Anugerah Akademi ke-4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Akademi ke-4
4 LARGE MEM iconic banquet.jpg
TarikhNovember 10, 1931
KawasanBiltmore Hotel
Los Angeles, California
PengacaraLawrence Grant
Anugerah terbanyakCimarron (3)
Pencalonan terbanyakCimarron (7)
Laman web rasmiwww.oscars.org/oscars/ceremonies/1932
  • ke-5 →

Anugerah Akademi ke-4 dianugerahkan kepada filem-filem yang ditayangkan antara 1 Ogos 1930 dan 31 Julai 1931, oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman. Di acara tersebut, Jackie Cooper yang berusia sembilan tahun, yang dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik dalam Skippy, tertidur di bahu Pelakon Wanita Terbaik Marie Dressler. Ketika Dressler diumumkan sebagai pemenang, Cooper dibawa ke pangkuan ibunya.

Cimarron ialah filem Barat pertama yang memenangi Filem Terbaik, dan masih menjadi satu-satunya sehingga 59 tahun (sehingga Dances with Wolves menang pada 1991). Karya tersebut meraih tujuh pencalonan yang saat itu mencipta rekod, dan menjadi filem pertama yang memenangi lebih dari dua penghargaan.

Jackie Cooper ialah bintang cilik pertama yang meraih pencalonan, dan ia menjadi pencalon termuda selama hampir 50 tahun. Beliau ialah pencalon Oscar termuda kedua dan satu-satunya pencalon Pelakon Lelaki Terbaik di bawah usia 18 tahun.

Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Lionel Barrymore menjadi orang pertama yang meraih pencalonan dalam kategori berganda, bersama dengan kategori Pengarah Terbaik untuk Madame X di Anugerah Akademi ke-2.

Selain itu, Cimarron dan A Free Soul menjadi filem-filem pertama yang menerima pencalonan berganda.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Para pemenang dicantumkan pada bahagian pertama dan ditulis tebal.[1]

Produksi Menakjubkan Pengarah Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik Pelakon Wanita Terbaik
Cerita Asal Terbaik Adaptasi Terbaik
Adunan Bunyi Terbaik
Rekaan Seni Terbaik Sinematografi Terbaik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The 4th Academy Awards (1931) Nominees and Winners". Oscars.org (Academy of Motion Picture Arts and Sciences). Diarkibkan daripada yang asal pada October 10, 2014. Dicapai March 22, 2014.