Podenco Andalusia
Bersaiz sederhana, berbulu licin | |||||||||||||||
| Nama lain | Anjing pemburu sarang arnab Andalusia | ||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
| Catatan | diiktiraf dalam perundangan Sepanyol[1]:21159 | ||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||
Podenco Andalusia[a] ialah satu baka anjing pemburu sarang arnab yang asli di komuniti berautonomi Andalusia di Sepanyol barat daya.[2][3] Ia merupakan salah satu daripada empat baka podenco yang diiktiraf oleh Real Sociedad Canina de España.[2] Ia merupakan anjing tangkas yang pada umumnya digunakan untuk memburu itik, arnab, babi hutan, dan unggas.[2][4] Terdapat tiga saiz yang diterima (kecil, sederhana, dan besar) dan tiga jenis lapis bulu (berbulu dawai, berbulu panjang, dan licin).[5][3]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Podenco Andalusia ialah anjing pemburu sarang arnab tradisional dari Andalusia. Ia kurang didokumenkan dan sejarahnya kekal kabur.[6]:580 Ia diiktiraf oleh Real Sociedad Canina de España pada tahun 1992, dengan piawaian baka yang memperincikan sembilan keragaman dalam baka ini.[6]:578[2]:1254 Ia menerima pengiktirafan kebangsaan daripada Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan Sepanyol, dengan penerbitan piawaian baka rasmi pada Mei 2001.[6]:578[1]:21180
Ia tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa, tetapi diiktiraf oleh Verband für das Deutsche Hundewesen di Jerman pada tahun 2014.[7][8]
Pada tahun 2009, ia merupakan salah satu daripada dua baka anjing paling banyak di Sepanyol – yang satu lagi ialah grehaun Sepanyol;[6]:580 pada tahun 2026, podenco ini ialah antara enam belas baka Sepanyol yang dianggap rentan oleh Real Sociedad Canina de España.[9]
Ciri
[sunting | sunting sumber]Terdapat tiga saiz – besar, sederhana, dan kecil – dan tiga jenis lapis bulu – berbulu dawai (cerdeño), berbulu panjang (sedeño), dan licin.[2][5][4] Gabungan faktor ini dapat menghasilkan sembilan keragaman berlainan.[3][10] Kebolehubahan ini mungkin merupakan hasil daripada adaptasi terhadap mikroiklim berlainan di dalam Andalusia, termasuk pergunungan, tanah pertanian, dan rawang, serta pelbagai buruan yang disasarkan oleh pemburu.[11] Warna lapis bulu berkisar dalam lingkungan daripada putih hingga merah pekat.[5] Podenco Andalusia mempunyai ligasan sepantas derapannya.[4]
Seperti anjing pemburu sarang arnab lain, podenco ini mempunyai penglihatan, pendengaran, dan deria bau cemerlang.[3][4] Ia terkenal kerana gaya perburuan berkaedah, serta stamina dan daya ketahanan semasa bekerja dalam musim sejuk ringan dengan kerpasan tidak nalar dan musim panas kering, hangat, dan cerah di Andalusia.[4] Podenco Andalusia ialah anjing bersemangat, penyayang, dan setia kepada tuannya, tetapi berwaspada dengan orang asing.[4]
Podenco Andalusia digunakan sama ada secara tunggal, secara berpasangan, atau sebagai sebahagian daripada kawanan perburuan besar yang dikenali sebagai rehala. Podenco Andalusia kecil dan sederhana memburu arnab dengan salah seekor anjing yang memasuki semak berduri untuk mengusir arnab ke luar, sementara anjing lain duduk menunggu untuk menangkap arnab itu.[4] Anjing sederhana dan lebih kecil mencari-cari rusa atau babi hutan, sementara anjing lebih besar digunakan untuk menyerang mangsa.[4]
Salah satu fungsi paling tipikal bagi anjing pemburu Andalusia besar ialah yang dipanggil quitaor[b] yang mengiringi collera[c] grehaun Sepanyol semasa pemburuan kelinci. Kerja quitaor terdiri terutamanya daripada penggarahan kelinci ke luar dari sarang atau tempat persembunyian dan pembunuhan kelinci itu; kemudian, bersama-sama dengan grehaun itu, pengutipan kelinci itu untuk pemilik. Rumah ladang di Andalusia menggunakan anjing lebih besar sebagai anjing pengawas dan anjing lebih kecil digunakan untuk membunuh rodensia.[4]
Secara genetik, podenco Andalusia adalah paling berkait rapat dengan grehaun Sepanyol.[12]
Catatan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Jawi: ڤوديڠکو اندالوسيا, انجيڠ ڤمبورو سارڠ ارنب اندالوسيا; Sepanyol: podenco andaluz; bahasa Inggeris: Andalusian podenco, Andalusian warren hound
- ↑ Quitaor ialah perkataan dialek Andalusia yang sepadan dengan quitador bahasa Sepanyol Kastila. Anjing pemburu dengan peranan ini dilatih untuk tidak makan atau merobek mangsanya.
