Ayat al-Quran
Sebahagian dari siri mengenai |
القرءان الکريم al-Quranul Karim |
---|
![]() |
Berkaitan
|
Ayat atau Ayah (Arab: آية āyah, jamak آيات āyāt) ialah perkataan Arab untuk petanda atau keajaiban, seasal dengan kata Ibrani ot (אות), yang bererti "tanda" atau "huruf".[1]
Seperti makna lazimnya dalam bahasa Melayu, ayat al-Quran merujuk kepada ayat-ayat dalam al-Qur'an. Muslim percaya setiap daripada lebih 6,000 ayat Qur'an merupakan tanda ataupun alamat daripada Allah. Gabungan beberapa ayat akan membentuk bab (dipanggil surah). Seperti ayat, panjang surah berbeza-beza, daripada 3 hingga 286 ayat. Dalam surah panjang, ayat boleh juga dikumpulkan mengikut susunan temanya yang dipanggil ruku'.
Dalam al-Quran, nombor ayat sering ditulis dalam suatu simbol di akhir setiap ayat,[2] iaitu , akhir ayat. Nombor Unicodenya U+06DD manakala boleh digunakan untuk menandakan pengakhiran surah.
Terdapat dua jenis ayat:
- - Ayat Muhkamaat (محكمات): dengan makna jelas dan mudah.
- - Ayat Mutashabihaat (متشابهات): dengan berbilang tafsiran.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Encyclopaedia Judaica, jil. 10, m/s. 1195
- ^ Proposal for additional Unicode characters; m/s 3 mempunyai contoh penggunaan simbol Ayat.