Anugerah Akademi ke-54

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Akademi ke-54
Tarikh29 Mac 1982
TempatDorothy Chandler Pavilion, Los Angeles
PengacaraJohnny Carson
PenerbitHoward W. Koch, Melvin Frank
PengarahMarty Pasetta
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikChariots of Fire
Penghargaan terbanyakChariots of Fire dan Raiders of the Lost Ark (4)
Pencalonan terbanyakReds (12)
Liputan televisyen
RangkaianABC
Tempoh masa3 jam, 44 minit

Anugerah Akademi ke-54 diadakan pada 29 Mac 1982 di Dorothy Chandler Pavilion, Los Angeles. Majlis ini disampaikan oleh Johnny Carson.

Acara ini merupakan pertama kalinya dalam tempoh 13 tahun di mana sebuah filem Inggeris memenangi anugerah teratas di Akademi. Pemenang tahun berikutnya, Gandhi, juga merupakan buatan Inggeris.

Henry Fonda memenangi satu-satunya Oscar kompetitifnya pada tahun tersebut, sebagai Pelakon Lelaki Terbaik untuk On Golden Pond. Pada usia 76 tahun, Fonda menjadi pemenang tertua dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam sejarah Akademi.

Acara ini merupakan tahun terakhir sehingga Oscar 2005 di mana seluruh lima pencalonan Filem Terbaik juga dicalonkan untuk Pengarah Terbaik. Reds merupakan filem terakhir yang meraih pencalonan dalam seluruh empat kategori lakonan sehingga Silver Linings Playbook pada Oscar 2013.

Chariots of Fire menjadi filem terakhir yang memenangi Filem Terbaik dan tidak memenangi kategori arahan atau lakonan sehingga Crash pada 2005.

Pada tahun 2015, acara ini merupakan Oscar paling terkini di mana seluruh empat pemenangnya telah meninggal dunia.

Catatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]