Anjing belakang permatang Thai
Anjing belakang permatang Thai merah | |||||||||||||||||||||||||||||
| Nama lain | Ridgeback Thai | ||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Thailand | ||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||
| Catatan | Anjing kebangsaan Thailand | ||||||||||||||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||||||||||||||
Anjing belakang permatang Thai atau ridgeback Thai[a] ialah satu baka anjing dari Thailand.
Penampilan
[sunting | sunting sumber]Lapan corak permatang distingtif telah dikenal pasti: jarum, bulu pelepah, anak panah, lut, violin, pin boling, daun, dan belakang pelana. Semua corak boleh diterima, tetapi mesti jelas tertakrifkan dan bersimetri. Semakin lebar permatangnya, semakin permatangnya dihargai.[1]
- Seekor anjing belakang permatang Thai merah
- Seekor anjing belakang permatang Thai hitam
- Seekor anjing belakang permatang Thai biru
- Seekor anjing belakang permatang Thai perang kekuning-kuningan

Genetik
[sunting | sunting sumber]Permatang
[sunting | sunting sumber]

Anjing belakang permatang ini berada di bawah kawalan dua kelompok gen epistasis. Yang pertama menentukan kewujudan permatang. Yang lagi satu menentukan saiz permatang, daripada ketiadaan permatang hingga permatang sangat besar (menurun ke sisi), semakin banyak gen pada anjing, semakin lebar permatangnya. Permatangnya akan muncul hanya jika terdapat sekurang-kurangnya satu alel dominan dalam kedua-dua kelompok.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Anjing belakang permatang Rhodesia sebahagiannya diturunkan daripada anjing peribumi Khoi Hottentot Afrika selatan, iaitu anjing berpermatang yang dikenali. Gen yang menyebabkan permatang telah diwarisi daripada leluhur bersama: "Asal usul geografi bagi permatang yang hadir pada anjing belakang permatang masih menjadi misteri, lantas bukti kukuh kini telah disediakan bahawa mutasi permatang pada anjing belakang permatang adalah sama melalui keturunan dan kemungkinan mutasi selari yang berlaku di Asia dan di Afrika (Epstein, 1937), dengan itu, dapat ditolak."[2]
Pendandanan
[sunting | sunting sumber]Anjing belakang permatang Thai mempunyai lapis bulu pendek yang mudah dijaga dengan pemberusan mingguan. Kerok getah dapat digunakan untuk mengekalkan lapis bulunya berkilat. Lapis bulunya gugur sepanjang tahun, tetapi tidak terlalu banyak. Anjing ini dapat dimandikan apabila kotor, mungkin sekali atau dua kali setahun. Anak anjing dapat diperkenalkan kepada pendandanan mulai usia muda supaya ia belajar untuk menerimanya dengan sedikit kekecohan.[3]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Catatan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Jawi: انجيڠ بلاکڠ ڤرماتڠ تاي, ريجبک تاي; Bahasa Thai: หมาไทยหลังอาน, ไทยหลังอาน; bahasa Inggeris: Thai ridgeback dog, Thai ridgeback
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Kekkonen, Yvonne. "About the Thai Ridgeback" [Tentang Anjing Belakang Permatang Thai] (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2010. Dicapai pada 6 Januari 2024.
- 1 2 Salmon Hillbertz, Nicolette Héloise Chatarina (2007). The origin of the ridge and associated anomalies in Rhodesian Ridgebacks [Asal usul permatang dan anomali berkaitan pada anjing belakang permatang Rhodesia] (PhD) (dalam bahasa Inggeris). Uppsala, Sweden: Universiti Pertanian Sweden. S2CID 38217882.
- ↑ "Thai Ridgeback" [Anjing Belakang Permatang Thai] (dalam bahasa Inggeris). Vetstreet. 13 Julai 2011. Dicapai pada 6 Januari 2024.