburu yang diwakili dalam karya seni purba yang ditemukan oleh ahli arkeologi di petempatan prasejarah di Kriti. Leluhur kepada anjing pemburu ini sejelasnya digambarkan pada batu meterai Minoa, pada peralatan seramik dan logam, objek hiasan, dalam arca dan pada fresko yang kini ditempatkan di Muzium Arkeologi Heraklion.[6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو کريتي ; Yunani: κρητικός λαγωνικός; κρητικός ιχνηλάτης, rumi: kritikós lagonikós; kritikós ichnilátis ; bahasa Inggeris: Cretan hound
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pemburu Kriti |
- ^ Pashley, Robert (1837). Travels in Crete [Perjalanan di Kriti] (dalam bahasa Inggeris). 1. London, United Kingdom: John Murray. m/s. 33. OCLC 5436546.
- ^ Der VDH erkennt vier neue Rassen national an (dalam bahasa Jerman). VDH.
- ^ "Meet the Cretan" [Kenali Anjing Kriti]. National Purebred Dog Day (dalam bahasa Inggeris). 15 Disember 2021. Dicapai pada 29 Mac 2024.
- ^ Grano, Mauro (16 Oktober 2020). "The Cretan hound and the Karpathian hound: two breeds compared. Historical, morphological and osteological considerations = Il Cretan hound e il Karpathian hound: due razze a confronto. Considerazioni storiche, morfologiche e osteologiche" [Anjing pemburu Kriti dan anjing pemburu Karpatos: dua baka yang dibandingkan. Pertimbangan sejarah, morfologi, dan osteologi]. Il Naturalista siciliano (dalam bahasa Inggeris). Società Siciliana di Scienze Naturali. 44 (1–2): 161–168. doi:10.5281/zenodo.4095304. ISSN 0394-0063. S2CID 236973421 Check
|s2cid=
value (bantuan). - ^ Anetakis, Nikos. "Cretan Hound Breed Standard" [Piawaian Baka Anjing Pemburu Kriti]. Cretan Hound Club of Greece (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2024.
- ^ "Cretan Hound" [Anjing Pemburu Kriti]. Only Crete (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2024.
- METAMORPHOSES oleh OVID: Buku III:206–231 Aktaion dikejar oleh anjing-anjingnya
- CYNEGETICUS oleh Xenophon: Bab X
- "Cretan tracer hound - dog breed in Crete". issue #50 (dalam bahasa Inggeris). STIGMES, the magazine of Crete.
- Κρητικός Ιχνηλάτης: Ο αρχαιότερος κυνηγετικός σκύλος της Ευρώπης (dalam bahasa Greek). Κρητικό Πανόραμα, τεύχος 10, σελ. 118–145, 2005.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- The Cretan Hound, Rarest of All (dalam bahasa Inggeris)
- "The Hound of Crete" in Shakespeare (dalam bahasa Inggeris)