Anugerah Akademi ke-90

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Akademi ke-90
Tarikh 4 Mac 2018
Tempat Teater Dolby
Hollywood, Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Rangkaian ABC
Pramajlis
Pengacara Jimmy Kimmel
Penerbit Michael De Luca
Jennifer Todd
Pengarah Glenn Weiss
Tempoh 3 jam, 50 minit
Filem Terbaik The Shape of Water
Anugerah terbanyak The Shape of Water (4)
Pencalonan terbanyak The Shape of Water (13)
 < ke-89 Anugerah Akademi ke-91 > 

Majlis Anugerah Akademi ke-90 dianjurkan oleh Akademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS) untuk memberikan penghargaan kepada filem-filem terbaik tahun 2017. Majlis ini berlangsung pada 4 Mac 2018 di Teater Dolby, Hollywood, Los Angeles, California.[1] Majlis ini berlangsung selepas bulan Februari untuk mengelak daripada bertentang dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018.[2] Semasa majlis berlangsung, AMPAS menyampaikan Anugerah Akademi (secara umum dirujuk sebagai Oskar) dalam 24 kategori. Majlis ini disiarkan di Amerika Syarikat oleh ABC dimana ia diterbitkan oleh Michael De Luca bersama Jennifer Todd dan diarahkan oleh Glenn Weiss.[3] Jimmy Kimmel merupakan pengacara untuk tahun kedua berturut-turut menjadikan Kimmel orang pertama untuk mengacara dua majlis berturut-turut sejak Billy Crystal pada tahun 1997 dan 1998.[4]

Dalam acara-acara berkaitan, Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-9 di Grand Ballroom Pusat Hollywood dan Highland pada 11 November 2017.[5] Pada 10 Februari 2018, dalam sebuah majlis di Hotel Beverly Wilshire Hotel, Beverly Hills, California, Anugerah Teknikal dan Saintifik Akademi disampaikan oleh pengacara, Patrick Stewart.

The Shape of Water memenangi empat anugerah termasuk Filem Terbaik. Dunkirk memenangi tiga anugerah; Blade Runner 2049, Coco, Darkest Hour dan Three Billboards Outside Ebbing, Missouri masing-masing memenangi dua anugerah. I, Tonya, Get Out, Call Me by Your Name, A Fantastic Woman, Icarus, Phantom Thread, Heaven Is a Traffic Jam on the 405, The Silent Child dan Dear Basketball masing-masing menerima satu anugerah.

Calon[sunting | sunting sumber]

Calon-calon untuk Anugerah Akademi ke-90 diumumkan pada 23 Januari 2018 di Teater Samuel Goldwyn, Beverly Hills, California oleh Tiffany Haddish dan Andy Serkis.[6] The Shape of Water menerima pencalonan terbanyak dengan tiga belas diikuti dengan Dunkirk yang menerima lapan pencalonan.[7][8]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pemenang dinyatakan dalam huruf tebal.