- ↑ Menurut Diccionario de la lengua española, dalam bahasa Sepanyol Andalusia, perkataan collera ditakrifkan sebagai Pareja de ciertos animales, seperti dalam Una collera de pavos ("sepasang haiwan, seperti sepasang ayam belanda"). Dalam perburuan, pasangan tidak perlu terdiri daripada jantan dan betina, namun maksud collera biasanya berkenaan dengan pasangan mengawan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 Cañete, Miguel Arias (14 Jun 2001). "11347 REAL DECRETO 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [11347: DEKRI DIRAJA 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.] (PDF). Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (142): 21156–21182.
- 1 2 3 4 5 González Martínez, Ana María; Luque Cuesta, Manuel; Rodero Serrano, Evangelina; González, C.; Aguilera Aguilera, Raúl; Jiménez, J.; Sepúlveda Becker, Néstor Gastón; Bravo Marchán, Silvana Elena; Herrera García, Mariano (Disember 2011). "Use of Morphometric Variables for Differentiating Spanish Hound Breeds = Uso de Variables Morfométricas para la Diferenciación de Razas de Sabueso Español" [Penggunaan Pemboleh Ubah Morfometri untuk Pembezaan Baka-baka Anjing Pemburu Sepanyol]. International Journal of Morphology (dalam bahasa Inggeris). 29 (4). Sociedad Chilena de Anatomía: 1248–1255. doi:10.4067/S0717-95022011000400030. ISSN 0717-9502. S2CID 54580584.
- 1 2 3 4 Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- 1 2 3 4 5 6 7 8 9 "Andalusian Warren Hound" [Anjing Pemburu Sarang Arnab Andalusia] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 9 Februari 2026. Dicapai pada 22 Mac 2024.
- 1 2 3 Delgado Bermejo, Juan Vicente; Lama Cardo, L.; Barba Capote, Cecilio José (1998). "Contribución al estudio faneróptico en la raza canina Podenco Andaluz = Contribution to phaneroptical study in andalusian hound dog breed" [Sumbangan kepada kajian faneroptik pada baka podenco Andalusia = Sumbangan kepada kajian faneroptik pada baka anjing pemburu Andalusia]. Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). 47 (178–179). Universiti Córdoba: 207–211. hdl:10396/3381. ISSN 1885-4494. S2CID 82515822.
- 1 2 3 4 Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
- ↑ "Der VDH erkennt vier neue Rassen national an" [VDH mengiktiraf empat baka baharu di peringkat kebangsaan] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2014. Dicapai pada 22 Mac 2024.
- ↑ "Podenco Andaluz" [Podenco Andalusia] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2014. Dicapai pada 14 Februari 2026.
- ↑ "RAZAS ESPAÑOLAS CONSIDERADAS VULNERABLES (del 1 de mayo de 2025 al 30 de abril de 2026)" [BAKA SEPANYOL YANG DIANGGAP RENTAN (dari 1 Mei 2025 hingga 30 April 2026)] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 12 November 2025. Dicapai pada 31 Januari 2026.
- ↑ Fuentes García, Francisco Cayetano; Aparicio Macarro, Juan Bautista; Herrera García, Mariano (1985). "Estudio etnológico del perro podenco andaluz de gran talla = Ethnological study of the big andaluz podenco dog" [Kajian etnologi podenco Andalusia bersaiz besar = Kajian etnologi podenco Andalusia besar]. Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). 34 (129). Universiti Córdoba: 169–182. hdl:10396/3191. ISSN 1885-4494. S2CID 83726376.
- ↑ Barba Capote, Cecilio José; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Lobo Moreno, Manuel (1998). "Plan de preservación para las variedades minoritarias de la raza canina Podenco Andaluz = Preservation plan in minor ecotypes of Andalusian Hound dog breed" [Rancangan pemeliharaan untuk keragaman minoriti baka podenco Andalusia = Rancangan pemeliharaan dalam ekotip kecil baka anjing pemburu Andalusia]. Archivos de Zootecnia (dalam bahasa Sepanyol). 47 (178–179). Universiti Córdoba: 491–495. hdl:10396/3402. ISSN 1885-4494. S2CID 85912038.
- ↑ Morera Sanz, Luis; Barba Capote, Cecilio José; Garrido Pavón, Juan José; Barbancho Medina, Manuel Jorge; de Andrés Cara, Damián Fermín (1 November 1999). Wayne, Robert Keith (penyunting). "Genetic variation detected by microsatellites in five Spanish dog breeds" [Variasi genetik yang dikesan oleh mikrosatelit pada lima baka anjing Sepanyol]. Journal of Heredity (dalam bahasa Inggeris). 90 (6). Oxford University Press: 654–656. doi:10.1093/jhered/90.6.654. ISSN 1465-7333. PMID 10589516. S2CID 36557035.