Anugerah Akademi ke-38

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Akademi ke-38
Tarikh18 April 1966
TempatSanta Monica Civic Auditorium di Santa Monica, California
PengacaraBob Hope
PenerbitJoe Pasternak
PengarahRichard Dunlap
Gambaran keseluruhan
Filem TerbaikThe Sound of Music
Penghargaan terbanyakDoctor Zhivago dan The Sound of Music (5)
Pencalonan terbanyakDoctor Zhivago dan The Sound of Music (10)
Liputan televisyen
RangkaianABC

Anugerah Akademi ke-38, yang mengiktiraf filem-filem terbaik pada 1965, yang diadakan pada 18 April 1966, di Santa Monica Civic Auditorium di Santa Monica, California. Ia dihoskan oleh Bob Hope.

Ia disiarkan di rangkaian ABC dan acara pertama yang disiarkan dalam format berwarna.

Dua filem dengan pencalonan paling banyak ialah The Sound of Music dan Doctor Zhivago, yang masing-masing menerima sepuluh pencalonan dan lima kemenangan. Pemenang Filem Terbaik ialah The Sound of Music terbitan 20th Century Fox dan Robert Wise, yang diadaptasi dari muzikal Broadway karya Rodgers dan Hammerstein. Kedua-dua filem tersebut masuk dalam 10 filem paling berjaya secara komersial yang pernah dibuat,[1] dan tampil 33 tahun kemudian dalam senarai filem Amerika terbesar abad ke-20 oleh Institut Filem Amerika.

The Sound of Music ialah pemenang Filem Terbaik pertama tanpa pencalonan bertulis sejak Hamlet; filem tersebut menjadi yang terakhir sehingga Titanic di Anugerah Akademi ke-70.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "All Time Box Office Adjusted for Ticket Price Inflation". Boxofficemojo.com. Dicapai 2012-08-14.