Anugerah Akademi untuk Filem Pendek Aksi Terbaik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Akademi untuk Filem Pendek Aksi Terbaik
NegaraAmerika Syarikat
Disampaikan olehAkademi Sains dan Seni Perfileman (AMPAS)
Anugerah pertama1931
Kini dipegang olehGuy Nattiv
Jaime Ray Newman
Skin (2018)
Laman web rasmioscars.org

Filem Pendek Aksi Terbaik ialah kategori di Anugerah Akademi, wujud di bawah pelbagai nama sebagai kategori tunggal sejak 1957.[1]

Dari 1936 hingga 1956 terdapat dua anugerah berasingan, "Best Short Subject, One-reel" dan "Best Short Subject, Two-reel", merujuk kepada tempoh masa subjek pendek: gelendong filem standard ialah 1000 kaki, atau kira-kira 11 minit masa berlalu. Kategori ketiga "Best Short Subject, color" yang digunakan sahaja dari 1936 hingga 1937. Dari pengenalan anugerah subjek pendek dari 1932 hingga 1935, ialah "Best Short Subject, comedy" dan "Best Short Subject, novelty".

Kategori-kategori telah digabungkan bermula daripada anugerah 1957, bermula dengan "Short Subjects, Live Action Subjects", yang telah digunakan sehingga 1970. Untuk tiga tahun kemudian selepas itu, ia dikenali sebagai "Short Subjects, Live Action Films". Nama terkininya Anugerah Akademi untuk Filem Pendek Aksi Terbaik telah diperkenalkan pada 1974.

Rujukan[sunting | sunting sumber]