  • Icarus – Bryan Fogel dan Dan Cogan double-dagger
  • Abacus: Small Enough to Jail – Steve James, Mark Mitten dan Julie Goldman
  • Faces Places – Agnès Varda, JR dan Rosalie Varda
  • Last Men in Aleppo – Feras Fayyad, Kareem Abeed dan Søren Steen Jespersen
  • Strong Island – Yance Ford dan Joslyn Barnes
  • Heaven Is a Traffic Jam on the 405 – Frank Stiefel double-dagger
  • Edith+Eddie – Laura Chekoway dan Thomas Lee Wright
  • Heroin(e) – Elaine McMillion Sheldon dan Kerrin Sheldon
  • Knife Skills – Thomas Lennon
  • Traffic Stop – Kate Davis dan David Heilbroner
  • The Silent Child – Chris Overton dan Rachel Shenton double-dagger
  • DeKalb Elementary – Reed Van Dyk
  • The Eleven O'Clock – Derin Seale dan Josh Lawson
  • My Nephew Emmett – Kevin Wilson, Jr.
  • Watu Wote/All of Us – Katja Benrath dan Tobias Rosen
  • Dear Basketball – Glen Keane dan Kobe Bryant double-dagger
  • Garden Party – Victor Caire dan Gabriel Grapperon
  • Lou – Dave Mullins dan Dana Murray
  • Negative Space – Max Porter dan Ru Kuwahata
  • Revolting Rhymes – Jakob Schuh dan Jan Lachauer
  • *"Remember Me" dari Coco – Muzik dan Lirik oleh Kristen Anderson-Lopez & Robert Lopez double-dagger
  • "Mighty River" dari Mudbound – Muzik dan Lirik oleh Mary J. Blige, Raphael Saadiq & Taura Stinson
  • "Mystery of Love" dari Call Me by Your Name – Muzik dan Lirik oleh Sufjan Stevens
  • "Stand Up for Something" dari Marshall – Muzik oleh Diane Warren; Lirik oleh Common & Diane Warren
  • "This Is Me" dari The Greatest Showman – Muzik dan Lirik oleh Benj Pasek & Justin Paul
  • The Shape of Water – Rekaan Produksi: Paul Denham Austerberry; Hiasan Set: Shane Vieau dan Jeff Melvin double-dagger
  • Beauty and the Beast – Rekaan Produksi: Sarah Greenwood; Hiasan Set: Katie Spencer
  • Blade Runner 2049 – Rekaan Produksi: Dennis Gassner; Hiasan Set: Alessandra Querzola
  • Darkest Hour – Rekaan Produksi: Sarah Greenwood; Hiasan Set: Katie Spencer
  • Dunkirk – Rekaan Produksi: Nathan Crowley; Hiasan Set: Gary Fettis

Anugerah Gabenor[sunting | sunting sumber]

Akademi mengadakan majlis tahunan Anugerah Gabenor ke-9 pada 11 November 2017 dimana anugerah-anugerah berikut diberikan:

Anugerah Kehormat Akademi
Anugerah Pencapaian Istimewa Akademi

Filem dengan pencalonan dan kemenangan berganda[sunting | sunting sumber]

Pencalonan berganda
Pencalonan Filem
13 The Shape of Water
8 Dunkirk
7 Three Billboards Outside Ebbing, Missouri
6 Darkest Hour
Phantom Thread
5 Blade Runner 2049
Lady Bird
4 Call Me by Your Name
Get Out
Mudbound
Star Wars: The Last Jedi
3 Baby Driver
I, Tonya
2 Beauty and the Beast
Coco
The Post
Victoria & Abdul
Kemenangan berganda
Menang Filem
4 The Shape of Water
3 Dunkirk
2 Blade Runner 2049
Coco
Darkest Hour
Three Billboards Outside Ebbing, Missouri

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "90TH ANNUAL ACADEMY AWARDS". Dicapai 12 Disember 2017. 
  2. ^ Josh Rottenberg. "Academy Awards dates set through 2021; Winter Olympics bump 2018 Oscars to March". Los Angeles Times. Tronc. Dicapai 2 Disember 2017. 
  3. ^ Thompson, Anne (16 Mei 2017). "Oscar Host Jimmy Kimmel, Producers Return for Academy Awards 2018". IndieWire. Penske Media Corporation. Dicapai 5 April 2017. 
  4. ^ Thompson, Anne (16 Mei 2017). "Jimmy Kimmel Returning to Host the 2018 Oscars". Collider. Complex. Dicapai 17 Mei 2017. 
  5. ^ Goldstein, Micheline (6 September 2017). "The Academy to Honor Charles Burnett, Owen Roizman, Donald Sutherland and Agnes Varda with Oscars at 2017 Governors Awards". Academy of Motion Picture Arts and Sciences. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2017. Dicapai 27 Disember 2016. 
  6. ^ Macias, Ernest (22 Januari 2018). "Tiffany Haddish, Andy Serkis to announce Oscar nominations". Entertainment Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Januari 2018. Dicapai 22 Januari 2018. 
  7. ^ "2018 Oscar Nominations: 'The Shape of Water' Leads With 13 Nominations". New York Times. 23 Januari 2018. Dicapai 23 Januari 2018. 
  8. ^ "Oscars 2018: Shape of Water leads the way with bumper 13 nominations". Guardian. 23 Januari 2018. Dicapai 23 Januari 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]